31 Oktober 2009

Kantoi


Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang bagi ke dia duduk rumah kita?.
Suami : Ye lah. Sebab rumah ini mahal, takkan hendak biar kosong macam itu sahaja?
Isteri : Abang bagi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
Suami : Takkan itu abang hendak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tidak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag warna maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tidak boleh sebab dia kidal.
Isteri : ?
Suami : (Dalam hati) Alamak kantoi!!

Differences between a TV & Handphone

Wife is like TV
Girlfriend is like Handphone.
At home watch TV, go out bring Handphone.
No money, sell TV. Got money change Handphone.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with Handphone.
TV free for life but Handphone, if you don't pay the services will be terminated!
TV is big, bulky and most of the time old, but Handphone is cute, slim, curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for Handphone is high and often very demanding!
Most Important, TV got remote, but Handphone don't have any.
Last but not least ........ TV have no virus, but Handphone ..... have
VIRUS ...... once kena, terus KONG ..... so better choose TV !

RM2 Untuk HP Line

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tiada kan?. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan?

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.


Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 itu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jangan marah kalau sudah terkena.
Nasib baik duit RM2 tidak dicetak lagi. Jika tidak, lagi ramai yang fikir benda ini betul-betul. ..tapi cobaan.....

30 Oktober 2009

Dalam Lif


Alkisahnya.. ..

Ada empat orang sedang menunggu lif. Seorang doktor, seorang lagi engineer, yang ketiga peguam dan yang last sekali tok Imam. Tengah Boring menunggu Lif, datang seorang awek cun yang seksi.

Apabila pintu lif terbuka, mereka pun masuk. Ketika lif hendak naik ke atas, secara tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Lif pun terhenti dan keadaan menjadi gelap. Dalam keadaan Black Out itu, mulalah ada salah seorang dari mereka yang gatal dan hendak membuat kurang ajar pada awek yang seksi itu. Puaslah dia meraba awek itu di dalam gelap!...

Tiba-Tiba, bekalan elektrik kembali Okay. Awk itu pun perhatikan pada engineer, selepas itu pada si doktor kemudian kepada si peguam itu. Last sekali kepada tok imam. Dengan geramnya si awek itu bagi satu penampar jepun yang teramatlah kuat kepada si tok imam itu."Heiii, sudah tua bangka pun ada hati hendak meraba lagi!" Jerit si awek seksi sambil menunjuk penumbuknya kepada muka tok imam itu..

Soalan : Kenapa awek itu yakin benar bahawa tok imam itu yang membuat dajal?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ? 

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kerana tok imam seorang sahaja lelaki!

Hahahahaha!

Pengajarannya, jika berbicara mengenail doktor, peguam atau engineer, pasti  orang akan ingat lelaki sahaja. Yang pegang jawatan seperti. Wanita pun boleh ma..

Jam Tangan


Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Satu pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR! CIKAI BETUL!! "

Pelajaran Jawi Hari Ini


"Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "
"Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "
"Mambang tanah!? Hahhahhahhahahha ..... "
"Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim! "
"Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tidak jauh"
"Jin dengan mambang!? Hahhahhahhahahha"
"Sudah ! aaa .. encik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja."
"Oooo.. dia tiada mata? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu"
"Mata buta!? Hahhahhahhahahha... "
"Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis, yang ini huruf Ha!,  Aa.. sekarang encik Sudin pulak.."
"Saya, cikgu "
"Aa.. kenal tidak dengan huruf ini ? "
"Saya kenal cikgu"
"Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas"
"Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng!"
"Tonceng?! Hahhahhahhahahha"
"Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat"
"Cikgu..."
"Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pula. "
" Yang mana?"
"Yang ini..."
"Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "
"Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!"
"Huruf Khaaa ? "
"Hahhahhahhahahha.... Hahahahhahahaha....
itu bunyinya KHUALAN bukan JUALAN

Buah Mangga


Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

16 Oktober 2009

Seluar Dalam


Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

Ah Chong: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil!

Ah Chong: Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil.

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…

Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…

Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak.. sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam, masakan saya teringin seluar dalam tu..

24 Ogos 2009

Kenapa Mati Hari Jumaat?


Kenapa Mati Hari Jumaat?

Ini kisahnya;

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap pagi hari Jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Kemungkinan besar makhluk halus ada mendiami tempat tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.

Masa berputar... pukul 8:00am.. 8:30am sehingga jam 9.00 am...

Tiba-tiba...

Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut.... .

soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan VACUUM CLEANER nya!

20 Ogos 2009

Dua Beradik yang Sengal


Seorang tua yang mempunyai dua orang anak yang akan  mewariskan dua ekor kuda kepada anaknya (Azwan dan Aznil). Setelah orang tuanya meninggal, dua anak ini berbincang tentang bagaimana untuk membezakan kuda mereka,

Azwan : ekor kudaku akan ku potong biar berbeza dari kuda kamu

Aznil : baiklah, jadi kita akan senanglah membezakan kuda kita.

Tidak beberapa lama kemudian, kuda Aznil juga terputus ekornya

Aznil : Bagaimanakah caranya untuk membezakan kuda kita ni sekarang?

Azwan : Aku tak tahu, bagaimana kalau kita jumpa pakar kuda untuk mendapatkan pandangan

Aznil : Baiklah.

Mereka pun pergi berjumpa pakar kuda tersebut. Setelah memeriksa kedua-dua ekor kuda itu lebih satu jam, pakar kuda itu keluar dan memberitahu hasil penelitiannya.

Pakar Kuda : Cara membezakan kuda kamu senang saja, kuda yang putih ini lebih tinggi satu sentimeter daripada kuda yang hitam.

Azwan dan Aznil sangat gembira dengan kehebatan pakar kuda tersebut.

17 Ogos 2009

Benarkah Malaysia Layak Ke Piala Dunia 2022?

‘Satu Malaya’ dah tahu hasil Simposium Bolasepak FAM minggu lalu. Dengan langkah yang sungguh berani FAM mengumumkan sasaran untuk Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia iaitu tahun 2022. Media massa pula telah menjalankan peranannya dengan berkesan dalam mengetengahkan perkembangan ini ke khalayak masyarakat. Segalanya kini kelihatan seperti ’sudah sedia’ untuk dihadapi.

