30 Disember 2008

Telur Dua Biji


Hendak dijadikan cerita, adalah seorang kaya baru, asalnya di kampung sahaja, tetapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA,maka jadi jutawan segeralah dia. Semasa dia susah dahulu, teringin sangat dia hendak pergi Kuala Lumpur, so selepas sudah menjadi kaya, tanpa membuang masa, dia pun ke Kuala Lumpuhlah. Oleh kerana terlalu banyak duit, dia pun bawaklah seorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di Kuala Lumpur, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi, perut dia pun sudah kelaparan. Selepas check-in, diapun memberi tahu pada pembantu dia:

O.K.B (Orang Kaya Baru) : "Mat… aku lapag ni, belikan aku mee yang spesial satu."
Mat : "Oke Boss…tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?"
O.K.B : "Ishk.. hang niii, mee yang spesial tuu.. pakai telog dua biji laa.."
Mat : "Ooooo….siap Boss."

Selepas itu, makanlah si O.K.B mee spesial itu. Tiba time pukul 3:00 petang, perut O.K.B itu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia itu:

O.K.B : "Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu."
Mat : "Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?"
O.K.B : "…waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste…"
Mat : "Mesti laa Bosss.. bagi saya 10 minit saja Bosss…"

Selepas selesai makan, O.K.B itupun tertidurlah sehingga ke maghrib, dia pun terbangun sebab air-cond terlalu sejuk. Oleh kerana sudah tidur sepetang, diapun susahlah hendak tidur lagi. Berguling sana dan berguling sini, tidak boleh tidur juga. Air-cond pun terlalu sejuk, jadi "barang" diapun asyik "stand by" sahajalah. Tidak tahu hendak buat macam mana, ditambah dengan kesejukkan lagi, dia pun panggil pembantu dia:

O.K.B : "Mattt !..."
Mat : "Yaaaa..Boss, "
O.K.B : "Mai sini sat…
Mat : Ada apa Boss…?"
O.K.B : "Mat… barang aku ni asyik minta ajer laaa.. (dengan nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau."
Mat : "(sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !"

Si Mat ini manalah tahu tentang awek-awek yang boleh "pakai" ini. Tetapi, Boss punya pasal diapun pergilah carikan juga. Sejam kemudian diapun hantarlah satu awek yang sangat cun untuk Boss dia. Mat inipun standby lah di luar bilik, manalah tahu, penguat kuasa pencegah maksiat datang. Selepas lima minit awek itupun masuk dalam bilik Boss dia, tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik:

O.K.B : "MATTTT !…"
Mat : " Ada apa Boss…"
O.K.B : "Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu.. aku kan kata awek…?"
Mat : "Laaa… Tadi Boss kata cari awek yang spesial … Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua…"
O.K.B : "..?

27 Disember 2008

Jam Dinding


Pada suatu hari, ketua kampung di sebuah perkampungan pendalaman telah dihadiahkan sebuah jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua kampung tersebut, apabila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan. Mereka pada masa itu tidak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa itu punyalah ramai anak buah dia dekat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung itu pun konon hendak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan dan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengaja terkuis bateri itu dan terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO... patutlah tak jalan. Drebarnya mati tersepittttt. ...!!"

Lawak Petang

MUTHU & THE INTERVIEWER* Interviewer: "What is your birth date?" Muthu : "13th October." Interviewer : "Which year?" Muthu : "Every year."

***** *MUTHU & HIS MANAGER* The Manager asked Muthu at an interview... . "Can you spell a word that has more than 100 letters in it?" Muthu replied: "P-O-S-T-B-O- X."

***** *MUTHU & LONDON TRIP* After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, "Do I look like a foreigner?" Wife: "No! Why?" Muthu : "In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. .. that's why." Wife : ?????????

***** *MUTHU & TOURIST* A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village... Muthu said, "No sir, only babies were born here."

***** *MUTHU & HIS EXPERIMENT* Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to "WALK! WALK!" The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same. The cockroach walked. Then he cut off the third leg and did the same. Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk! But the cockroach didn't walk. Suddenly, Muthu said loudly, "I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf."

