16 Januari 2014

JADI BERMAKNA ROKOK TIDAK BERBAHAYA!!!

Banyak orang berfikiran bahawa rokok merbahaya, tetapi setelah diselidik oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak merbahaya. 

Dirujukkan kepada sebuah cerita "The Untold Story" di mana telah membuka mata dunia bahawa rokok itu tidak berbahaya sama sekali.
Perokok.
 Kisah di sebalik "The Untold Story":- 

Ada 3 orang Pakar. Mereka selalu bersama ke mana saja. Tapi ketiga-tiganya memiliki kesukaan yang berbeza. 3 pakar itu ialah:- 
  1. DR. FIQ DE ALBUPUQUE yang suka main perempuan. 
  2. DR. WEDS WISKIRIN yang suka minum minuman keras. 
  3. DR. CHIP TOBAKO yang suka segala jenis rokok. 
Suatu hari mereka pergi ke DUKUN SAKTI MOCK. Lalu mereka memilih mengikut kegemaran masing-masing.

DR. FIQ DE ALBUPUQUE: "Aku mahu perempuan muda dari berbagai bangsa dan makanan minuman yang cukup. Letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" 

DR. WEDS WISKIRIN: Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia dan bekalkan aku makanan yang cukup dan letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.

DR. CHIP TOBAKO: "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia dan makanan yang cukup dan letakkan dalam gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.

Selepas 10 tahun kemudian, DUKUN SAKTI MOCK membuka pintu gua masing sesuai dengan perjanjian mereka. Ketika pintu Gua Pertama dibuka, keluarlah DR. FIQ DE ALBUPUQUE yang sudah kurus kering, berdiri pun tidak mampu kerana lutut sudah goyang hampir kebas, sebab hari-harinya dihabiskan hanya memuaskan nafsu dengan perempuan. Beberapa saat kemudian DR. FIQ DE ALBUPUQUE pun jatuh ke tanah lalu mati.

Pintu Gua Kedua dibuka, maka keluarlah DR. WEDS WISKIRIN, perutnya buncit dan mata merah karena hari-harinya dihabiskan dengan minuman arak, jalan terhuyung hayang dan jatuh ke tanah lalu mati. 

Pintu Gua Ketiga dibuka, keluarlah DR. CHIP TOBAKO. Dia begitu sihat walafiat bahkan lebih sihat dari 10 tahun lalu. Lantas dengan pantas dia berjalan ke arah DUKUN SAKTI MOCK dan terus menumbuk kepala si DUKUN SAKTI MOCK dan berkata dengan nada yang sangat marah:

BEBAL PUNYA DUKUN!! BENGONG!!! LIGHTERNYA MANA???!

13 Januari 2014

Kisah Membeli Kain Pelikat di Kedai Pak Arab

Seorang warga indonesia membeli kain pelikat di Kedai Pak Arab di Mekah. Di kain tersebut ada tertulis DIJAMIN TIDAK LUNTUR. Setelah membayar harga kain, warga Indononesia itu balik ke hotel.
Foto Sekadar Hiasan.
Esoknya si Warga Indonesia itu pun membasuhlah kain tersebut. Tetapi secara tiba-tiba sahaja warna kain tersebut luntur. Apalagi si warga Indonesia itu pun dengan perasaan marah pergi semula ke kedai Pak Arab itu.

Yang best nya Pak Arab itu pandai berhasa melayu. Warga Indonesia itu pun komplen lah sebab dit kain itu ada tertulis Dijamin tidak luntur. 

Pak Arab itu pun kata... Ente orang indonesia baca dari kiri kekanan DIJAMIN TIDAK LUNTUR.... tetapi ana orang arab baca dari kanan ke kiri.. LUNTUR TIDAK DIJAMIN.

KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG

Apa sudah Jadi dengan Malaysia? Selepas menaikkan harga barang , Selepas itu mengharamkan pula wanita memakai tudung.

Whats Goin On ?
Tudung Saji.
KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH. Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini dii Semua IPTA Dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. 