Namun begitu, elok direnung sedikit analisis tentang tahun 2022, iaitu sasaran yang telah ditetapkan itu. Berdasarkan perkiraan mudah, tahun 2022 itu adalah satu garis masa seperti berikut :
  • 65 tahun semenjak Malaysia merdeka
  • 36 tahun selepas Korea Selatan layak ke Piala Dunia 1986, Mexico
  • 31 tahun setelah Allahyarham Mokhtar Dahari meninggal dunia, 1991
  • 20 tahun selepas Senegal yang pernah bermain dalam Pestabola Merdeka, layak ke Piala Dunia 2002, Korea-Jepun
  • 15 tahun dari sekarang, dikira mulai 2007
  • 2 tahun selepas mencapai Wawasan 2020
Melihat angka-angka itu, terasa sungguh betapa ketinggalannya kita. Akan tetapi satu-satunya frasa yang rasanya boleh mungkin melupakan sejenak rasa ketinggalan itu ialah ‘better late than never’.

Itulah keberanian yang ditampilkan oleh FAM. Sekurang-kurangnya, berani untuk meletakkan sasaran walaupun belum dapat meyakinkan majoriti rakyat Malaysia.

Namun ada sebabnya mengapa sasaran itu belum dapat diyakini oleh segenap lapisan peminat bolasepak tempatan. Sebelum pada ini, telah banyak kali FAM meletakkan harapannya kepada skuad kebangsaan dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa. Untuk kesekian kalinya juga, boleh dikatakan tiada perubahan dalam pencapaian pasukan bolasepak negara.

Berdasarkan senario tersebut, harus hasil simposium yang telah diumumkan itu hanya menjadi satu bahan berita yang diterima oleh masyarakat sebagai satu ‘khabar angin’ selagi kesungguhannya belum dapat dibuktikan. Pelbagai sorotan persoalan dikupas baik dalam perbualan kosong di kedai kopi atau diskusi serius kumpulan profesional.

Persoalan Pertama

Justifikasi yang diberikan oleh FAM bahawa Malaysia akan layak ke Piala Dunia 2022 ialah kerana tempohnya yang memakan masa 15 tahun (dari sekarang). Tempoh 15 tahun itu dikatakan relevan kerana kuasa bolasepak Asia seperti Korea dan Jepun mengambil masa 15 tahun untuk mengatur perancangan sebelum layak ke pusingan akhir Piala Dunia mereka yang pertama.. Juga, Korea dan Jepun dikatakan menetapkan tempoh selama 15 tahun bermula dari penyertaan pertama mereka untuk mengatur strategi dinobatkan sebagai juara dunia.

Persoalannya, setakat pada tahun 2007 ini adakah tahap bolasepak Malaysia sudah diakui setaraf dengan prestasi yang dicapai Korea dan Jepun pada ketika 15 tahun sebelum negara-negara itu layak ke Piala Dunia mereka yang pertama ?

Persoalan Kedua

Sehingga hari ini, Liga Malaysia masih belum menunjukkan wujudnya satu sistem yang konsisten dalam halatuju peningkatan prestasi bolasepak.. Contoh, pada satu masa, pemain impot diambil dalam jumlah yang ramai dan kemudiannya dikurangkan. Apabila jumlah pemain impot dikurangkan pula, pemain tempatan tidak kompetetif kerana hanya bersaing sesama sendiri.

Persoalannya, berdasarkan tempoh sasaran 15 tahun dari sekarang, adakah Liga M diakui setaraf dari segi mutunya, kompetensi dan konsistensi dengan Liga Korea dan Jepun pada masa 15 tahun sebelum layak ke Piala Dunia pertama mereka ?

Persoalan Ketiga

Pelbagai promosi telah diatur oleh FAM dengan bermulanya musim Liga M tahun 2007. Sayangnya, stadium tidak juga penuh. Siaran langsung di televisyen masih tenggelam dengan program hiburan.

Siaran langsung bolasepak Liga Malaysia bukan setakat tewas kepada EPL yang disiarkan di ESPN, malah tewas teruk jika dibandingkan dengan program realiti seperti Mentor atau Akademi Fantasia ! Hakikatnya, penonton atau penyokong tempatan masih belum mengalu-alukan bolasepak Malaysia.

Terus terang. Saya juga tidak mengikuti perkembangan Liga M sepenuhnya. Pun begitu saya tidak juga beralih untuk menyanjungi Liga Inggeris atau EPL. Kepada golongan yang mengikuti perkembangan EPL dengan penuh kesungguhan dan inspirasi, kenyataan ini tidak bermaksud memperlekehkan minat tuan tuan.

Hakikatnya EPL bukan milik kita. Saya rasa bodoh menyanjung nama-nama kelab yang gah di sana. Rakan saya semasa belajar di UK, menceritakan pengalaman menonton perlawanan bolasepak di Old Trafford selaku penyokong Manchester United yang setia. Sayangnya disindir oleh seorang Inggeris ..

‘you’re not English, how can you proudly cheering with us?’

Persoalan Keempat

Sebagaimana selalunya, FAM menamakan barisan yang dibentuk untuk mewakili negara ke sesuatu kejohanan utama. Sebelum pada ini, kita pernah mendengar skuad Pra Olimpik (generai Khalid Jamlus dan V. Saravanan). Kemudiannya, skuad bawah 23 tahun (generasi Indra Putra dan Norhafiz Zamani). Barisan ini dibentuk seawal usia masih di bangku sekolah.

Kini untuk membawa cabaran Malaysia ke Piala Dunia 2022, FAM menamakan skuad bawah 14 tahun sebagai sasaran. Kalau tidak silap, mereka ini kini berada di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Berapa ramaikah keanggotaan skuad 14 tahun sekarang ? 23 orang, sepertimana jumlah pemain sepasukan yang biasa ditetapkan ?

Persoalannya, mengapa tidak 150 orang ? Agar bakal wira kebanggaan Malaysia itu benar-benar dapat dicungkil dan dicarigali di kalangan adik-adik kita agar yang benar-benar layak memartabatkan maruah Malaysia dapat dipilih seteliti telitinya ?

Sekali lagi, mengambil Jepun sebagai perbandingan. Semasa dalam Darjah 3, saya masih ingat lagi majalah Dunia Sukan menyiarkan gambar kanak-kanak Jepun pada usia tadika sedang menimbang bola di atas padang. Berapa ramai yang ada dalam gambar itu ? Penuh separuh padang bolasepak !

Kesimpulannya, mereka itulah yang kita lihat menyarung jersi biru kebangsaan Jepun dengan bermain dengan penuh rasa bangga dalam Piala Dunia sekitar 12 tahun kebelakangan.

