16 April 2014

AT SEKS.. Lawok Ni...

Sebelum akad nikoh. Tok kadi ngesohke name ic pengateng laki. Kodi kato nok tanye soklang skek. Pengateng laki debo doh ni.
Foto sekadar hiasan.
Kodi: Lame dah kenaa hok puang ni? 

Pengantin: Dalam 2 tahun lebih...

Kodi: Hoo molek la.. Mesti gi dating sokmo ni dok? 

Pengantjn: Kadang-kadang je Tok, dia dok tengganu saya dok KL 

Kodi: Doh tok jupe, org muda leni org ngorat ‘wat sek’ sokmo la ni 

*terangkat punggung pengantin & wali dengor soklang tu* 

Pengantin: Mana ada Tok, harang tu! 

Kodi: Bakpe harangnyo, kang ada niat nok nikoh. ‘Wak sek’ la. Barang percume! 

Wali: Hoi! Mung tok kodi jangan wat aib anak natu aku gitu depang orang rama ning!

Kodi: Ce wat mari tipong mung aku nak cek 

Pengantin: Tipong saya ikut suka sayala nak save mende pung! 

Wali: Wi la awang weh kalu mu rasa mu dok wat 

***ketor tangan pengantin bagi fon ke kodi, muko meroh merang doh*** 

Kodi: Doh ni fail natang mende?! ‘Wat sek’ le ning ke org panggil mende gining? 

***wali cepat-cepat bangun gi tengok, pengantin pun sama naik, saksi berjerabat atas belakang*** 

 Ramai-ramai pakat kata “Ooooooo.... WHATSAPP!


Oh! Isteriku

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terja tuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.
Sipari-pari.
Pari-pari: “Kenapa dengan kau?” 
Pak Amir: “Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.” 

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak. 

Pari-pari: “Inikah kapak kamu?” 
Pak Amir: “Tidak.” 

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari-pari: “Inikah kapak kamu?” 
Pak Amir: “Tidak, kapak aku buruk sahaja.” 

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk. 

Pari-pari: “Inikah kapak kamu?” 
Pak Amir: “Ya, itulah kapak buruk aku.” 

Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya. Pada hari lain pulak. Pak Amir berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.. 

Pari-pari: “Kenapa kau bersedih?” 
Pak Amir: “Isteriku jatuh ke dalam tasik.” 

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong. 

Pari-pari: “Inikah isteri kau?” 
Sambil menangis Pak Amir menjawab... “Ya, itulah isteriku..”

Pari-pari pun marah, “Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak?”

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, “Aku bukan tamak, kalau aku kata ‘tidak’ pada Emma Maembong... kau akan bawakan pula Luna Maya... kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku... Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua...” 

Share kot-kot ada yang blum baca...


Samy Vellu

Samy Vellu akhirnya dan dengan rasminya telah meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Malaysian Insider ada ceritanya, di sini. Berterus terang, saya sangat merinduinya terutamanya kenyataan-kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun itu.
Sammy Vello.
Seperti Perdana Menteri, kita sebut dalam persidangan BN 2010, Kita akan merindui Samy Vellu kerana beliau telah menambah banyak warna, kadang-kadang terlalu banyak warna. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan-kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh nya seorang iaitu Samy Vellu. 
  1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju: “Hari ni pos, semalam sampai” 
  2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu: “Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar” 
  3. Samy berkata dalam salah satu ceramah: “Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai.
  4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini: “Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!.
  5. Ketika krisis air: “Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!” 
  6. Berkenaan masalah sosial: “Worang-worang muda sekarang banyak suka hisap dade” 
  7. Ketika program derma darah di Sungai Siput: “Marilah kita semua menderma dare” 
  8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau: “Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya‚ saudara-saudari) 
  9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar: “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam” 
  10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain” 

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah: 

“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam” 

Itu saja setakat ini. Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Bagi mereka yang hari nya stressful.. hehehe copy paste.