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam kawasan sekolah ataupun di dalam kawasan kampus. Antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai Ialah :          
  1. TUDUNG SAJI .          
  2. TUDUNG PERIUK .          
  3. TUDUNG BOTOL .          
  4. TUDUNG CAT .          
Eh ? Jangan Buat Muka , Aku Pun Terkena Lah!

07 Januari 2014

Realiti Banjir baru2 ni dari kacamata Abe Awang Malaya.

Ini banjir punya cerita. Tapi ini bukan cerita banjir versi suratkhabar atau berita TV. Ini cerita dari orang yang benar-benar menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ni. Dan kisah sebenar begini memang tidak layak untuk disiarkan dalam TV atau suratkhabar di Malaysia. Kalau ada jurugambar media atau wartawan yang berani melapurkan berita banjir sejujur ini, nescaya hayat kerjayanya sebagai pemberita tidak panjang.
Banjir di Kuantan
Banjir bukanlah suatu bencana alam, tetapi adalah suatu acara bersukaria. Pesta mengarung air! Begitu anggapan aku dulu. Lepas tu, timbul anggapan baru, iaitu, banjir ialah jalanraya kena tutup sebab ada air atas jalan, dan ada yang kena pindah rumah. Kemudian, datang lagi anggapan baru sejak banjir besar di Sungai Isap tahun 2001 dulu, iaitu banjir ialah kena pindah dan kena selamatkan kereta dan barang-barang rumah. 

Tidak ada apa yang susahnya. Kalau kena pindah, pindah sajalah. Kerajaan kita memang terbaik dalam sejarah dunia. Bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang pemurah dan mempunyai pemimpin yang begitu prihatin dengan masalah rakyat. 

Banjir tu air je pun, bukannya api! Apa nak susah.... bukannya hangus terbakar pun kena banjir, habis kuat pun basah je, lebih-lebih pun lemas, kereta tenggelam, barang rumah semua punah jahanam, itu je.  

Setiap kali banjir melanda, kita tengok tv, kita baca suratkhabar, oh alangkah seronoknya kalau kena banjir...! Macam family day je.... Macam pergi berkelah je! Ada acara masak-masak, yang datang memerah keringat untuk tolong masak bukan koman-koman punya orang. Ada bini raja, ada bini menteri, bini orang besar dan ternama, orang berpangkat dan yang kaya-raya semua mencemar duli sanggup turun padang tolong masak. Lepas itu ditunjukkan pula gambar bagaimana mangsa-mangsa banjir begitu ceria dan bermuka galak sekali beratur untuk mengambil makanan.... bini-bini orang besar, ataupun orang-orang bini besar, semua berebut-rebut untuk tolong sendukkan nasi dan cedokkan lauk ke dalam pinggan atau tray rakyat kelas bawahan yang rumah mereka tengah tenggelam dalam air banjir. 

Parti-parti politik, pertubuhan itu persatuan ini, NGO itu IPTA ini, semuanya berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Diumumkan di media massa pihak ini derma berapa juta pihak sana nak derma berapa juta, bahkan ketua wanita UMNO berkobar-kobar melaungkan betapa prihatinnya PM dan TPM kita...! Hari ini PM pergi Kuantan, esoknya TPM pergi ke Kemaman pulak!!! Wow! Semata-mata nak melawat msa banjir!! Huh, mana mau cari PM dan TPM negara lain dalam dunia ni yang sanggup pergi ke tempat pemindahan banjir macam tu?? Susah nak ungkapkan dengan perkataan betapa bertuahnya parti melayu kerana mempunyai seorang Ketua Pergerakan Wanita setaraf itu. 

Kemudian ditunjukkan juga betapa trak, lori, van, semuanya berbaris-baris masuk ke pusat penempatan banjir untuk menghantar sumbangan itu dan bantuan ini.... Jadi, apa masalahnya dengan banjir? Apa susahnya bila rumah kena banjir? Bantuan dan sumbangan yang diterima oleh setiap mangsa banjir adalah tiga belas kali ganda nilainya dari nilai kerugian yang dialami akibat banjir. Itu kalau berdasarkan kepada pengumuman pihak itu dan ini yang akan memberi sumbangan sekian-sekian juta, maka bila dicampurkan keseluruhan sumbangan itu, jumlahnya 25 juta sedangkan mangsa banjir cuma 40,000 orang. Kalau dicongak purata satu rumah ada 4 orang, maknanya 40,000 orang itu mewakili 10,000 buah rumah. Jadi, bukankah bila diagihkan, mangsa banjir akan dapat sumbangan bernilai beberapa ratus ribu ringgit setiap rumah....? Tak bertuah ke tu...!! 