Persoalan Kelima

Di akhir simposium itu, FAM memberitahu media bahawa bukan setakat tanggungjawab mereka sahaja dalam memastikan Malaysia layak ke Piala Dunia sebaliknya turut sama melibatkan peringkat akar umbi di negeri-negeri ?

Ada nada yang seakan sedikit kurang menyakinkan dalam kenyataan itu. Sejauhmanakah persatuan bolasepak negeri memberikan komitmen terhadap sasaran FAM ini. Mengapa media tidak meminta ulasan dari kalangan wakil persatuan negeri ataupun pandangan dari tokoh-tokoh bekas jaguh bolasepak negara yang turut hadir pada masa itu ?

Sedikit sebanyak timbul kekhuatiran bahawa belum ada satu bentuk kerjasama yang dipersetujui di kalangan semua pihak yang menyertai simposium itu. Lainlah misalnya ulasan yang diberikan oleh FAM itu berbunyi :

‘FAM akan bertanggungjawab penuh memastikan sasaran itu tercapai dan semua persatuan negeri juga akan sama-sama bertanggunjawab menjadikan sasaran itu satu kejayaan kepada seluruh rakyat Malaysia’

Nah. Bukankah itu lebih bernada patriotik ?

Persoalan Keenam

Pujian sesungguhnya buat FAM di atas sasaran yang berani itu. Namun begitu, di kalangan masyarakat mungkin belum dapat menerimanya kerana satu kesimpulan sahaja iaitu sasaran yang berani belum tentu sasaran yang realistik.

Sekadar imbasan, bukan hanya saya malah majoriti rakyat Malaysia pasti terlalu rindukan masa-masa silam ketika martabat Malaysia diangkat oleh Allahyarham Mokhtar Dahari, Dato’ Soh Chin Aun, Santokh Singh dan R. Arumugam satu masa dahulu.

Pada tahun-tahun 1980-an, saya masih budak kecil tetapi suasana gegak gempitanya Stadium Merdeka semasa Malaysia beraksi dalam Pestabola Merdeka tidak akan hilang dari kenangan. Pentas antarabangsa milik kita yang sudah cukup baik untuk mencarigali bakat Malaysia ke Piala Dunia tapi baru kini FAM memberikan kita sasaran yang cukup berani.

Pandangan

Cukup dengan segala imbasan dan persoalan. Apa pun, pokoknya FAM telah memberikan ‘janji’nya kepada rakyat Malaysia. Sebagai menghormati keberanian itu, kita berikan kepercayaan dan terserah kepada kebijaksanaan golongan profesional dalam sukan bolasepak untuk mengikhtiarkan perancangan dan strategi dalam mencapai hasrat Piala Dunia 2022.

Namun atas rasa tanggungjawab, sebagaimana FAM mengatakan bahawa ia bukan tanggungjawab mereka semata-mata maka pihak lain baik individu atau organisasi perlu melakukan sesuatu (malah kerana rasa tanggungjawab itu, artikel ini diutuskan). Kerana inilah masanya. Bukan dua atau tiga tahun lagi, apatah lagi kalau hanya tinggal 5 tahun sebelum 2022.

15 tahun tidak lama. Sebagaimana seorang guru melihat anak murid kecilnya sudah besar dan layak menduduki PMR. Sekejap sahaja. Di pihak FAM dan golongan profesional, persiapan strategi dan teknikal adalah urusan mereka. Di pihak lain, sokongan yang paling padu mesti diberikan sepenuhnya.

Tidak bolehkah RTM, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Astro menyediakan slot khas yang menyorot tentang perkembangan semasa, persiapan, latihan, perlawanan ujian, pencapaian dan sebagainya dalam satu program khas setiap minggu ?

Program khas itu tidak semestinya sebagaimana sesi pemilihan My Team yang berupa rancangan realiti tetapi samalah sebagaimana siri-siri tentang persiapan negara-negara lain yang bakal bertanding di Piala Dunia setiap 4 tahun itu.

Tidak perlu terlalu mendedahkan para pemain yang masih kecil nanti memberikan tekanan yang berat pula. Tetapi tumpukan lebih kepada hasil dan keputusan. Sedutan perlawanan persahabatan. . Siaran langsung atau rakaman perlawanan ujian. Pandangan pegawai pasukan. Temubual pegawai FAM dan negeri. Ulasan bekas jaguh tempatan. Perancangan latihan. Kuiz penonton. Segala bentuk cara yang benar-benar sesuai menarik minat penonton !

Selain itu, badan-badan korporat ternama seperti Air Asia, tidak teringinkah menaja pasukan kebangsaan 14 tahun ini bertanding dengan pasukan-pasukan seusia dari negara-negara yang telah ‘pasti’ akan bertanding di Piala Dunia 2022 kelak ?

Diberikan dua sebab tersirat atas cadangan ini iaitu ; agar mereka benar-benar tahu betapa seriusnya peranan mereka dalam mencapai sasaran ini dan ; jika mereka layak bermain di Piala Dunia 2022 nanti maka setidak-tidaknya satu atau dua muka pemain negara lain telah pun mereka kenali, kerana mereka pernah bermain bersama pada usia 14 tahun dahulu.

Malah selain dari nama-nama agensi dan badan korporat yang dinyatakan di atas, tak kan lah tidak ada badan-badan korporat atau NGO lain yang ingin memberikan pandangan bernas ‘di luar kotak’ demi cita cita yang sungguh murni ini ?

Paling kemuncak di sini, jangan lupa bahawa 2022 adalah 2 tahun selepas Wawasan 2020 di mana Malaysia telah maju dalam acuannya yang tersendiri. Kalau benar pemain-pemain Malaysia melangkah masuk ke padang pada Piala Dunia itu, sesungguhnya itulah hadiah yang paling berharga untuk setiap seorang yang berbangga mengaku rakyat Malaysia.

Apa pun, syabas FAM dan selamat berjaya. Di sebalik gusarnya keyakinan penyokong bolasepak tempatan namum pastinya seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakangmu, andai semua usaha ini benar-benar dibuktikan dengan serius. Semoga Malaysia berjaya.

Hantu Kum Kum

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT..

INI CERITANYA..


Sekitar 1983-84 ..

Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99 wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.

Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan, dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang.

Kononnya juga, kalau dia memberi salam, bunyinya ialah ” Asalamualaikum .. kum .. kum “. Jika sesiapa menjawab dan membuka pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.

Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang, tetapi tidak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan memberi salam yang ‘meresahkan’ itu.

Sekadar terfikir, di mana Hantu Kum Kum itu sekarang ya ?

14 Ogos 2009

MALU ... KERANA ..


Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tetapi masih mampu menyara kehidupan kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudahpun meningkat dewasa. Abang dan kakak semuanya sudah berjaya dalam hidup tetapi apabila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibu bapa pula.

Apa boleh buat. Sebenarnya saya ini cacat, hodoh dan hitam pula. Lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit pemalu yang teramat sangat. Saya malu hendak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang teramat sangat dengan mak abah. Memang pemalulah kehidupan saya ini. Sehinggakan hendak melihat wajah sendiri di cerminpun terasa malu. 

Jika hendak berjalan sekalipun pasti menunduk yang menunjukkan betapa malunya saya pada tahap yang amat kronik. Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat, terasa semacam hendak memakai topeng H1N1 sahaja. Mak abah pula selalu memarahi saya, mereka kata saya tidak mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan. Tetapi perasaan malu itu juga anugerah Tuhan juga.

Disebabkan itu, mak dan abah sudah fedap, merekapun merancang hendak mengahwinkan saya. Apa lagi, meraunglah saya. Saya ini pemalu yang teramat dasyat. Bagaimana hendak berhadapan dengan bakal suami nanti?. Sudahlah cacat, hitam pula, ditambahkan dengan sifat pemalu yang menebal, bagaimana saya hendak menghadapi semua itu nanti?

Hari ini saya nekad, saya mesti berjumpa dengan abah untuk menghalang perkahwinan ini. Apa hendak jadi, jadilah!

"Abahkan tahu yang saya ini pemalu hendak berjumpa dengan orang ramai. Lagipun abah mahu saya berkawin dengan orang lain. Abah tidak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.

"Apa yang kau hendak malukan?" Tanya abah serius.
"Laaa.. abah tidak nampak ke?, saya ini OKU, hidung panjang, hitam dan gemuk. Malulah saya macam ini." balas aku penuh keyakinan.

"Woi anak durhaka!, kau hendak tahu kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk? kau hendak tahu kenapa?. Sebab kau itu Tapir. Tapir memanglah muka macam itu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau! faham?"

Ler, Tapir ke saya ini? Patutlah saya pemalu teramat sangat. Tapir rupanya saya ini. Ingatkan saya cacat semuala jadi. Itulah akibatnya jika tidak rajin bertanya. Bodohnya saya sehinggai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau di mana jua anda berada.

NENEK & BF-nya ...


Ada sebuah rumah yang didiami oleh nenek yang sudah 10 tahun kehilangan suaminya yang sedang sibuk mengemas ruang tamu rumahnya sambil ditemani oleh cucu kesayanganya. Tiba- tiba cucu nya bertanya...

Cucu: Nekk... kenapa nenek tiada boyfriend?..

Nenek kehairanan mendengar soalan cepu gangsa yang diberikan oleh cucu bertuahnya itu. Lalu dia pun menjawab..

Nenek: Ehh.. sape kate nenek takde boyfriend, ada lah, dia selalu teman nenek di kala sunyi..

Cucu: Siapa nenek?

Nenek: Ni ha [sambil menunjukkan tv di ruang tamu tersebut] dia lah boyfriend nenek.

Cucu: ..oo...

Lalu nenek itu ingin menonton tv. Apabila tv di buka, siarannya tidak jelas. Lalu nenek itu pun menepuk-nepuk belakang tv itu untuk mendapatkan siaran yang lebih jelas. Tetapi masih tidak berhasil..

Tiba-tiba datang Pak Lebai ke rumah Nenek untuk menjemput nenek datang majlis doa selamat rumahnya malam nanti.

Pak Lebai: Assalammualaikum...

Cucu: Wa'laikumsalam, ada apa Tok Lebai..

Pak Lebai: Nenek kamu ada?.

Cucu: Ada..tapi dia tengah sibuk menepuk-nepuk boyfriend dia tu..

Pak Lebai: Ha?

Iklan Mencari Isteri

12 Ogos 2009

Iklan Mencari Suami

Tawaran ini masih terbuka...

10 Ogos 2009

Don't try call Abang Leman (18SX)

KISAH INI BERLAKU DI KAMPUNG LEPAR KUALA SELANGOR

Ada sepasang suami isteri yang baru berumahtangga, isterinya bernama Melor manakala suaminya bernama Wak Leman. Boleh dikatakan setiap hari mereka mengadakan hubungan seks. Pada suatu hari, Wak Leman jatuh sakit dan meninggal dunia. Wak Leman ini memang
tinggi ilmunya sebelum meninggal dunia, dia sempat berpesan kepada isterinya, 

"sayang kalau abang meninggal dunia, kau jangan cari lelaki lain, abang sudah jampi anu abang. Apabila bila abang meninggal nanti kau potonglah anu abang. Apabila kau rasa gersang kau cuma perlu jerit "Abang Leman!", maka anu abang akan datang puaskan nafsu mu".

Maka isterinyapun menurut pesanan aruah suaminya. Dipotongnya anu suaminya dan menyimpannya kedalam peti sejuk. Hari yang berikutnya, Melorpun mencuba lalu dia menjerit,

"Abang Lemann!" maka anu suaminyapun terbang pergi mendapatkan isterinya. Boleh dikatakan setiap malam apabila gersang, Melor menjerit 

"Abang Leman!" Perbuatan Melor itu menjadikan tanda tanya jirannya Mak Cik Nab yang sudah berumur 60 tahun.

Akibat rasa ingin tahu Makcik Nabpun mengadu kepada Joyah." Kenapa si Melor itu setiap malam dia asyik menjerit memanggil Abang Leman sahaja? 

"Dia menjerit macammana?", tanya joyah, 

"dia jerit macam ini, Abang Lemaaaan!" maka terbanglah anu Leman menuju kepemanggilnya. Kesian Makcik Nab kene "underdog".

Cerita ini makin tersebar luas seluruh kampung sehingga ke pengetahuan Tok Penghulu.

"Tok! Kami hendak mengadu, ada perogol bersiri dalam kampung kita ini, habis nenek-nenek, Janda, Anak dara semua disapunya!"

"Iye ke! "jawab tok penghulu dengan terperanjat.

" Siapalah yang punya angkara ini agaknya?", tanya penghulu lagi.