***** *MUTHU & DRIVER* When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror. Muthu shouted, "You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive."

***** *MUTHU GOES TO HOTEL* Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin. Then when he had finished, he started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he doing. Muthu pointed towards the signboard "* WASH BASIN * "

***** *MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART* Interviewer : "Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?" Muthu: "It's simple.. I will just stop my imagination. "

***** *At a political rally, Muthu was arrested. Why????????? ??? Because a lady journalist with a badge which read "*PRESS*" pinned on the right part of her blouse walked past him... and he did it!

Tumpang bermalam


"Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

"Mahukah saudara ditemani?" soal janda tersebut dengan nada yang manja."Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

"Baguslah," kata janda itu pula. "Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara…""

Jatuh hukuman


Tiga lelaki, seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek. Lalu hakim berkata "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku, kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahandi penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata.."Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".
Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan. . lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…"Cuba jawab 1253*254-45557+ (5454*25451) dalam masa 5 saat..".Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan. .
Giliran terakhir pergi kepada pelawak.."Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.. Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.."Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata…"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".
"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!". Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Kelambu


Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk.

Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk. Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?

Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

26 Disember 2008

Angkasawan

Foto sekadar hiasan

Pada pagi yang ceria di dalam kelas tingkatan satu Anggerik, cikgu Roslina bertanya kepada anak muridnya ke mana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti persekolahan yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi ke mana ?
Siti : Saya nak balik kampung datuk saya di Pahang.
Cikgu : Kamu Ramli?
Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.
Cikgu : Kamu Ahmad?
Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu... ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...
Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....
Adam : Kita pergi malam.....

Hotel


Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka singgah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00.

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidanggan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa. "

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan, " kata si pengurus tidak mahu kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut. "Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

"Baki RM 150.00 lagi itu saya sudah bayar... iaitu saya relakan encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri encik..."

"Salah encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan. .."

Kacang


Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"

Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada dua cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya dua ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda dua kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"

Sengal

Foto sekadar hiasan

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa awak sudah buat dengan belakang awak ini?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik rumah saya dekat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising dekat dalam bilik tidur saya. Saya saspex ada orang sudah tidur dengan bini saya. Saya tengok pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... lepas itu saya terus angkat peti ais saya dan campak dekat lelaki itu. Itu yang sakit belakang sampai sekarang ini, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yang saya tengah periksa ni nampak teruk. Tapi hawak lagi dasyat aku tengok... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Hari ini, hari pertama kerja baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tengah saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkejut biawak...

Doktor: Awak kenapa pula ni?

Chot: Saya berada di dalam satu peti ais. Tetiba sahaja ada orang campak peti ais tu ke bawah dari tingkat 3, doktor!!!

Lapang

Foto sekadar hiasan

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...! !!

25 Disember 2008

Kekasihku Seru


Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jimmy. Dia ini orang Johor. Dia ada seorang awekz bernama Julie. Julie ini tinggal di Perlis. Mereka ini tidak pernah berjumpa sebelum ini, juz msg n call sahaja. Gambar pun mereka tidak pernah lihat sebab mereka hanya berhubung melalui handpone Nokia 3310i sahaja.

Mereka sudah tidak tahan dan hendak berjumpa sangat-sangat. Merekapun berpakat akan berjumpa pada hari raya pertama nanti. Dan mereka bercadang untuk berjumpa di rumah Julie. Julie telah beritahu keluarga dia yang Jimmy akan datang beraya ke rumah mereka. Pada seminggu sebelum hari raya Aidilfitri, Julie terlibat dengan satu kemalangan maut.

Mayat Julie telah selamat dikebumikan. Seluruh keluarga Julie sangat bersedih atas pemergian Julie. Julie didapati terkoban dalam kemalangan tersebut. Akan tetapi, Jimmy tidak mengetahui hal ini. Kebetulan, handpone Jimmy mengalami kerosakkan pada hari kematian Julie. Sehari sebelum raya, baru lah handpone dia siap dibaiki.