 Tapi semua itu cerita banjir dalam tv dan suratkhabar. Wartawan dan jurugambar tidak sampai ke tempat banjir selagi Sultan atau Bapak menteri tak datang. Mereka lebih berminat untuk melapurkan lawatan orang-orang besar sahaja, daripada melapurkan malapetaka banjir dan keadaan mangsa. Jurugambar hanya sibuk merakamkan gambar 'kemurahan-hati' menteri dari merakamkan gambar 'kegundahan-hati' rakyat yang ditimpa musibah banjir. Dalam suratkhabar sibuk menceritakan kebaikan-hati menteri, dalam tv hanya sibuk merakamkan gambar yang lawa-lawa dan yang cantik-cantik yang mengiringi Datuk Paduka Raja melawat pusat banjir. 

Tahukah anda.... bahawa banjir bukan begitu sebenarnya. Bukan seperti mana yang digambarkan dalam media massa. Aku ceritakan beberapa kisah dari seribu satu cerita tentang banjir yang menimpa.... dan kisah-kisah begini tidak akan dapat dibaca dalam mana-mana suratkhabar dan tidak akan dapat ditonton di kaca tv, sekurang-kurangnya kita dapat gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku. 

Kalau tadi aku menyebutkan bahawa selepas banjir besar tahun 2001, persepsi aku terhadap banjir mula berubah dari suatu pesta kesukaan kepada suatu bencana yang mengancam keselamatan barang-barang rumah dan kenderaan. Rupa-rupanya, banjir tahun ini mengajar aku bahawa ianya bukan sekadar itu, tetapi kami terpaksa berpindah untuk menyelamatkan nyawa! Nyawa sendiri dan nyawa ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, kanak-kanak, orang tua.... Kami bergelut untuk menyelamatkan nyawa! 

Bayangkan.... air memenuhi dan menenggelamkan hampir 95 peratus tanah daratan di Kampung Pandan, Bukit Rangin, Permatang Badak, Isap Damai, Isap Perdana, Isap Satu, Isap Dua, Isap Jaya, Taman Murni, Kampung Sungai Isap, Taman Sepakat, Kampung Kurnia, Rumah Murah Batu 3, Kampung Razali, Kg SC, Taman Guru, Taman Putra Putri, Inderapura, Kg Teluk Mahang, dll....... Ini yang airnya bersambung menjadi satu.... seolah-olah satu tasik yang luas. 

Saban tahun, bila masuk saja bulan Oktober, maka berebut-rebutlah semua jabatan dan agensi kerajaan melaungkan kepada dunia bahawa mereka telah bersiap-sedia menghadapi banjir. Apa yang disiap-sediakan, aku pun tak tahu. 

 Ada satu sekolah, iaitu SK XYZ, dan sekolah ini tidak termasuk dalam senarai sebagai pusat perpindahan banjir. Bila banjir berlaku secara mengejut, para penduduk berdekatan segera ke sekolah tersebut. Orang kecik, pangkat rendah, manalah mereka tahu senarai tak senarainya.... mereka pindah untuk menyelamatkan nyawa...! mana ada masa nak pergi check dulu sekolah mana ada nama sekolah mana tak ada dalam senarai....! 

 Di tingkat bawah memang dipenuhi air, dan para mangsa banjir terpaksa tinggal di dalam bilik darjah di tingkat 1, tingkat 2, dan tingkat 3. Permohonan diajukan kepada pihak berkuasa yang terbabit, mohon bantuan makanan dan minuman. Tetapi jawapan yang diterima.... sekolah ini tidak ada dalam senarai pusat penempatan banjir yang telah ditetapkan, jadi tidak ada sebarang bantuan dapat disalurkan ke situ!!! Dua hari mangsa banjir di situ tak ada makanan! Satu orang petugas dari jabatan atau agensi berkaitan pun tidak ada di sekolah itu. Mereka bukan mintak bantal dan selimut, tak mintak kelambu dan ubat nyamuk.... tak mintak ubat gigi dan syampoo, tidak! Mereka cuma mahu makan. Anak-bini mereka lapar. Mak ayah mereka yang dah tua pun lapar. Tapi....? Ya lah, sekolah itu bukan termasuk senarai.... Agaknya takut berdosa besar kalau bagi makan kepada mangsa di pusat perpindahan haram macam tu. 