" Entahlah tok tetapi yang saya tahu semua mangsa ada menyebut 'Abang Leman'",  jawab Pak Lebai.

" Apa Abang Leman!?" Jerit penghulu dengan Marah. 

Maka terbanglah anu si leman ini menuju ke pemanggilnya. Semenjak kejadian itu semua orang kampung tidak berani lagi menyebut nama "Abang Leman", manakala Tok Penghulu Kampung itu masih lagi ditahan di Hospital Kelang kerana mengalami koyak yang serius.

KEPADA PEMBACA HATI-HATILAH KETIKA MENYEBUT ABANG LEMAN MUNGKIN INI AKAN TERJADI PADA ANDA. KERANA ABANG LEMAN NI TAK MENGIRA MANGSA, SIAPA YANG JERIT SIAP LAH DIA. PERGGGHHHHH!...

Oleh itu dinasihatkan anda supaya tidak menjerit-jerit nama Abang Leman. Jika nama abang lain tidak mengapa. Abang Leman memang tidak boleh! 

Navy berkahwin dengan hantu


Alkisah tersebutlah cerita, seorang Tentera Laut berkawin dengan seorang perempuan yang sangat jelita. Tidak pula diketahui, beliau berjumpa di mana. Maka hendak dijadikan cerita, pada malam pertama, berlakulah satu peristiwa yang sangat mengerikan.

Pada malam pertama.
Selepas menutup lampu, maka si Navy ini hendak menjalankan kewajipannya sebagai seorang suami. Setelah meraba-raba tubuh isterinya, dia terkejut kerana mendapati dari bahagian peha dan ke bawah (tubuh isterinya) tiada. Dia kehairanan, tetapi pada keesokkan paginya dia mendapati tubuh isterinya sempurna. Bertambah hairanlah dia.

Pada malam kedua.
Si Navy inipun melakukan perkara yang sama sebagaimana pada malam pertama semalam. Bertambah hairanlah dia kerana benda yang sama berlaku. Bahagian peha dan kaki isterinya tiada. Mula berderau darahnya. Beliau memikirkan yang bukan-bukan

Pada keesokan paginya, Si Navy menceritakan kejadian itu kepada ayahnya. Lalu ayahnya mengajar supaya dia membaca Surah 3 Qul sebagaimana yang Nabi ajar semasa hendak tidur bersama isterinya.

Pada malam tersebut, Si Navy pun mempraktikkan bacaan yang diajarkan kepadanya. Selepas itu, dia sekali lagi melakukan aksi seperti pada malam pertama dan kedua. Bertambah-tambah hairan si Navy itu kerana peristiwa malam pertama dan kedua masih berulang. Si Navy tidak puas hati lalu bangun dan membuka lampu. Alangkah terkejutnya dia....

ISTERINYA MENGANGKANG KAKI KE ATAS GET READY RUPANYA !!!

Wasiat tuan toyol kepada toyolnya


Alkisah ada seorang mamat yang namanya Kulup. Kulup ini seorang amat kaya, sebab dia ada membela toyol. Apa sahaja yang dia hendak buat di dalam hidupnya, toyol itulah yang membantunya

Semasa beliau menghadapi peperiksaan SPM dahulu, toyol inilah yang menolong beliau mendapatkan keputusan cemerlang sehingga keluar di surat khabar yang menunjukkan gambar beliau yang penuh bangga. 

Suatu hari beliau termenung kerana memikirkan jika beliau meninggal dunia. Jika beliau meninggal dunia, bagaimana pula keadaannya di alam kubur?.  Beliaupun memberi wasiat kepada toyolnya, "toyol, jika aku mati nanti, aku hendak kau tulis jawapan di kain kapan aku, soalan apa yang malaikat Munkar dan Nakir yang akan tanya di alam kubur nanti". Toyol itupun berkata, "no poblem punya bos, kerje senang sahaja itu". 

Maka ditakdirkan si Kulup inipun meninggal dunia. Sampainya beliau di dalam kubur dan tiga langkah semua orang yang meninggalkannya, maka malaikat Munkar dan Nakirpun tiba, Kulup sedikitpun tidak merasa takut dengan kehadiran malaikat itu. 

Malaikat itupun bertanya "Marabbuka." Kulup dengan penuh konfidennya menjawab. Tetapi selepas dia menjawab, dia kena balun dengan malaikat itu. 

Anda semua mungkin hendak tahu apa yang dia jawab?. Dia menjawab MADE IN CHINA sebab kain kapan itu ada tertulis made in China. Toyol yang masih hidup itu sudah merasa cuak dan takut jika tuannya marah, rupa-rupanya toyol tersebut terlupa menulis jawapannya.

Wasiat lagi...


Ada seorang tua yang hidupnya kaya raya. Kekayaannya adalah hasil tipu muslihatnya, beliau tidak pernah memakai barangan yang tiada berkualiti. Semua barangannya berharga dan berjenama. Beliau merupakan seorang yang sangat kedekut.

Setiap hari orang kaya ini hidup dengan tipu muslihatnya. Beliau amat cekap sehingga semua mangsanya terpedaya dengan tipu helahnya. Orang kaya ini mempunyai isteri dan seorang anak. Setiap hari isterinya berdoa pada tuhan agar suaminya akan insaf. 

Sering kali juga si isteri cuba menasihatkan suaminya supaya insaf. Malangnya nasihat si isteri tidak dipedulikannya malah dimarahi pula. 

"Kau tidak payahlah hendak mengajar aku bagaimana hendak hidup, kau ingat kita boleh kaya begini jika aku tidak pandai menipu" kata si suami dengan sombongnya. Sehingga ke satu tahap, harta anak-anak yatimpun beliau hendak tipu juga. 

Pada waktu beliau sihat, orang kaya ini amat kedekut dan tidak pernah bercampur dengan jiran-jirannya. Oleh sebab itu, ketika beliau jatuh sakit, tiada orang yang datang melawatnya.  

Ketika dalam keadaan tenat, orang kaya ini hanya ditemani oleh isteri dan anaknya. Beliau sempat memberi wasiat kepada isterinya. " Jika abang meninggal dunia nanti, sayang tidak payahlah beli kain kapan yang mahal, beli sahaja yang murah, kalau boleh yang buruk, lusuh dan yang sudah koyak sahaja".