Apabila handpone dah ok, Jimmy terus masej Julie. Mesej yang dihantar oleh Jimmy tersebut semua di'reply'. Pada hari yang ditetapkan, dengan alamat yang pernah diberi oleh Julie kepada Jimmy. Jimmy bertolak dari Johor pada subuh awal Syawal, dan sampai di Perlis pada petang hari itu juga dengan memandu kereta Proton Wira 1.6 kepunyaan kawan baiknya.

Bila sampai sahaja di rumah Julie, dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie. Ibu bapa Juliepun menyuruh Jimmy duduk. Mereka berbual dengan bertanya tentang diri Jimmy. Tetapi mata Jimmy terjenguk-jenguk ke arah dapur dan bilik-bilik yang ada di rumah tersebut, manalah tahu Julie keluar atau menyorokkan diri dia.

Jimmy semakin tidak senang duduk. Setelah lama berbual, jimmy pun tanya pasal Julie kerana beliau tidak tahan hendak berjumpa dengan Julie. Ibu bapa Julie menyarankan supaya Jmmy banyak bersabar. Jimmy semakin hairan, dan bertanya kepada ibu bapa Julie,"kenapa makcik dengan pak cik? apa yang sudah berlaku pada Julie?". "Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan. Jimmy bertanya "bila mak cik? sebab apa?" Ibu bapa Juliepun menceritakan tentang hal kejadian. Jimmy agak terkejut, tetapi Jimmy tidak percaya kerana beliau ada sms dengan Julie sebelum berangkat ke perlis, Jimmy pun menunjukkan semua sms itu kepada ibu bapa Julie.

Setelah membaca dan melihat nombor telefon tersebut, ibu bapa Julie kehairanan kerana cara sms dan nombor telefon itu memang Julie yang punya. Untuk mendapatkan kepastian, ibu bapa Julie bawak Jimmy ke tanah perkuburan Julie.

Jimmy masih tidak berpuas hati dan menggorek kubur Julie. Memang betul Julie sudah mati dan berada di dalam kubur tersebut. Jimmy semakin hairan dan ketakutan. Sebelum Julie meninggal, Julie telah berpesan kepada orang tua dia supaya jika dia mati, tanam sekali handpone dia sebab, dia terlalu sayang dengan handpone ini.

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada Jimmy. Jimmy pun cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie," awak tengah buat apa?" Tidak lama kemudian, handpone Jimmy berbunyi dan ada satu sms diterima, apabila buka sahaja sms tersebut, kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi "tidak ada buat apa pun. Awak sudah sampai ke?"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awak kata awak sudah MATI?" Dan Julie pun balas "memang saya sudah meninggal." Jimmy cuba memberanikan dri dan membalas semula sms tersebut dengan "HABIS, MACAM MANA AWAK BOLEH MEMBALAS SEMUA SMS SAYA?." Tidak lama kemudian, handpone Jimmy pun berbunyi lagi. Kesemua mereka menjadi semakin panik, takut dan macam bermain difikiran mereka semasa Jimmy hendak membaca sms tersebut.

Apabila mereka baca sms tersebut, mereka jadi terkejut BEROK & kehairanan ndan terpinga-pinga. Kerana sms tersebut berbunyi...

"DIGI ADA DIMANA-MANA"…

24 Disember 2008

Lawak Antarabangsa Lagi...


1. Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. Suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The mall

Gadis:’ I’m sorry ‘
Pelancong:’ I’m sorry, too ‘

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis: ' I’m sorry. three'
Pelancong:  'What are you sorry for?'
Gadis: 'I’m sorry, five'


2. Pak pandir menunjukankan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

‘Bentuk macam taik...’ Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, ‘Lembik...macam taik.’Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, ‘Bau macam taik.’ Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

‘MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!


3. Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya. ‘Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan’.Kata si suami ‘yerr kerr?’ Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:

‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
‘takpe...tunggulah malam’.