Sebagai usaha terakhir, mangsa-mangsa banjir itu masing-masing pakat menderma sesama sendiri, ada yang bagi 50 ringgit, ada yang bagi 10, ada yang bagi 200, sehingga jumlah yang terkumpul sampai beribu-ribu ringgit! Untuk dibeli makanan...! nak beli roti, biskut, dan maggi je.... (beras dan lauk memang tak beli lah, sebab dapur pun tak ada).... tapi, semua jalan tersekat oleh air. Banyak kedai yang tutup. Tak ada nilai duit ribu-ribu dalam keadaan seperti itu. 

Kita tengok pula keadaan di sk abc dan smk def.... penduduk mula berpindah ke sekolah sejak hari Senin dan Selasa.... kemuncak banjir ialah Rabu dan Khamis.... Sepanjang proses berpindah selama 2-3 hari pertama itu, tidak ada satu bantuan pun baik berupa lori trak atau bot dari sebarang jabatan kerajaan atau agensi kerajaan untuk mengambil, membawa, dan menghantar ke pusat perpindahan... tidak ada! Kecuali 2-3 buah bot milik persendirian. Penduduk samada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, semuanya kena pergi sendiri, tanpa sebarang makluman dari pihak berkuasa, tanpa sebarang bantuan, semua mangsa banjir terpaksa meredah air sendiri-sendiri, ada yang mengharung air separas pinggang, ada yang separas dada, bahkan ada yang separas leher.... (utk makluman, air banjir arusnya cukup deras... jangan ingat macam air kolam). 

Ada seorang kakak, baru buat operation tujuh hari.... dia takut nak mengharung air (masa tu paras air atas jalan dah paras perut).... last-last, suami dia dukung dia berjalan dalam air masuk ke kawasan sekolah. Ada tv suratkhabar nak lapur kejadian tak glamour macam ni...? nak lapur macam mana, semua wartawan tengah berkumpul di pwtc masa tu. 

Kita tengok tv, mangsa banjir makan sedap, ork? Beratur molek je masing-masing nak ambik nasi.... sorang-sorang pegang pinggan dengan muka senyum je.... ada orang tukang cedok..... masing-masing tadah je pinggan, lepas tadah nasi, tadah lauk pulak, lepas tu sayur pulak.... teringat zaman duduk asrama masa sekolah dulu. 

Biar aku cerita kisah banjir yang tak masuk tv dan tak keluar dalam suratkhabar. Ini keadaan sebenar yang berlaku. Lebih dari separuh dari beribu-ribu mangsa banjir di dua pusat perpindahan yang terletak sebelah-menyebelah itu yang tak dapat makan walau sebutir nasi pun dalam masa dua hari kemuncak kejadian banjir itu. Beratur panjang-panjang, rupanya bila sampai giliran kita, pinggan polistrin pulak habis.... ada yang sempat dapat pinggan polistrin, beratur-beratur, nasi pulak habis.... ada yang dapat nasi, lauk pulak habis. 

Pernah terfikirkah kita, ada yang ambik tin sardin yang telah kosong, (masih ada saki-baki kuah sardin yang melekat dalam tin)... untuk dijadikan gelas dan diisikan air kopi o.... bayangkan! Terpaksa minum kopi dalam tin sardin! Itu yang dapat minum tu.... lebih separuh lagi yang nasib lebih malang dari dia, tak merasa minum kopi o pun.... kebanyakannya kenyang dengan meneguk air liur sendiri je. 