Mahsyar

Kata ustaz, 

Mahsyar ini punya la lama sampai kita hari ini tidak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya, Mahsyar di mana? Jawab Rasulullah saw, Mahsyar ini di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila malaikat Israfil meniup Sangka Kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil meniup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? 

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sehinggai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. rujuk Surah Yasin ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tidak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari itu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a’basa ayat 37(80:37). 

Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Apabila sampai di Mahsyar, perbicaraan tidak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab nabi Adam dia tidak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul Ulul Azmi, bermula nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. 

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang sudah mintak dengan Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tidak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja, dek padatnya manusia pada hari itu. 

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash. Pada masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu. Jikapun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tidak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah panggil seorang-seorang untuk dihisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tidak ada satu pun tertinggal. Selepas habis baca Allah akan tanya kite 3 soalan. 
  1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid.
  2. Tidak ingat.
  3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 


Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kehadapan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc. Jjika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pada mereka. Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri). 

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tidak effect diri kita sorang, tetapi effect juga orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita. Hari Mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, hendak terkenal, takut tidak tertanggung kesannya di akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari itu amanah dan kejujuran kita akan membantu. 

Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Hendak masuk syurga bukan senang.. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik seorang-seorang. So jomlah sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Semoga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. 

Amin...

ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...

Kisah Udin

Dato Seri Hishamudin.
Udin yang pertama... itulah AWALudin 
Udin yang bijaksana... tentunya ARIFudin 

Udin yang tak pernah benar... disitu SALAHudin 
Udin yang tak prnah marah... namanya SABARudin 

Udin yang berkurung di bilik... itulah KAMARudin.. 
Udin yang suka menyapa... adalah HAIrudin 

Udin yang suka bertekad... namanya AZAMudin 
Udin yang selalu naik bulan.. tak lain NASAruddin 

Udin yang pakai handset Samsung... dialah SAMSUdin 
Udin yang rajin beramal... adalah AMALudin 

Udin yang rajin doa... itulah AMINudin 
Udin yang satu huruf jawi... dah tentu AINudin 

Udin yang tak pernah di depan... tentunya AKHIRudin 
Udin yang tak suka barang lama...pastinya BAHARUdin 

Udin yg mencari MH370... mestilah HISHAMudin

14 April 2014

Kentut

Cikgu dan anak murid.
Amin: Kentut dalam bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu: Wind of change.
Amin: Kentut yang tidak bunyi?
Cikgu: Sound of silence.
Amin: Kentut yang tidak sengaja?
Cikgu: Careless whisper.
Amin: Kentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.
Amin: Kentut yang bau sangat?
Cikgu: Killing me softy
Amin: Kentu di malam hari?
Cikgu: Wondefull tonight.
Amin: Orang yang sering kentut?
Cikgu: Nobody but you.


11 April 2014

Pele?

LAWAK KLATE DI PEJABAT TANOH
Pegawai di pejabat tanah: Foto sekadar hiasan.
FAKRUL : Ambo nok mitok kelulusey buat rumoh, lagu mano gak caro dio? 
PUAN LILY : Lagu ni, mulo-mulo kito keno tengok pele dulu. 
FAKRUL: Pele? Ambo ado doh! 
PUAN LILY : Mano? Kalu ado wat tubiklah, kawe nok tengok. 
FAKRUL: Weh, tok leh! Mano bulih! 
PUAN LILY : Bak po tok lehnyo? cepatlah wat tubik! 
FAKRUL : Kalu tok tengok tok leh ko? 
PUAN LILY : Tok leh la! kawe nok luluh guano, kalu kawe tok tengok! 
FAKRUL : Owoh, ambo malu nok tunjok. 
PUAN LILY: Malu bakpo pulok? Pah tu bowok pele wat gapo kalu tok sir tunjok? 
FAKRUL: Ehhh! malulah nok tunjok, pele ambo kecik! 
PUAN LILY : Laa! Kecik pun tak po, asa kei cukup syarat! 
FAKRUL: Nok wat tubik nok tunjok kat mano? orghe rama sini! Malu ambo! Malu weh! 
PUAN LILY : La, tok apo! Nok malu ko gapo! Wat tubik letok atas mejo kaunter ni pun buleh! FAKRUL: Hoh, tengok ni pele kawe! 
PUAN LILY: Owoh!.. buke pele ni, pele bangune! Nate Babi mu ni..!