Esoknya si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan...bang’.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... ‘.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
‘Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang’

Tolong Sebarkan... Adik Hilang...

Pesanan dari seorang rakan…

harap dapat disebarkan

Saya Mohd Razzi Jiman mengharapkan bantuan dari saudara saudari untuk mencari adik saya yang telah menghilangkan diri beberapa hari yang lepas setelah dimarahi oleh ibu saya kerana suka mengekori orang lain,

Untuk pengetahuan saudara / saudari, beliau mengidap bengkak hati yang makin menggusarkan saya dan keluarga, beliau akan mengalami masalah demam kuning.

Ini adalah beberapa maklumat berkenaan adik saya.

Nama: Mohd Adi Jiman

Nama panggilan: Adi

No I/C: 820230-14-5471

Umur: 26 tahun

tinggi: 160cm

bentuk badan: gemuk pendek

tabiat: suka mengekori orang

disertakan sekali foto terkini Adi (yang berbaju kuning)




Macam Real!!...

Foto sekadar hiasan

Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru.

Alhamdulillah... aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan, dalam masa beberapa tahun di sana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air... sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda di dalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah... aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam... bertungkus lumus... dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!

Kebahagian keluarga.... Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus... yang sulung dah tak macam orang... rambut warna merah... bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting.... main golf pun bincang pasal kerja.... dinner pun meeting lagi!!!... sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutifaku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat ..kekadang terlupa... masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya... tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan!!!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...!!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO... tetapi menangis kerana gembira... mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!

Aku diketawakan oleh mereka... tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang... bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari... alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras... dari 2 gerai aku membuka 3... dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi ‘chairman’....dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehlah aku beranganlagi...Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan...

Laa....hampeh betul citer ni. Mat Jenin rupanyerr... .......

Lawak Antarabangsa


1. Pada satu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?”


2. Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news...
Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ???


3. Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...?
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli : Ahhh...? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.


4. Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

“Mmm, tulis saja “Sayang tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang cuma bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

“SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS.

SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.”


5. Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi,  jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzy : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!!??!!

23 Disember 2008

Kisan Anjing


Pada satu masa ada 2 ekor anjing. anjing A dan anjing B. Mereka berdua tinggal di sebuah pulau bernama pulau Niza. Setelah agak lama di situ mereka merasa bosan dan berhasrat untuk pindah ke tempat lain. lalu si anjing A nie pun mencadangkan perkara itu kepada rakannya.

Setelah persetujuan di capai anjing A tadi mengadakan latihan dengan belari 20 kilometer sehari, angkat berat dan berjogging ( iya la menguatkan stamina untuk berenang ke seberang ). Tapi anjing B tadi buat selamba je... tak ada persiapan langsung.

Lalu anjing A nie tadi bertanye "eh.. kau tak buat persiapan ke? rileks je?

Anjing B menjawab "tak payah buat persiapan semua dah siap".

Anjing A nie hairan dan berkata pada anjing B.. "lantak kau la" dan terus dengan latihannya..

Maka hari yang di nantikan pun tiba.. maka berenang la si anjing tadi ke seberang.. dia menyangkakan yang kawanya sianjing B masih lagi berada di pulau Niza... tetapi alangkah terkejutnya dia bila mendapati yang rakannya anjing B telah sampai dan sedang rileks di tepi pantai je.. lalu sianjing A nie bertanya pada anjing B "Macamana kau bleh sampai dulu?"

Lalu jawap si anjing B.. AKU KAN ANJING LAUT!!!

21 Disember 2008

Kantoi


Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.

"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik.

Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"

"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?"tanya si teman penuh simpati.

"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau...."

Cerita Beruang


Seekor beruang yang bertubuh besar sedang menunggu seharian dengan sabar di tepi sungai deras, waktu itu memang tidak bukan musim ikan. Sejak pagi ia berdiri disana mencuba menangkap ikan yang meloncat keluar air. Namun, tak satu juga ikan yang berhasil ia tangkap. Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya. . hup .. ia dapat menangkap seekor ikan kecil.