Isterinya berkata di dalam hati, "alhamdullillah insaf juga akhirnya suami aku". Tetapi terdetik di hati si isteri untuk bertanya,  "abang!, kenapa hendak kain kapan yang buruk?", lantas orang kaya itupun berkata, " jika abang pakai kain kapan yang buruk, apabila malaikat datang, mesti malaikat itu ingat abang sudah lama mati, jadi dia tidak tanyalah abang". 

Isterinya yang agak terperanjat dan berkata, "masyaallah sampai malaikatpun abang hendak menipu, ingatkan sudah insaf!.

06 Ogos 2009

Suatu Hari di KLCC...


Suatu hari ketika baru sahaja tiba dari Kuantan, aku singgah sekejap ke KLCC. Aku ada something untuk dibeli. Ketika aku sedang melihat barang-barang di kedai, tiba- tiba perut aku terasa memulas.

Apalagi akupun terus bergegas ke tandas di level satu. Masuk sahaja di situ, aku tengok ada tiga bilik air. Satu sudah bertutup, so aku pergi yang di sebelahnya. Baru sahaja aku duduk, aku terdengar ada satu suara dari sebelah, 

"Haa, macamana sekarang ?" 

Akupun bukan suka hendak berbual dengan orang yang aku tidak kenali di tandas itu. Entah macamana, akhirnya aku terbalas juga, 

"Ok juga laa" 

Kemudian suara itu bertanya lagi,

"Kau hendak pergi mana ni??" 

Iskk.. Aku mula rasa musykil sikit, tetapi aku kata, 

"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

 Selepas itu suara itu bertanya lagi, 

"Bila kau hendak gerak ni?" 

Aku selamba sahaja kata, 

"Lepas aku sudah ni, abis beli aku chow la". 

Kemudian aku terdengar lagi suara orang sebelah itu berkata, 

"Hei, aku call balik kau lepas inilah, setiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...

Suami yang baik.


Irra sedang tenat di tempat tidur sedang menunggu ajalnya yang hampir tiba, ia dipangku oleh suaminya Awie yang sudah berlinangan air mata. Di tangannya masih berada sapu tangan untuk mengesat air matanya yang berguguran. Kemudian si Irrapun berbisik.

"Bang Awieku sayang" (dengan suara yang lemah..) 

"Ssshhht.... sudahlah Irra jangan terlalu banyak bicara". Kata Awie

"Bangg". (dengan nada kesakitan dan kepiluan) 

Irra memaksa untuk berkata-kata. 

 "Aku mahu mengatakan sesuatu kepada abangg, aku ingin membuat pengakuan" 

Terus si Awie menyapa "tiada apa lagi yang harus kau akui Irra,  sudah berehatlah." (sambil menggesat air mata Irra).

"Tidakk, yang seharusnya Irra perlu memberitahu sesuatu kepada abang Awie sekarang".

"Biarlah Irra mati dengan tenang nanti"

 "Abang, aku pernah tidur dengan adikmu, sahabatmu, dan ayahmu". Ucap Irra dengan nada teresak-esak.

Terus si Awie menyambung kata-kata si Irra "sudahlah tu Irra, jangan dipaksa diri kau berbicara terus, tidak mengapa, aku tidak kisah semua itu, aku sudah tahu semuanya, kalau tidak, kenapa aku meracuni engkau dengan racun tikus untuk apa?"

Malu


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan bola sepak. Pemain-pemain bolasepak Kido FC dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. 

Hashim yang menyamar sebagai koboi. Dia berjalan-jalan di kedai sekitar kampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.

 "Hey Hashim..." 

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek. Dalam hatinya berkata.

"Dia takkan mengenali aku lagi.." 

Tiba-tiba nenek berkata 

" Hey Hashim" 

Kerana kehairanan yang amat sangat, Hashim bertanya kepada nenek itu.

"Maaf, bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

 Nenek itu menjawab.

"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Mee, Maggi & Bihun


Tersebutlah kisah di dalam sebuah pasaraya, Mee amatlah cemburukan Maggi sehingga memusuhi si maggi ini. Oleh kerana rak Mee berhadapan dengan rak Maggi, apa lagi bertambahlah cemburunya beliau apabila ramai orang yang membeli Maggi. 

Sehinggalah pada suatu hari, rak di hadapan Mee menjadi kosong. Legalah hati Mee kerana tak payah lagi nak melihat muka si Maggi setiap hari. Pada satu pagi yang indah, apabila mee membuka mata, tiba-tiba dia terpandang rak di depannya yang penuh dengan Bihun. Dia menjerit, 

"Woi Maggi, mentang-mentanglah buat teknik rebonding, kau jangan ingat aku tidak kenal kau!" Bihun kebingungan. .. heuheuheu...

05 Ogos 2009

CALL CENTRE CONVERSATIONS ..


Actual call centre conversations !!!!!
Customer: "I've been ringing 0800 2100 for two days and can't get through to enquiries, can you help?".
Operator: "Where did you get that number from, sir?".
Customer: "It was on the door to the Travel Centre".
Operator: "Sir, they are our opening hours".

--------------------------------------------------------------------
Samsung Electronics
Caller: "Can you give me the telephone number for Jack?"
Operator: "I'm sorry, sir, I don't understand who you are talking about".
Caller: "On page 1, section 5, of the user guide it clearly states that I need to unplug the fax machine from the AC wall socket and telephone Jack before cleaning. Now, can you give me the number for Jack?"
Operator: "I think you mean the telephone point on the wall".

---------------------------------------------------------------------
RAC Motoring Services
Caller: "Does your European Breakdown Policy cover me when I am travelling in Australia ?"
Operator: "Doesn't the product name give you a clue?"

----------------------------------------------------------------------
Caller (enquiring about legal requirements while travelling in France):
"If I register my car in France , do I have to change the steering wheel to the other side of the car?"

----------------------------------------------------------------------
Directory Enquiries
Caller: "I'd like the number of the Argoed Fish Bar in Cardiff please".
Operator: "I'm sorry, there's no listing. Is the spelling correct?"
Caller: "Well, it used to be called the Bargoed Fish Bar but the 'B' fell off".

----------------------------------------------------------------------
Then there was the caller who asked for a knitwear company in Woven.
Operator: "Woven? Are you sure?"
Caller: "Yes. That's what it says on the label; Woven in Scotland "
.
----------------------------------------------------------------------
On another occasion, a man making heavy breathing sounds from a phone box told a worried operator:
"I haven't got a pen, so I'm steaming up the window to write the number on".