Janda Yang Dahaga...

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baharu sahaja kematian suami. Jadikan sempadan ya. Hasnah seorang janda kaya yang baharu sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.
Jom minum kopi janda!
Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana  hatinya masih lagi merindui arwah suaminya. 

Walaupun‚ hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu. Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi‚ beliau bangun dari katilnya‚ badannya terasa panas‚ tekaknya terasa haus‚ beliau terasa begitu dahaga sekali. 

Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur. Sampai di dapur‚ beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk‚ beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya. Setelah meminum air tersebut, beliau kembali ke dalam bilik dan tidur semula. 

Sekian terima kasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga...... 

Wah, sepenuh hati korang mambaca nya yer?. Terkenaaa! padan muka. Jangan senyum sendiri-sendiri k.. Kenakan kawan-kawan yang lain k...


AIR KELAPA BOLEH GANTIKAN PETROL

Satu lagi prestasi yang patut diberikan penghargaan untuk pereka enjin dan jurutera yang berhasil menemukan bahan bakar pengganti kepada petrol dengan hanya berbekalkan bahan asas daripada air kelapa.
Air kelapa.
Caranya pun relatif mudah : 
  1. Tuangkan air kelapa ke dalam botol kemudian diamkan sekitar 2 jam. 
  2. Masukan botol ke dalam beg & tutup rapat @ hindarkan dari sinar matahari kerana sinar matahari akan merosakkan molekul air kelapa tersebut. 
  3. Hidupkan motor anda & bergeraklah seperti biasa hingga anda kehabisan petrol yang ada di dalam tangki. Tetapi usah risau, anda sudah bersedia dengan bekalan bahan bakar yang baru. 
  4. Pada saat petrol anda habis, gunakan air kelapa yang sudah disiapkan tadi untuk anda minum, kemudian tolak@doronglah motor anda sampai ke stesen minyak terdekat. Badan sehat..., petrol pun jimat. Selamat mencoba...

RAKAMAN PERCAKAPAN KES KEHILANGAN ISTERI

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya :
Suami dan surat lapuran.
Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 malam tadi dia belum pulang ke rumah... (dengan nada kerisauan) 
Inspektor : Pukul berapa keluar rumah? 
Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya.. 
Inspektor : Umur isteri? 
Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua... 
Inspektor : Berapa ketinggian isteri? 
Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya 
Inspektor : Kurus atau gemuk? 
Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya. 
Inspektor : Warna kulit? 
Suami : Mmm... agak cerah 
Inspektor : Warna rambut? 
Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf... 
Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah? 
Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar 
Inspektor : Warna baju? 
Suami : Tak perasan tuan.. 
Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah? 
Suami : Ya betul. Kereta saya.. 
Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi? 
Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas. dan tiba-tiba si suami menangis... 
Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik... 

 IKTIBAR :- 

-lebih ingat kereta dari isteri?!! 
-isteri pakai baju kaler apa semalam?!!..ingat tak..?


07 April 2014

Kacang Langkawi

Ada sepasang suami isteri warga emas yang baharu tiba di jeti Kuala Perlis dari Langkawi. Setelah menahan sebuah teksi mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. Tiba-tiba selepas 10 minit si isteri bertanya kepada pemandu teksi.
Coklat Langkawi.
Makcik : Dik .. O .. dik, kamu hendak makan kacang tak? 
Pemandu Teksi : Boleh juga Makcik. 