Ikan yang tertangkap menjerit-jerit ketakutan, si ikan kecil itu Meratap pada sang beruang, "Wahai beruang, tolong lepaskan aku." "Mengapa ?: tanya beruang. "Tidakkah kau lihat, aku ini terlalu kecil, bahkan boleh terlekat dicelah- celah gigimu," rintih sang ikan. " Lalu kenapa?" tanya beruang lagi. "Begini saja, tolong kembalikan aku ke sungai, setelah beberapa bulan aku akan tumbuh menjadi ikan yang besar, di saat itu kau boleh menangkapku dan memakanku untuk memenuhi seleramu" kata ikan. "Wahai ikan, kau tahu kenapa aku boleh tumbuh begitu besar?" tanya beruang "Mengapa," ikan balas bertanya sambil menggeleng-gelengka dan kepalanya. "Kerana aku tidak pernah menyerah walau sekecil apapun keberuntungan yang telah tergenggam di tangan !" jawab beruang sambil tersenyum mantap. "Ops !" teriak sang ikan. Beruang makan ikan tu tanpa mengendahkan rintihannya.

Dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. Namun jika kita tidak mahu membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang Allah berikan maka kesemapatan itu akan hilang begitu saja. Dan hal ini hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari, saat kita harus berucap: "Ohhhh..... andaikan aku tidak mensia-siakan kesempatan itu dulu ..!!!?. Maka bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita.

Disaat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan; di saat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; dan dalam keadaan terburuk pun selalu ada kesempatan untuk meraih kesempatan untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita. Bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. Bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar. Hope you all can find the best in your life.

20 Disember 2008

Lawak Petang

Foto hanya hiasan


Cerita ini adalah satu jenaka, nama-sama yang tersebut hanya sebagai andaian. Jangan terlalu ambil hati.

Dalam satu kejadian yang agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 orang penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tiada, macam mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yang paling bercita-cita tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yang berat untuk menjaga sebuah negara yang kuat. Tambahan pula, akulah President yang terpandai dalam sejarah US. Orang Amerika mana yang hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Ladin berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yang terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jagan bimbang. Ada satu lagi beg parachute untuk pakcik. President terpandai dalam sejarah US itu terambil beg sekolah saya".


Kuang! Kuang! Kuang!

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG. "

Surat Adi kepada Cikgunya

Foto sekadar hiasan


Kehadapan cikgu Melawati dari sk sulawati..

Cikgu, nama saya adi. Saya budak kelas 1 Melati.. Saya nak komplain pasal cikgu yang dah ambil hati abah saya.

Abah saya kata dia telah jatuh hati dengan cikgu. Saya hairan, mcm mana abah boleh jatuhkan hati dia kat cikgu..Sedangkan cikgu sendiri yang ajar adi kata hati kita ada dalam badan. Jika hati takda kita boleh mati.

Cikgu bohong. Mengapa abah saya masih hidup sedangkan hati dia sudah jatuh? Cikgu tak layak digelar cikgu..

Abah saya juga kata cikgu pandai ambil hati dia. Adi nak cikgu pulangkan hati abah. Kasihan abah tidak ada hati..

Harap cikgu boleh pulangkan hati abah sepecat mungkin kerana adi takut abah mati..


sekian,
adi bin darmati

15 Disember 2008

Harimau Jadian


Di dalam sebuah kampung telah kecoh dengan kehadiran satu spesis "Harimau Jadian Tanpa Kepala" telah merayau di kampung tersebut hampir setiap malam (takut tak?). Penduduk kampung tersebut mejadi takut dengan kejadian tersebut.

Suatu malam, ada seorang lelaki yang mempunyai ilmu berhadapan dengan spesis tersebut telah pergi menjejak "harimau jadian" tersebut. Nama lelaki tersebut Tok Moh Seguntang (TMS).

Malam tu, TMS telah bersiap sedia dgn kelengkapan yang telah biasa dia bawa apabila hendak berurusan dengan sebarang jenis spesis yang menakutkan.

