23 Mei 2010

Tiga Rakan Karib


Di sebuah kampug ada tiga orang remaja yang suka melepak. Nama dia Ali, Budin dan Ciko. Aktiviti seharian mereka ini menyebabkan tok imam tidak senang duduk. Pada suatu hari tok imam datang dengan niat hendak tarbiyah mereka ini.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam mencabar mereka bertiga itu ke surau pada waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan” .

Apabila hampir masuk waktu Maghrib, merekapun pergi ke surau.

Tok imam pun menyuruh Ali Azan. Tanpa berlengah terus sahaja Ali Azan, “Allah Ta’ala... Allah Ta’ala...” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Maka terselahlah kejahilan Ali.

Selepas Iqamat, sketika hendak memulakan sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam ini pun satu hal, angkat sekali tidak khusyuk, angkat dua pun tidak khusyuk...

Masuk sahaja kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.”
Tok imam pun undur ke belakang.

Budin pun angkat takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun mengikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba sahaja si Budin pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”

Maka batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun minta pula si Ciko menjadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut dan bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ini. Tetapi dengan bongkaknye si Ciko berkata,

“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee...”

Tok imam pun terkedu dan terpana...