Sambil dia menghulurkan tangan ke arah nenek itu tanpa menoleh ke belakang. Setelah melihat tapak tangannya penuh dengan pelbagai jenis kacang, lalu terus memasukkan ke dalam mulutnya. 

Pemandu teksi: oii, sedap kacang makcik ini. Fresh ... tidak bergaram.... 

Sepuluh minit kemudian makcik itu bertanya lagi. 

Makcik: Dik, kamu hendak lagi? 
Pemandu teksi: Buleh juga.. 

Sambil menghulurkan tangan menadah.. lalu dimasukkan kedalam mulut. 

Pemandu teksi: Makcik dengan Pakcik tidak makan kacang ke? 
Makcik: Kau tahu lah ... Kami ini tak dak gigi ... beli coklat kat Langkawi tadi ... ada kacang kami kulum makan coklatnya saja... kacangnya masih elok ! 
Pemandu teksi : :(


SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY...

Aku baharu sahaja berkawin dan duduk serumah dengan isteri. Kami tinggal berdua sahaja. Aku ini ada tabiat suka makan telor rebus. Tidak tahulah kenapa, mungkin sedap agaknya. Semenjak aku kawin, tabiat itu sudah berkurangan sedikit sebab isteri aku masak sedap-sedap tetapi sudah lama juga aku tidak pekena telor rebus ini.
Happy Birthday.
Jadi, ceritanya bulan lepas ketika aku balik dari tempat kerja. Kereta aku rosak dipertengahan jalan. Aku telepon bini aku mengatakan aku terpaksa balik lewat kerana kena menapak. Oleh kerana aku lapar sangat, aku singgah ke sebuah restoran. 

Restoran ini ada jual telor rebus!. Apalagi, aku pun makan nasi dengan telor rebus dan siap order lagi untuk buat ratah. Sebelum balik aku bungkus pula, buat makan sambil berjalan balik. kenyang yang amat, maklumlah balas dendam sebab sudah sekian lama tidak makan telor rebus. 

Buka sahaja pintu rumah, isteri aku cakap “abang, ada ‘surprise’..” sambil sengih-sengih dia tutup mata aku dan ikat dengan kain hitam dan pimpin aku ke meja makan. Aku pun duduk, dia siap pesan jangan cuba-cuba hendak buka ikatan. 

Aku hendak pergi tandas sebab perut sudah mula buat hal, tetapi malas hendak spoilkan ‘surprise’ bini. Aku pun tahan sahaja dahulu. Tiba-tiba telefon isteri aku berbunyi, dia angkat dan pergi jauh dari meja. Aku agaklah, sampai ke dapur dia pergi. 

Peluang ini, aku pun kentut sebab sudah dari tadi aku menahan. Bau boleh tahan sebab makan terlalu banyak telor rebus.. Ok, lagi sekali.. aku pun angkat sebelah punggung dan melepaskan lagi satu das!. PRUTT! bau memang tidak hingat, aku sendiri pun tidak tahan.

Lama pula isteri aku ini, aku sudah tidak sabar hendak tahu surprise dia. Aku terasa hendak kentut lagi.. Aku pun bangun, tonggeng dan PROTT!!.. fuhh lega. Bau macam bangkai. Dekat 2, 3 minit baharu baunya hilang. 

Pastu isteri aku datang dan minta maaf sebab lambat, dia pun jerit ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABANG!!’ 

Lupa pula hari ini hari jadi aku, dia suruh aku buka kain penutup mata, aku buka, mulut aku terus melopong. ALAMAK!!! aku tengok merah padam muka bapa dan emak mertua aku, adik-adik ipar aku, duduk keliling meja makan. 

Bos dan jiran sebelah rumah aku pun ada! Aku hendak cover malu, aku pun tanya lah bapa mertua aku, ‘sudah lama ke bapak sampai?’ Selamba sahaja bapa mertua aku jawab ‘”sudah lama, sebelum kentut pertama lagi!” 

Baca yang ini boleh hilang stress!. Scrol balik ke atas dan baca lagi untuk gelak lagi.. hahahahaha. Semua sebarkan untuk hlang stress kawan-kawan. Hahahaha....