Dipendekkan cerita, pada malam itu memang TMS bertemu dengan makhluk tersebut.. Apa lagi, TMS pun stanby la dengan kelengkapan yang dibawa disamping mulutnya terkumat-kamit membaca jampi serapah dan kadang-kadang sampai tersalsul.

Belum sempat apa-apa lagi.... "harimau jadian"  tersebut merayu sambil berkata..... 

"Tolongla aku.. aku bukan hendak ganggu penduduk kampung di sini...... ..

Tapi aku cuma hendak cari kepala aku yang hilang.....

Aku tahu di mana kepala aku berada.... cuma. ..

aku nak mintak tolong dengan kau ambil kepala aku coz aku tidak boleh pergi sebab tidak nampak...

Tolonglah aku (sambil berlutut & merayu)..... ...."


TMS pun bertanya di mana kepala "harimau jadian tu"


"Harimau jadian" itu pun berkata..... ......... ......... .


ADA KAT MAYBANK.. DIAORANG AMIK KEPALA AKU BUAT LOGO MAYBANK....

Takut Bini

Foto hanya hiasan

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

MORAL OF THE STORY: KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.

Kalau tidak manis, tidak payah bayar!!

Gambar hanya hiasan

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah

mangga. Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"

Peniaga : "RM7!"

Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"

Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"

Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"

Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"

Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"

Peniaga : "#$%@%&%????...

Driver

Foto hanya hiasan


Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie.

"Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez.

"King Kong pun menjawab dengan sopan," Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya," Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau.

" Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?

"Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,

King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

12 Disember 2008

Siapa yang paling sengal?

Sekadar gambar hiasan

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka melepak. seorang itu nama dia ialah Ali, Budin dan Ciko. Aktiviti seharian mereka ini menyebabkan tok imam tidak senang duduk. Pada suatu hari tok imam datang dengan niat hendak tarbiyah mereka ini. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam itu mencabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau pada waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?. Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus sahaja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tidak khusyuk, angkat 2 kali pun tidak khusyuk jaga lagi..

Masuk sahaja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk dekat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba sahaja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Makmum yang lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sehinggalah habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnyanya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Selepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tetapi dengan bongkaknya si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tidak, lagi dasyat aku sebahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana... kwang kwang kwang...

06 Disember 2008

Di kejar Bapok...

Gambar Hiasan

Dulu gua selalu dekat jalan KTM tu.. ala tempat yang ramai bapok tu... siap interview sekor bapok yang agak cun..

gua: name sape ni?
Fasha: Fasha banggggg...
gua: ishh.. sedapnye nameeeee... cak! ! senyum sket...
Fasha: alah abang niiiii... muaahhsss...
gua: asal nama Fasha?
Fasha: ooppsss... rahsia tau!! mane boleh cakap nanti keluaq TV!
gua: ala.. rileks la. .. I saje je tanye... dah lama ke buat keje ni?
Fasha: emmm...5 tahun bang... ishh abang ni tanye lebih-lebih macam polis pulak.. NI NAK KE TAK NI???
gua: berapa Fasha charge I seround?
Fasha: alah..dah dekat subuh ni Fasha tak kisah pun... ikut you lah
gua: kalo macam tu kire halal aje lah.. kekekekekeke
Fasha: Ala you ni.. buat lawak senario pulak... TAK NAK SUDAH... OIII PONDAN-PONDAN SEKALIAN... NI ADA LELAKI DARA LAGI NI NAK MAIN FREE.!! JOM KITA KENDURIIII

Gua pun lari lintang pukang... kerete parking dekat depan City Plaza pulak tu.. sejak itulah gua bergiat dalam sukan larian tidak berganti-ganti...

Sekian

Mawi nyaris maut ketika skodeng


JOHOR BAHRU: “Selepas berjaya mengeluarkan semua barang, baru saya teringat Mawi masih di dalam rumahnya,” kata seorang wanita mangsa kebakaran yang memusnahkan tiga rumah papan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini, awal pagi semalam.