Ada yang tadah biskut dengan baju.... ada yang tadah nasi atas kotak...! Dah kalu dok, langsung tak boleh makan.... kotak tu pun jumpa atas lantai... entah berapa ratus tapak selipar dah yang pijak..... dikoyakkan agak-agak sebesar pinggan, basuh dengan air hujan, renjis-renjis lebih kurang, lepas tu pergi beratur nak tadah nasi!! katanya, anak dia lapar, dah dua hari tak makan nasi...!!! 

Ada sorang tu, ada mak dia yang dah tua duduk di tingkat 3.... mak dia sakit tak larat nak turun naik tangga.... dia panik punya pasal sebab mak dia lapar, dia beratur nak ambik nasi (Tak tahu beratur kali berapa dah), tak ada bekas nak isi.... dia bantai sumbat nasi dalam botol air mineral kosong!! Bayangkan.... jangan tanya pasal lauk lah, dia memang tak fikir lauk dah, dia kira nak ambik nasi je... asal dapat nasi pun cukup lah..... cuma aku terpikir, macam mana dia nak makan...? macam mana dia nak keluarkan nasi dari dalam botol.... (dia bukan potong mulut botol supaya muka jadi luas macam cawan)... dia sumbat nasi ikut muncung botol gitu lah hidup-hidup. 

Dan yang paling sedih sekali, ada yang ambik polistrin dalam tong sampah bekas orang makan dah, basuh dengan air hujan, dan gi ambik nasi....! Pernah terfikirkah anda ada berlakunya kejadian demikian di musim pesta main air dan pesta menderma bantuan dan sumbangan seperti itu...? 

Ada yang baru lepas bersalin sebelas hari, terpaksa duduk di bawah tangga bangunan sekolah... sebab tak cukup tempat.... bilik darjah semua dah penuh.... bahkan ramai yang tidur atas koridor...! 

Menu memang mudah.... pagi makan meehoon (panaskan kuali, kemudian dibukanya ayam yeos dalam tin dalam tujuh lapan tin, dimasukkan semuanya dalam kuali, last sekali dimasukkan meehon yang telah direndam sekejap, dan digaul... meehoon goreng)... meehon keras macam dawai. Siap untuk 500 orang.... yang berpindah ke situ dekat 3 ribu. 

Tengahari, nasi putih lauk sardin... (buka tin, masukkan semua isinya dalam dalam kuali, nampak berbobok macam nak gelegak sikit, siap...! menu tengahari. Malam pun menu yang sama. Esok pun sama. Lusa pun sama. Dalam keadaan elektrik tak ada, air paip tak ada, line handphone pun tak ada. 

Bayangkan....! 

Jiran belakang rumah aku.... orang tua umur dah 80 lebih, sekelamin.... dua-dua dah 80 lebih. Isteri pun dah uzur tak berapa boleh berjalan. Masa di pusat pemindahan, kakak aku call dia, nak tanya khabar berita.... orang tua ni ada dua anak yang duduk sekitar Kuantan.... masa air baru cecah lantai rumah, dia call anak yg pertama, rupanya nak sulong dia dah ada di pusat pemindahan. Dan pusat itu pula terkepung tidak boleh kemana-mana. Bahkan kalau dapat keluar dari sekolah itupun, tak mungkin dia dapat sampai ke rumah orang tuanya.... air cukup dalam di tengah jalan. Masing-masing terkepung. Dia call anak kedua yang duduk di tempat lain.... Pun sama jugak... anak yang ni pun dah ada di pusat pindah banjir dan terkepung juga. 

Bayangkan masa tu semua penduduk taman tu dah pindah.... tinggal dia sekelamin dalam rumah... dia nak keluar dengan kereta pun dah tak lepas.... kat jalan keluar dalam taman perumahan itu air dah separas pinggang.... air naik sedikit demi sedikit.... masa maghrib, air dalam rumah dah tenggelam buku lali.... masa ni boleh kata semua penduduk dah pindah, kecuali orang tua ni sekelamin je... lepas Isyak, air dah naik satu kaki..... (lorong ini paling lambat air naik.... di lorong lain, masa tu, air dalam rumah dah paras dada)..... Akhirnya, lepas pukul 12 malam dah, ada trak askar mari ambil dan hantar ke sekolah berdekatan.... (mungkin menantunya yang bersusah-payah lapurkan kpd pihak berkuasa). 

