05 Jun 2012

Permintaan

Suatu ketika dahula ada tiga orang sahabat bernama Hamad, Hamid dan Hamud. Ketiga-tiga mereka mempunyai hobi yang berbeza. Hamad merupakan kaki perempuan dan hari-hari melayan wanita tidak kira di mana jua dia berada. Hamid pula seorang kaki botol, hari-hari mabuk minum arak 10-20 botol tiap-tiap hari. Manakala Hamud pula seorang kaki perokok. 

Suatu hari mereka terjumpa satu botol. Seperti dalam cerita-cerita zaman dahulu, selepas digosok botol itu keluar satu jin dan berjanji akan menunaikan satu permintaan setiap seorang. Hamad meminta untuk bersama 1000 wanita dari semua negara dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamid pula meminta dirinya berada di dalam gua bersama 10000 botol arak dari pelbagai jenama dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamud pula memintan 100000 kotak rokok dari pelbagai jenama dan duduk di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. 

Mancis
 Selepas 10 tahun seperti yang dijanjikan jin itu membuka pintu gua Hamad dan apabila Hamad keluar lemah dan kurus kering dan akhirnya mati. Jin itu membuka pintu gua Hamid pula dan Hamid keluar berjalan dengan perut buncit serta mabuk dan akhirnya rebah lalu mati. Jin tersebut membuka pintu gua Hamud. Hamud dalam keadaan sihat lalu berjalan kearah jin itu. Tanpa bercakap panjang lalu Hamud tampar muka jin itu dan berkata “Bodoh, mancisnya mana??”.

01 Februari 2012

Asal Usul Nama Pahang


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

27 Januari 2012

Buaya Darat


Satu hari dalam kelas. Cikgu menyuruh anak-anak muridnya membunyikan bunyi binatang.
Cikgu : Adli, macamana bunyi itik?
Adli : Kuek... kuek... kuek... kuek... .
Ckgu : Ali, macamana bunyi kambing?
Ali : Bekk.. Bekk.. Bekk... .
Ckgu : Alia, macamana bunyi buaya?
Alia : Hye sayang, boleh berkenalan?
Cikgu : buaya apa itu?
Alia : buaya darat cikgu.

Seluar Dalam


Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...

Isteri : Apalah abang nie... kenapa kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang... titak adil lah macam ni... asik asik abang sahaja...

Suami: La... abis ayang hendak cakap macam mana...

Isteri : Abang cakap la... rumah kita... kereta kita... TV kita... sofa kita... bukankah semua harta benda ni hak milik kita bersama...

Suami: Ahhh.. iya lah... iyalah...

Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...

Suami: Haa... ada awak nampak... seluar dalam KITA?

Isteri: %#@**^&%#@

25 Januari 2012

Kerepek


Kisah Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang. Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol : 1-800-88-88-88
  • Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
  • Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
  • Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
  • Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)