Mariana Sunyi, 35, berkata disebabkan terlalu panik dan keadaan kelam-kabut, dia terlupa untuk menyelamatkan Mawi, seekor anak kera berusia empat tahun yang masih tertambat di dalam rumahnya ketika kebakaran merebak.

"Bagaimanapun, umur Mawi masih panjang kerana sebahagian daripada rumah hangus ketika kami menyelamatkannya. Dia cedera di tangan kanan akibat terkena api,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mariana berkata, dia membela Mawi sebagai haiwan peliharaan dan membina sebuah rumah kecil khusus sebagai tempat berteduh di tepi rumahnya yang dijilat api dalam kebakaran itu.

Kera berkenaan diberikan nama Mawi kerana dia amat meminati penyanyi terkenal kelahiran Johor, Asmawi Ani sejak anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai itu muncul juara Akademi Fantasia 3.

Kebakaran kira-kira jam 2..30 pagi itu turut menyaksikan sepasang suami isteri nekad terjun ke dalam laut bersama seorang anak mereka berusia dua tahun untuk menyelamatkan diri apabila menyedari rumah mereka dijilat api.

Todi Buruk, 43, membuat keputusan itu selepas mendapati mereka terperangkap dalam api yang sedang marak memusnahkan rumah yang diperbuat daripada papan itu dan satu-satunya jalan untuk mereka melepaskan diri dengan selamat ialah terjun ke dalam laut.

Menurut Todi, dalam kejadian itu, dia dan isteri serta anak mereka sedang nyenyak tidur di bilik belakang rumah yang dibina di tepi gigi air di pantai kampung berkenaan.

"Saya terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan, sebaik menyedari rumah dijilat api, saya segera mengejutkan isteri supaya membawa anak keluar..

"Tetapi kami terhalang kerana pintu masuk utama sedang terbakar dan api sungguh besar. Oleh kerana tidak ada jalan lain lagi, saya menarik isteri yang sedang mendukung anak ke belakang rumah dan terjun ke dalam laut,” katanya.

Todi berkata, dia dan keluarganya kemudian berjaya berenang ke tepi pantai dalam keadaan selamat sebelum dibantu jiran dalam kebakaran yang turut menyebabkan tiga rumah musnah.

Katanya, api dipercayai bermula di rumahnya dan merebak ke dua rumah jiran bersebelahan dan api merebak dengan cepat kerana semua rumah terbabit diperbuat daripada papan.

Todi mendakwa, dia mengalami kerugian kira-kira RM50,000 termasuk barang kemas bernilai RM10,000, dua televisyen, dua mesin basuh, peti ais, perabot dan lain-lain.

"Walaupun tinggal sehelai sepinggang, saya bersyukur isteri dan anak saya selamat selepas terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Alias Awang, 46, berkata dia lapan sekeluarga bernasib baik tidak mati hangus dalam kejadian itu selepas terjaga daripada tidur akibat bunyi bising di luar rumah.

"Mujurlah anak-anak saya berusia antara sembilan bulan hingga 17 tahun tidur di bahagian depan rumah kerana api menyambar di bahagian belakang rumah terlebih dulu.

"Sebaik saja mendengar bunyi bising, saya terjaga dan terkejut melihat asal tebal dalam rumah, lantas saya mengarahkan anak yang tidur di bahagian depan rumah berlari keluar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ismail Ghani, ketika dihubungi berkata, dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 2.24 pagi dan operasi memadam kebakaran tamat pada 4 pagi.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudinrudy@hmetro. com.my

Jasadnya tidak di terima bumi.


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).

Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh Makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang ke arahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah be liau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir.

Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 untuk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah ke bilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia terdengar orang di dalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.

Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.

Jadi sesiapayang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian:

012-957-5191 atau 016-355-9718

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. KEPEK..KEPEK. . UBI ..... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII

hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah naaaaaa... :-) hah HAH HAH

03 Disember 2008

Jangan kentut di depan Gay


Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu."Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!

