25 Oktober 2013

Rompakan Bank

Gambar hanya hiasan.
Rompakan Bank Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda." 

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. 

"Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain! 

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!" 

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat." 

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut." 

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas! 

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!". 

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tiddak menguntungkan untuk keuntungan anda! 

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit" 

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal! 

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. 

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri." 

 *Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup! 

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu. 

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain! 

 Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

14 Oktober 2013

Jenama "NUAR"

Salesgirl-Foto google.
Pengakuan Tergempar!

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolaj. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, :Sabun Nuar"

"Kalau deodorant mana yang anda gunakan?"

"Deodorant Nuar," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak wangi Nuar"

"Shampoo?"

"Shampoo Nuar"

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama NUAR ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat"

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara, NUAR itu rakan sebilik saya."

10 Oktober 2013

Monyet

Hasip... Seorang gadis yang sedang meningkat remaja bingung setelah tahu tumbuh rambut di bahagian kewanitaannya. Dia pun ngadu ke ibunya. 

Ibu tersenyum dan menenangkan hati gadis kecilnya. "takpa, Dik, semua perempuan juga pasti begitu. Tempat tumbuh rambutnya itu namanya Monyet. Jadi tak papa kalo Monyet tumbuh rambut, ya kan?" 

Si Gadis Kecil pun lega. 

Pada saat makan malam, si Gadis Kecil cerita ke kakak perempuannya yang sudah berkawin "Kakak belum tau kan? Monyet Adik sudah tumbuh rambut!" 

Kakak yang sedang asyik makan merasa terganggu dengan celoteh adiknya tersebut, "sudah2 eh, Dik.. Kakak nih lebih besar dari kamu!" 

Ibu hanya tersenyum-senyum kecil mendengar percakapan anak-anaknya itu. 

Adik yang merasa diremehkan membalas, "Walaupun umur aku lebih muda, tapi Monyetku sudah tumbuh rambut! Kakak belum tentu!!" 

Si Kakak menghentikan makannya, memandang ke arah adiknya. "Monyet kamu baru tumbuh rambut!, Monyet Kakak sudah makan pisang!

04 Oktober 2013

Apa itu Politik?

Ayah! nak tanya? Apa itu politik?
Ada suatu malam, Ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun bertanya pada si ayah, 

 “Ayah, apa itu politik?”. 

 Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. 

Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?” 

Semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. 

Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pula. 

Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. 

Sampai di bilik dia lihat ibunya sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. 

Jemu mengejutkan ibu yang lena, si anak mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. 

Bila dibuka pintu bilik pembantu rumah, si anak melihat si ayah berada bersama-sama dengan pembantu rumah. 

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri. 

Sewaktu sarapan pagi esoknya, Si ayah bertanya kepada si anak “Dah faham apa itu politik?” 

Si anak yang sedang makan dengan selambanya menjawab “Dah”. 

Lantas si ibu mencelah “Jadi apa dia politik tu?” 

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan perkerja. Akibatnya rakyat terabai dan masa depan bergelumangan dengan najis. Itu lah politik”. 

 Senyum lembu ....

01 Oktober 2013

Saya bukan bodoh... saya bukan bodoh.. saya bukan bodoh... Pakcik dayus... pakcik dayus... Pakcik bodoh.

Penyambut tetamu hotel-Gambar Hiasan.
Pada suatu hari, seorang pakcik berhajat untuk keluar bersiar-siar ke bandar. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah pergi ke bandar. Pakcik itu pun menjual getah sekerap yang dikumpulnya lebih kurang seminggu.. Dengan hasil jualan tersebut, dia pun pergi ke bandar dengan menaiki bas awam. 

Setibanya di bandar. diapun bersiar-siar sambil mengelilingi bandar tesebut. Setelah sejam bersiar-siar, dia terasa hendak membuang air kecil. Pakcik itu terpaksa mencari tandas awam untuk menunaikan hajatnya tetapi tidak terjumpa. Dia ternampak sebuah hotel besar lalu masuk dan pergi terus ke kaunter untuk bertanyakan tandas. 

Pakcik: Dik ado jambe dok sini.. pokcik raso nok kecing nih.. 
Gadis: ada pakcik.. kat belakang sana belah kanan tuh.. 

Pakcik itupun pergilah ke tempat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut. Dua minit kemudian pakcik itu datang kembali ke kaunter... 

Pakcik: Dik.. jambe sie takdok ko.. tu jambe male 
Gadis: Laa mana ada tandas siang ke tandas malam, yang tu je pakcik tak kira siang ke malam.. 
Pakcik: Pah tu bakpo dio tulis 'MALE'.. 
Gadis: Saya bukan bodoh... saya bukan bodoh.. saya bukan bodoh... Pakcik dayus... pakcik dayus... Pakcik bodoh.. 
Pakcik: @#%&*@&%√∑..