31 Oktober 2009

Kantoi


Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang bagi ke dia duduk rumah kita?.
Suami : Ye lah. Sebab rumah ini mahal, takkan hendak biar kosong macam itu sahaja?
Isteri : Abang bagi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
Suami : Takkan itu abang hendak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tidak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag warna maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tidak boleh sebab dia kidal.
Isteri : ?
Suami : (Dalam hati) Alamak kantoi!!

Differences between a TV & Handphone

Wife is like TV
Girlfriend is like Handphone.
At home watch TV, go out bring Handphone.
No money, sell TV. Got money change Handphone.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with Handphone.
TV free for life but Handphone, if you don't pay the services will be terminated!
TV is big, bulky and most of the time old, but Handphone is cute, slim, curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for Handphone is high and often very demanding!
Most Important, TV got remote, but Handphone don't have any.
Last but not least ........ TV have no virus, but Handphone ..... have
VIRUS ...... once kena, terus KONG ..... so better choose TV !

RM2 Untuk HP Line

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tiada kan?. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan?

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.


Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 itu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jangan marah kalau sudah terkena.
Nasib baik duit RM2 tidak dicetak lagi. Jika tidak, lagi ramai yang fikir benda ini betul-betul. ..tapi cobaan.....

30 Oktober 2009

Dalam Lif


Alkisahnya.. ..

Ada empat orang sedang menunggu lif. Seorang doktor, seorang lagi engineer, yang ketiga peguam dan yang last sekali tok Imam. Tengah Boring menunggu Lif, datang seorang awek cun yang seksi.

Apabila pintu lif terbuka, mereka pun masuk. Ketika lif hendak naik ke atas, secara tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Lif pun terhenti dan keadaan menjadi gelap. Dalam keadaan Black Out itu, mulalah ada salah seorang dari mereka yang gatal dan hendak membuat kurang ajar pada awek yang seksi itu. Puaslah dia meraba awek itu di dalam gelap!...

Tiba-Tiba, bekalan elektrik kembali Okay. Awk itu pun perhatikan pada engineer, selepas itu pada si doktor kemudian kepada si peguam itu. Last sekali kepada tok imam. Dengan geramnya si awek itu bagi satu penampar jepun yang teramatlah kuat kepada si tok imam itu."Heiii, sudah tua bangka pun ada hati hendak meraba lagi!" Jerit si awek seksi sambil menunjuk penumbuknya kepada muka tok imam itu..

Soalan : Kenapa awek itu yakin benar bahawa tok imam itu yang membuat dajal?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ? 

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kerana tok imam seorang sahaja lelaki!

Hahahahaha!

Pengajarannya, jika berbicara mengenail doktor, peguam atau engineer, pasti  orang akan ingat lelaki sahaja. Yang pegang jawatan seperti. Wanita pun boleh ma..

Jam Tangan


Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"

Satu pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR! CIKAI BETUL!! "

Pelajaran Jawi Hari Ini


"Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "
"Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "
"Mambang tanah!? Hahhahhahhahahha ..... "
"Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim! "
"Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tidak jauh"
"Jin dengan mambang!? Hahhahhahhahahha"
"Sudah ! aaa .. encik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja."
"Oooo.. dia tiada mata? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu"
"Mata buta!? Hahhahhahhahahha... "
"Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis, yang ini huruf Ha!,  Aa.. sekarang encik Sudin pulak.."
"Saya, cikgu "
"Aa.. kenal tidak dengan huruf ini ? "
"Saya kenal cikgu"
"Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas"
"Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng!"
"Tonceng?! Hahhahhahhahahha"
"Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat"
"Cikgu..."
"Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pula. "
" Yang mana?"
"Yang ini..."
"Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "
"Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!"
"Huruf Khaaa ? "
"Hahhahhahhahahha.... Hahahahhahahaha....
itu bunyinya KHUALAN bukan JUALAN

Buah Mangga


Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

16 Oktober 2009

Seluar Dalam


Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

Ah Chong: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil!

Ah Chong: Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil.

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…

Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…

Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak.. sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam, masakan saya teringin seluar dalam tu..