02 Disember 2008

Kenapa Aku Pecat Secretary ku-resend

Foto Hanya Hiasan

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. "Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang" Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.

Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun" Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.

Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

Aku berkata "Wow!", itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi. Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ? "Tidak perlu, saya pikir tidak perlu" jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit.."

"Tentu saja boleh", sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku hanya duduk terpaku di sana, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang……

01 Disember 2008

Asal Usul PAHANG


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana.

Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.

30 November 2008

Taugeh yang Rangup


hehehehh... mesti ramai suka makan taugeh... nak pulak campur dalam char kuey teow.... hmmm rangup... tapi hendak beli taugeh itu kena buat eksperimen dululah.... beli sikit, jangan makan dulu... sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari... lepas itu cuba bau taugeh tu selepas 3 hari macamana?... dan kalau boleh jangan beli taugeh yang warna putih berseri tu... keputusan yang mungkin boleh didapati... selepas 3 hari bau taugeh itu hancing semacam... bermakna taugeh itu disiram dgn urine atau air kencing... dan air urine itu jugalah menyebabkan warna putih berseri... kalau nak tahu taugeh keluaran bumiputera senang sahaja, warna dia macam kekuningan sidikit dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tidak mengunakan urine sebagai baja... nih info dari pegawai pejabat aku yang pernah membuat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha yanun alip... siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing untuk disiram pada pokok-pokok taugeh itu... dan kenapa taugeh jadi mangsa?... sebabnya taugeh ini jenis pokok menyimpan air siraman bulat-bulat terus ke dalam batangnya... tidak seperti sayuran lain iaitu sayur-sayuran berdaun hijau yang mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja... tidak macam taugeh dia serap terus ape yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis... itu sebabnya kalau simpan dalam masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacam sahaja.... so bagitahulah dekat sedara mara, kawan-kawan pasal nak mengenal taugeh-taugeh hancing dengan taugeh-taugeh bumiputera...

Muka 10 Sen


Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : Bertuah punya anak. (Dalam hati: Pandai jugak anak aku ni)

Sapu Air Liur


Majlis pernikahan sudah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri. Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah, si ayah pasang telinga mendengar perbualan.

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang. "Nak cuba pakai malam ni , bang.” pengantin perempuan bersuara, berdebar dada si ayah mendengarnya.” Boleh saja biar abang masukkan?” Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.

“Tak muat bang, sempit oh sakitnya.”  Ternyata kasut bukan saisnya. “Kalau tidak muat nak buat macamana?” Pengantin lelaki gundah suaranya.

" Sapu air liur…!” Si ayah bersuara ketawa pengantin berjela-jela. Ternyata si ayah silap sangka.

Pakar Bedah dan Pesakit


Lima pakar bedah sedang berbincang, siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, “Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan.”

Pakar bedah kedua menjawab, “Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna.”

Pakar bedah ketiga menyambut, “Ohh… tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad.”

Pakar bedah keempat pula bersuara, “Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan.”

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, “Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah.

Penerbit Filem


Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan menjadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Ubat & Tahi


Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

“Eh hapa ini, macam pil laa…”

“Oh…inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik.”

Budak itu pun makan, “Erghk…rasa macam tahi la…”

“Haaa.. ngko sudah pun menjadi cerdik..Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku tak tau nak bezakan yang mana satu tahi” kata budak yang satu lagi.

Maaf Saya Bukan...

Gambar hiasan


Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, “Bang, lampu di halaman depan sudah terbakar tolong ganti yang baru ye”.“Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?” jawab Akob. “Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar”, minta isteri Akob lagi. “Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?”, jawab Akob mengelak. “Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas”, kata isteri Akob. “Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas”, jawab Akob dengan sinis.

Merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh. Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya “Awak minta tolong pada siapa.

Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat”.“Apa syaratnya?”, tanya Akob ingin tahu.“Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya”.

"Habis.. roti apa yang awak buat untuk dia" tanya Akob.

Jawap isterinya "maaf.. saya bukan pembuat roti"