07 Mac 2014

Sayangilah isteri isteri anda

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta seorang datang ke hadapan.
Sayangi isteri-isteri anda.
 PENCERAMAH: Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda. 

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: “Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya” 

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: “Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut.” 

PENCERAMAH: Hapus 2 nama lagi. 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tiada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: Silakan padam 1 nama lagi! 

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya. 

PENCERAMAH: “Silakan pilih 1 nama lagi!” 

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang.

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, “kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?” 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. Lalu lelaki itu menjawab: Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini. 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri isteri anda..

Begitulah realiti kehidupan seorang suami

Suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00, bil telephone suami dan isteri Rm200.00, bill elektrik Rm170.00, ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00. Serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan. Lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja, terus di sambut dengan isteri satu soalan “ hari ini hari gaji abang kan??. Jom pergi beli barang dapur banyak sudah habis sambil bawa bebudak makan luarlah malam ini sebab I tak laratlah hendak masak hari ini. Bebudak pun esok hari Sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Suami?
Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu “Ayah, cikgu adik cakap hari Isnin, cikgu hendak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baharu.” Isteri spontan menyampuk “mintak dekat ayah. Ayah baharu dapat gaji. Sambil anak yang sulung pula mencelah”. Ayah kakak pun hendak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan sudah dekat hendak peperiksaan ni. Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulongnya. 

Kemudian bila selepas Magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah Rm50.00. Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah.. 

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baharu dapat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. 

Keesokkan pagi hari Sabtu, isteri suruh si suami membelikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50. Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00...

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 minta dibelikan, suami pun keluarkan duit untuk bayar. Kemudian apabila berjalan kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampa baju tidur anak anak yang berharga Rm15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata “bang baju tidur bebudak ni pun sudah lusuh. Belikan diorang yang baharu ni. Murah sahaja cuma Rm15.00. Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama. Tetapi, dalam perjalanan hendak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar  mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50. 

Esok hari Ahad, isteri suruh pergi ke kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap Rm180.00. Malamnyer pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat. Serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang samada sampai atau tidak?. Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis “kalau ajak balik, kampung saya sahaja tiada duit. Kalau ajak balik kampung saya sahaja abang kata tiada duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni?. Takkanlah seminggu gaji sudah tidak berduit. Abang ada pompuan lain ke?” Terpinga pinga suami hendak di jawab jadi perang. Hendak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu. Uaaaaa Uaaaaa.. isteri ku tersayang!. 

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah... Aminnn....

TAZKIRAH HARI INI (THI) - 5 Jamadil Awal 1435H

Jadilah Manusia Terbaik ! 

Setiap orang mendambakan menjadi yang terbaik. Sebagai seorang muslim, orientasi hidup untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran KPI manusia semata-mata, tetapi kerana mengharapkan redha Allah Ta’ala. Konsep untuk menjadi manusia yang terbaik dalam Islam antaranya ialah : 
  1. Tidak culas untuk melunaskankan hutang-piutang. “Abu Hurairah r.a meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR: Muttafaqun ‘alaih) 
  2. Belajar Al-Quran dan mengajarkannya. Othman bin Affan r.a berkata: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (HR: Bukhari) 
  3. Orang yang paling diharapkan kebaikannya dan paling jauh keburukannya. Jadilah orang yang ketiadaannya dicari, kehadirannya dinanti, kepergiannya dirindui dan kematiannya ditangisi. Bukan ketiadaannya disyukuri, kehadirannya dibenci, kepergiannya dikenduri dan kematiannya cepat-cepat dilupai... 
  4. Menjadi suami yang paling baik terhadap keluarganya. Aisyah r.anha berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR: Tirmidzi) 
  5. Orang yang paling baik akhlaknya jika menuntut ilmu. Abu Hurairah r.a berkata: “Rasulullah saw bersabda: ”Sebaik-baik kalian Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (HR: Ahmad) 
  6. Orang yang memberikan makanan. Rajin-rajinkanlah menjamu atau memberi orang makan. Terutamanya kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatim. Semakin banyak kita memberi orang makan semakin murahlah rezeki kita. Jangan asyik mengharapkan orang belanja kita saja. Berebutlah untuk membayarnya... boleh ? 
  7. Orang yang panjang umur dan baik amalannya. Bukan orang yang uban dah berterabur, mata dah kabur, gigi dah gugur, kekuatan pun dah luntur, badan dah tak subur, jalan pun boleh diukur, dengar kuliah pun asyik tertidur, tapi masih tak bersyukur, dipanjangkan umur, bahkan kufur, masih ingin lagi berhibur, dengan gadis genit yang menggiur, masih rajin beratur di kedai nombor ekor. Lupa... rumah kata pergi, mari sini kata kubur ! 
  8. Orang yang paling bermanfaat bagi manusia.
Jabir r.anhuma bercerita bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahihul Jami’ no. 3289) 