----------------------------------------------------------------------
Tech Support: "I need you to right-click on the Open Desktop".
Customer: "OK".
Tech Support: "Did you get a pop-up menu?".
Customer: "No".
Tech Support: "OK. Right-Click again. Do you see a pop-up menu?"
Customer: "No".
Tech Support: "OK, sir. Can you tell me what you have done up until this point?".
Customer: "Sure. You told me to write 'click' and I wrote 'click'".

----------------------------------------------------------------------
Tech Support: "OK. In the bottom left hand side of the screen, can you see the 'OK' button displayed?"
Customer: "Wow. How can you see my screen from there?"

----------------------------------------------------------------------
Caller: "I deleted a file from my PC last week and I have just realised that I need it. If I turn my system clock back two weeks will I have my file back again?".
---------------------------------------------------------------------- 
There's always one. This has got to be one of the funniest things in a long time. I think this guy should have been promoted, not fired. This is a true story from the Word Perfect Helpline, which was transcribed from a recording monitoring the customer care department. Needless to say the Help Desk employee was fired; however, he/she is currently suing the Word Perfect organization for "Termination without Cause".
Actual dialogue of a former WordPerfect Customer Support employee. (Now I know why they record these conversations!):

Operator: "Ridge Hall, computer assistance; may I help you?"
Caller: "Yes, well, I'm having trouble with WordPerfect."
Operator: "What sort of trouble??"
Caller: "Well, I was just typing along, and all of a sudden the words went away."
Operator: "Went away?"
Caller: "They disappeared."
Operator: "Hmm So what does your screen look like now?"
Caller: "Nothing."
Operator: "Nothing??"
Caller: "It's blank; it won't accept anything when I type."
Operator: "Are you still in WordPerfect, or did you get out??"
Caller: "How do I tell?"
Operator: "Can you see the C: prompt on the screen??"
Caller: "What's a sea-prompt?"
Operator: "Never mind, can you move your cursor around the screen?"
Caller: "There isn't any cursor: I told you, it won't accept anything I type."
Operator: "Does your monitor have a power indicator??"
Caller: "What's a monitor?"
Operator: "It's the thing with the screen on it that looks like a TV. Does it have a little light that tells you when it's on??"
Caller: "I don't know."
Operator: "Well, then look on the back of the monitor and find where the power cord goes into it. Can you see that??"
Caller: "Yes, I think so."
Operator: "Great. Follow the cord to the plug, and tell me if it's plugged into the wall.
Caller: "Yes, it is."
Operator: "When you were behind the monitor, did you notice that there were two cables plugged into the back of it, not just one??"
Caller: "No."
Operator: "Well, there are. I need you to look back there again and find the other cable.."
Caller: "Okay, here it is."
Operator: "Follow it for me, and tell me if it's plugged securely into the back of your computer."
Caller: "I can't reach."
Operator: "Uh huh. Well, can you see if it is??"
Caller: "No."
Operator: "Even if you maybe put your knee on something and lean way over??"
Caller: "Oh, it's not because I don't have the right angle - it's because it's dark."
Operator: "Dark??"
Caller: "Yes - the office light is off, and the only light I have is coming in from the window.
" Operator: "Well, turn on the office light then."
Caller: "I can't."
Operator: "No? Why not??"
Caller: "Because there's a power failure."
Operator: "A power......... A power failure? Aha, Okay, we've got it licked now.
Do you still have the boxes and manuals and packing stuff your computer came in??"
Caller: "Well, yes, I keep them in the closet."
Operator: "Good. Go get them, and unplug your system and pack it up just like it was when you got it. Then take it back to the store you bought it from."
Caller: "Really? Is it that bad?"
Operator: "Yes, I'm afraid it is."
Caller: "Well, all right then, I suppose. What do I tell them??"
Operator: "Tell them you're too f --- ing stupid to own a computer!!!!!"

Sadisnya...


Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya: “Nenek, mana Papa dan Mama?” “Mereka masih di dalam bilik…” neneknya menjawab.

Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang, anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

“Di mana Papa dan Mama?”

“Mereka masih di dalam bilik” neneknya kembali menjawab.

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

“Di mana Papa dan Mama?” “Masih di dalam bilik” jawab nenek.

Anak itu tertawa geli.

“Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!” tanya neneknya dengan nada tinggi.

Si anak menjawab,

“Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue

04 Ogos 2009

Akibat Terlalu Gabra...


Di Baling Kedah ada satu famili...

Famili ini ada seorang ayah mertua, ibu mertua, anak, menantu dan cucu. Suatu hari, ketika menantu lelakinya sedang menonton tv di ruang tamu, si ayah mertua lalu di hadapannya. Secara tiba-tiba si ayah mertuanya rebah sambil memegang dada. Kelam-kabut dibuatnya, selepas itu ibu mertuanyapun datang menerkam. Semua menjadi terkejut, sambil mengurut dada masing-masing.

Ayah mertuanya pengsan dan tidak sedarkan diri. Menantunya tadi juga gabra. Ibu mentuanya menyuruh dia mengajar mengucap kepada bapa mertuanya kerana ketika itu dia yang sedang meribakan. 

Bertambah gabra lagi, apabila isteri dan ibu mertuanya pula suruh sambil menolak-nolak bahunya. Mahu tidak mahu dia terpaksa buat juga. Diapun meletakkan mulutnya ke telinga ayah mertuanya dan dia berkata...

"MA ROBBUKA...." terkejut isteri dan ibu mertuanya. Secara tiba-tiba si ayah mertuanyapun tersedar dan terus sound...

"OII.. AKU TAK MATI LAGI DEYY" sambil si ayah mertuanya itu mengurut-ngurut dada nya. Sepatutnya dia ajar mengucap, tetapi gabra punya pasal, dia sudah jadi malaikat pula akekeke.

Tahu Rahsia Umur (18SX)


Seorang perempuan baru saja menjalani rawatan wajah sempena hari jadinya. Wanita itu sudah pun membelanjakan lebih kurang RM5,000.00 dan berasa sangat puas hati. Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan itu, dia singgah sebentar di sebuah kedai mamak untuk membeli surat khabar. Semasa membayar duit surat khabar itu, diapun bertanya pada mamak tuan punya kedai itu.

"Mamak, boleh tanya tak? awak, agak-agak berapa umur saya sekarang ini?" tanya wanita itu.

"Lebih kurang 30 tahun", mamak itu menjawab.