KESIMPULAN: 
Bukannya susah pun nak jadi baik. Tapi nak jadi jahat lagi mudah. Sebenarnya susah jadi orang jahat ni... Polis cari, orang benci, nak masuk disko kena bayar, minum arak mahal, melanggan pelacur kena bayar tetapi orang tetap cenderung nak jadi jahat. Walhal kalau jadi baik polis tak cari, orang suka, masuk masjid tak kena bayar, minum air masak lagi murah, mendatangi isteri dikira sedekah tapi orang tak mahu jadi baik...pelik ! 

 Adalah baik menjadi orang penting... tetapi adalah lebih penting menjadi orang yang baik. Wallahu a’lam - Doakan istiqamah Ust Kay.

Surat rasmi dr Suami utk tambah kuota!!!


Razaki Hamid 
No 39, Jalan Dedap 9, 
Saujana Utama 2, 
Sg. Buloh. 

Rohana Jalil 
No 39, Jalan Dedap 9, 
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh. 

Puan, 

PERKARA: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI 

Perkara di atas adalah di rujuk. 
  1. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang. 
  2. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 
  3. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini. 
  4. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan? 
  5. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya. 
  6. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya. 
  7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih. 

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA” 

Yang Ikhlas Memohon, 

 Suamimu... 

Surat...
Ni surat jwpan kpd yg nk tmbah kuota... 

Kepada: En. Razaki 

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut. 
  1. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari. 
  2. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk ‘mencili-cilikan’ perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa. 
  3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan. 
  4. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan...ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini. 
  5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon. 
  6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 ‘memberi nafkah’, inikan pula berkongsi. 
  7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan ‘prestasi kerja’ tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan ‘tanggungjawab’ sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang ‘prestasi’ tuan yang tidak seberapa. 
  8. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung. 
Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk ‘peperangan’, itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah. 

 Terima kasih, 

 “SEDIA ‘BERPERANG’ DEMI RUMAHTANGGA” 

 Yang ikhlas Menjawab, 

 Rohana Jalil

06 Mac 2014

Petai Kings!

Ada seorang nenek menaiki lif ke tingkat 8 di Menara DBP, sampai ke tingkat 5 lif pun berhenti, lalu masuk seorang gadis cantik ke dalam lif tersebut dengan haruman yang sangat wangi. 

Nenek: “Amboi! wangi betul!" 
Gadis : “ BULGARI  nek, tiga ratus ringgit sebotol tau!".
Minyak wangi Gucci.
Kemudian sampai ke tingkat 6, ada lagi seorang gadis cantik yang masukke dalam lif dengan haruman yang lebih wangi daripada gadis yang pertama.