"Tidaklah, sebenarnya saya sudah berumur 50 tahun." jawab wanita itu riang kerana orang masih menyangkanya lebih muda dengan wajah barunya itu. Tidak lama kemudian, dia singgah pula ke McDonalds. Semasa mengorder burger, wanita itupun mencelah dan bertanya pada awek yang menjaga kaunter. Soalan yang sama seperti yang dia tanya pada mamak tadi.

Awek itupun menjawab, "Entahlah, rasanya dalam 29 tahun kot". 

Wanita itupun menjawab, "Tidaklah dik, kakak sudah berumur 50 tahun." Wanita itu bertambah-tambahlah happy, dan menyambung perjalanan untuk pulang ke rumah. Semasa menunggu bas, wanita itu duduk bersebelahan dengan seorang pakcik tua di satu Bus Stop. Sebab boring tunggu bas lama sangat, wanita itupun bertanya kepada pakcik itu. Soalan yang sama seperti yang dia tanya pada awek McDonalds tadi.

Pakcik itupun menjawab, "Pakcik sudah tua. Umurpun sudah 75 tahun. Mata pakcik sudah kabur, tapi pakcik boleh tahu berapa umur seseorang wanita itu dengan satu cara. Dulu masa muda-muda dulu pakcik ada belajar."

"Macam mana caranya?", tanya wanita itu pula ingin tahu.

"Pakcik kena rasa dan kaji bahagian sulit wanita itu, barulah pakcik boleh bagi tahu dengan tepat".

Mereka berdua diam seketika. Wanita itu pula rasa ingin tahu sangat-sangat apa cara yang digunakan oleh orang tua itu. Akhirnya wanita itu berkata.

 "Ahh... tidak kisahlah pakcik, pakcik boleh rasa bahagian sulit saya, saya hendak tahu macam mana pakcik boleh tahu umur saya".

"Baiklah"' kata pakcik tua tu. 

Mereka berdua pun pergi kat bahagian belakang bangunan di mana tiada orang. Kemudian pakcik tua itupun menarik ke bawah seluar dalam wanita tersebut dan start lah meraba alat sulit wanita tersebut.Selepas beberapa minit, wanita tu pun berkata. 

"Okay! Okay! cukup tu pakcik, sekarang saya hendak pakcik beritahu berapa umur saya."

Pakcik itupun berhenti meraba dan menjawab, "Umur awak sudah 50 tahun."

Mendengar jawapan pakcik itu, maka terkejut beruklah wanita itu.

"Fuiyooo...macam magic jer, macam mana pakcik boleh tahu?", tanya wanita tersebut.

Pakcik tua itupun dengan tersenyum lebar menjawab, 

"Pakcik beratur belakang awak tadi dekat McDonalds, heheheheh".

Kisah Nasi Lemak


Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. " Sudah sampai Ipoh belum?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab. "Tidur aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata. " Belum!  Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar,  si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian,  bagaimana ni, perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh., si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu. Si anak bangun dan berkata. "Oh sudah sampai ya!"

lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan.  "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah, mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!"

31 Julai 2009

Sandwich


Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, 

“Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich anda sendiri di sini!”.. 

Maka dua orang sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing…

Membanding-bandingkan


Pada suatu hari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerana tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah-merah belaka, jadi, bapanya membanding-bandingkan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai… 

bapa : “kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tiada pun merah-merah. Dia anak yang cerdik, tidak macam kamu, malas betull.. ” 

Kerana kesal dibanding-bandingkan si anak menjawab: “yelaaaa bapa… anak jiran sebelahkan
bapanya cerdik…..” 

bapa : ??

Curang


Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur. Hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada disampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. 

“Susan, isteriku,” ia berbisik. 
“Suamiku, jangan berbicara, berehatlah.”
“Susan, saya harus mengakui sesuatu,” ia berkata dengan lemah.
“Tidak ada yang perlu di akui,” jawab Susan dengan bersedih.
“Semuanya baik-baik saja, tidurlah,” kata isterinya sambil menangis.
“Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu.” 
“Saya tahu… ,” jawabnya.
“Kerana itulah saya meracuni kamu… “

komputer


Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. 

“Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya”.

 “Lho … kenapa kamu tidak membeli dua komputer” sahut temannya.

Naik Lift


Ketika saya baru masuk ke dalam lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya pula menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. Liftpun naik la dan berhenti di tingkat 2, tetapi wanita itu tidak keluar. Kemudian lift berhenti pula di tingkat 4, tetapi wanita itupun tidaak keluar juga dan liftpun mula naik. Maka bertanyalah saya pada wanita itu, 

“Akak(sebab nampak cam tua dr saya) sudah terlepas tingkat yang akak hendak naik?..”
 “Ooo.. saya hendak ke tingkat 24″, jawabnya selamba.
.”Tetapi tadi akak tekan butang 2 dan 4″ tanya saya lagi kerana tidak puas hati..
 “Astaga!!! inilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dengan kalkulator” sambil menggaru kepala…

Helikopter


Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta dua orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat dua orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,

”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”

Peti Surat


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

”Atok buat apa tu?” 
“Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. 

Cucunya bertanya lagi,
” Apa bodoh sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Emergency brake


Di dalam hujan lebat, malam gelap gelita, jalan tidak berapa nampak, aku cuba cari jalan mudah dengan follow kereta di depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marahkan pemandu itu kerana berhenti mengejut, tetapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

30 Julai 2009

Lawak 3B


Saya mahu berkongsi satu cerita jenaka dengan anda. Here it goes. Seorang pemuda datang berjumpa seorang ustaz untuk meminta nasihat.

Pemuda : “ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh? Hingga sekarang saya tiada kekasih”

Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”

Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”

Ustaz : “Ohhh, jika begitu kamu harus melaksanakan petua ‘3B. ‘B’ yang pertama adalah ‘BERUSAHA’. Apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz, sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang. Saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis.”

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : “BERCERMIN!”

Nenek oh Nenek


Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya agar tidak terbang ditiup angin. Tiba-tiba Seorang lelaki menghampirinya dan berkata:

“Maaf Nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap ditiup angin kencang ni ?”

“Ya, nenek tahu,” jawab wanita tua itu, “tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini”.

“Tapi nenek… semua orang memandang nenek.. tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni!” tegur lelaki itu

Akhirnya wanita tua itu melihat ke bawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu dan menjawab, 

“Nak, apapun yang anak lihat di bawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini baru nenek beli kemarin.”