Nenek: “Wah! yang ini pun wangi!"
Gadis 2 : “GUCCI” nek, empat ratus lebih harganya sebotol".
Petai King!
Sebaik sahaja sampai ke tingkat 8, si nenek pun keluar sambil terkentut yang mengeluarkan bau yang kuat sekali. Kedua gadis tersebut yang ada di dalam lif hampir muntah dan berkata: “Nek! Ni bau apa ni?” Sambil keluar lif , si nenek itu pun berkata “PETAI KING”,Tiga ringgit seikat Hahahahaha

04 Mac 2014

Kentut

Ketika mesyuarat sedang berlangsung antara para guru dan guru besar, tiba-tiba terdengar bunyi “phooooott” disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing-masing memberikan komen:
Mesyuarat guru-guru.
Guru Maths: hmmm.. sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..” 

Guru Muzik: “wahh... bunyi nadanya terletak pada chord c major” 

Guru Fizik: “itu lah sebenarnya inner power, tenaga yang digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa” 

Guru Biologi: “begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya” 

Guru Agama: ”ini la salah satu penyebab batalnya wuduk”. 

Guru Geografi: “kedudukannya mengikut arah mata angin” 

Guru kaunseling: “perilaku ini tidak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun” 

Guru bahasa: “perkataannya boleh ditulis, tapi aromanya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata”

Guru sejarah: “salah satu penyebab berlakunya perang mulut” 

Guru besar: “sememangnya saya yang kentut,... besar betulkah masalahnya?”


Hati-hati Dengan Individu Yang Mengaku Pegawai Bank?

Just hendak share dengan korang, aku baharu buat repot polis..

Lebih kurang pukul 4 petang, ada sorang lelaki yang mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yang appear adalah 1800808888. Dia kata, hendak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 di kedai emas Poh Kong, KLCC.
Kad Kridet.
Aku cakap, aku tiada kredit kad, akaun atau apa-apa urus niaga dengan Ambank. So, dia kata mungkin ada orang guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dalam sistem Ambank, tapi dia kata dia hanya bahagian pengesahan, tidak boleh check maklumat. 

Aku mulai curiga. Dia suruh aku complain di Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, memang talian hotline mereka ialah 1800808888. Aku call no Bank Negara yang mereka bagi dan lelaki India, Vijaya yang angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 

Tidak sampai 15 minit, lelaki cina pula, Lim call aku dari no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yang lain ke dalam satu akaun sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yang lain itu. 

Dia tanya aku berapa banyak duit aku dalam akaun-akuan itu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tidak kan tidak boleh check. Suara dia sudah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai di bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa-apa rekod aku dengan Ambank dan mengatakan yang Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. 

Dalam 10 minit dia call lagi, tanya aku sudah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku di balai polis. Masa tengah buat repot, dia call lagi tapi sudah mula marah-marah sebab kononnya dia kena kerja overtime hendak handle kes aku (baiknya ‘pegawai Bank Negara’ tu). 

Aku terus cakap dengan dia yang aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yang sama. 

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka sekarang ada teknologi supaya nombor telefon yang tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja.


03 Mac 2014

Mana Mak?

Renung-renungkan....

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, Along mana?‚ 
Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan. 
Ayah tanya Mak lagi, Angah mana? 
Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola. 
Ayah tanya Mak, Ateh mana? 
Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam? 
Ayah tanya lagi, Adik dah balik? 
Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.
Ibu.... engkaulaaa ratu hatiku.....

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 
Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, Mana Mak? 
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, Tak tahu. 
Ayah tanya Angah, Mana Mak? Angah menonton tv. Angah jawab, Mana Angah tahu. 
Ayah tanya Ateh, Mana Mak? Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?” 
Ateh menjawab, Entah. 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, Mana Mak? 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik! 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat noor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?” 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. 

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. 

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.” 

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. 

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. 

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

 Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.” 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. 

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak? Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada.‚
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” 

“ Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.

 “Ayah, ayah....bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.

.Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?” 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..

20 Februari 2014

Mengapa aku pecat Secretary ku yang seksi?

Nama aku Haji Din, mengapa aku pecat Secretary aku yang seksi? Minggu lalu, besday aku yang ke-40 tahun! Aku turun sarapan dengan harapan isteri aku ingat dan mengucapkan dengan penuh mesra‚ Selamat Hari Jadi Suami ku Sayang”. Waktu berlalu, isteri aku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu! itulah isteri aku!...
Secretary ku?
 Mungkin anak-anak aku ingat, Besday papanya. Tapi tidak seorang pun anak-anak aku datang ke meja untuk sarapan, mereka pun tidak mengucapkan satu kata pun kepada aku. 

Akhirnya aku pegi kerja dengan rasa sedih!! 

Aku masuk ke bilik aku, Secretary aku, Suzy menyapa aku, Morning Boss, Selamat Harijadi‚ Aku merasa sedikit terubat, sebab secretary aku mengingati harijadi aku. Time lunch, Suzy mengetuk pintu bilik ku‚ Apakah Boss tidak sedar bahawa sudah masuk waktu lunch, hari ini kan besday Boss, mari kita pergi lunch”  Wow, itu Idea yang baik! Ok, mari kita pergi lunch‚ jawab ku.. 

Kami pun pergi lunch berdua. Setelah Lunch, Suzy berkata‚ Hari ini indah kan Boss, kita tidak payah la ke opis lagi kan Boss?‚ Kita pergi berseronok saja la... Saya mengangguk! 

Lalu Suzy mengajak saya pegi ke apartmentnya. Setiba di apartmentnya, dia berkata‚ Boss, maaf tunggu sekejap ya, saya mahu ke bilik tidur untuk menukar pakaian, agak panas hari ni.. “Tentu saja” sahutku dengan gembira!! Fikiran ku negativvvvvve. 

Suzy masuk kebilik tidurnya. Kira-kira 10 minit kemudian... Suzy keluar membawa KEK besday, diiringi Isteri dan anak-anak ku serta bersama rakan kerja aku sambil menyanyi Happy Besday To U... Aku duduk TERPAKU di atas sofa, dengan telanjang bulat tanpa seurat benang pun... !!

Sesat!

Dahulu kala di sebuah negeri pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya sehingga terlihat memberatkan kehidupan anaka-anaknya. Pada suatu hari ada seorang pemuda yang berniat hendak membuang ibunya kehutan, karena si Ibu telah lumpuh. Si pemuda tampak bergegas menyusuri hutan sambil mendukung ibunya.
Sesat.
Si Ibu yang kelihatan tidak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pokok yang boleh dircapainya lalu mematahkannya dan menaburkannya disepanjang jalan yang mereka lalui. Sesampai di dalam hutan yang sangat tebal, si anak menurunkan ibunya dan mengucapkan kata perpisahan pada ibunya sambil berusaha menahan sedih karana ternyata dia tidak menyangka sanggup melakukan perbuatan ini terhadap ibunya. 

Justru si Ibu yang kelihatan tenang, dalam senyumnya dia berkata, Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat, ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah.  

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis teresak esak, kemudian memeluk ibunya dan kembali mendukungnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibunya dan sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal dunia. 

Pesan moral: hanya Orang Tua‚ yang mengerti kita dan batinnya akan menderita kalau kita susah. Orang Tua‚ kita tidak pernah meninggalkan kita, bagaimanapun keadaan kita, walaupun kita pernah kurang ajar kepada orang tua kita. Namun, Orang Tua‚ kita akan tetap mengasihi kita. Mulai sekarang mari kita lebih mengasihi, Orang Tua‚ kita selagi mereka masih hidup dan berikanlah doa tulus untuk setiap kebahagiaan mereka..

Warkah Dari Ayah....

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Gambar sekadar hiasan.
Ditatap isinya, 

“Salam. 

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tidak dapat. Abah pun tidak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tidak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. 

Ingat tidak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? 

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. 

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. 

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. 

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja? 

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. 

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak... 

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. 

Maafkan abah atas segalanya.” 

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.