Bila banjir dah surut, sebahagian besar mangsa dan balik ke rumah masing-masing, jalan ke pusat perpindahan dah clear, tak ada air walau setitik pun tengah jalan..... bila suratkhabar dan tv dan war-warkan, bila dapat tahu wartawan dan pemberita tv ramai ke tempat banjir, maka berbondong-bondonglah kenderaan berebut-rebut membawa bekalan macam-macam ke tempat pusat perpindahan banjir.... dengan lori pick-up nya, dengan van nya, trak, bas, semua ada.... ada yg bawa beras, roti, pakaian, selimut, toto, maggi, panadol... macam-macam, semua ada..... ada yang konvo dari KL sampai 20 buah kenderaan 4x4... pada kenderaan siap tulis banner besar-besar, dari pemuda parti melayu lah, dari jabatan itu lah, agensi inilah, atas nama misi bantuan banjir....! 

 Wartawan pun berkejar-kejar pergi ke tempat yang terlibat dengan kunjungan rombongan yang hantar bantuan itu.... ditemuramah ketua misi.... cakaplah begitu begini untuk nak bagitahu mereka turut simpati dengan mangsa banjir.

Tahu kah Anda?

Tahukah anda? aku duduk di dalam rumah yang sangat membosankan. Okay aku pun bukalah TV. TV biasa sahaja tiada Astro. Buka TV1 kutuk PR, buka TV2 kutuk PR dan buka TV3 perghhh... lagi hebat kutuk PR.
Barang Naik?
Hurmmm kalau macam itu aku hendak masuk Astro lah, masuk 27hb (masuk Free) sudah masuk Astro satu cerita sampai 188 kali di ulang tayang. Sampai 28hb TV menjadi gelap, (ini mesti kena potong ni), angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya jadi gelap? astro jawab encik kena bayar bil dahulu baharu boleh cerah, Aku cakap tidak boleh tunggu cukup bulan ke baru hendak potong?

27hb aku belum dapat gaji. Astro cakap encik masuk 27hb jadi 27hb juga lah encik kena bayar, (kejamnye) okay tidak apalah,TV gelap sehingga 30hb. 30hb gaji keluar baharu aku bayar, tiba-tiba time hendak bayar aku kena denda Rm20 (penyambungan) dan cukai 6% pula, perghhh jika setiap bulan macam ini masak! 

Tiba tiba teringat kata menteri, "kalau tidak suka Astro, tengok tv biasa", Okay aku STOP langgan Astro, aku tengoklah TV biasa yang setiap hari mengutuk PR tu... Tiba tiba teringat eletrik pula naik, ok aku tutup terus TV. 

Sembang punya sembang dahaga pula. Jalan kaki pergi ke market hendak membeli gula dengan kopi, tengok harga gula mahal, tiba tiba teringat kata kata menteri, "Gula mahal sebab hendak elakkan penyakit Diabetis", ok aku tidak jadi membeli gula, aku balik rumah, minum kopi kosong sahaja.

Sudah minum air dapat call member ajak aku pergi ke rumah dia, ada buat kenduri sikit. Ok aku start kereta, tiba tiba teringat pula kata kata menteri, "jangan guna tol kalau mahal, guna jalan lama" tetapi kalau aku guna jalan lama jauh, minyak pula mahal (kataku dalam hati)

Okay aku tidak jadi naik kereta, aku naik basikal sahaja. Dalam 1jam 45 minit sudah sampai ke rumah kawan. Sampai di rumah kawan, kawan hidangkan air kosong, nasi dengan sayur sahaja. Aku tanya kawan, makan sayur sahaja ke? kawan aku jawab "yerlah kan menteri cakap kalau ayam mahal makan daging, kalau daging mahal makan ikan,

Sekarang ini semua mahal, makan sayur sahajlah murah" ok lepas makan aku hendak balik lah. Kayuh basikal sambil terfikir apa lah hendak jadi dengan Malaysia ini. Tiba-tiba aku teringat kata menteri "kalau tidak suka dengan Malaysia, sila keluar dari Malaysia" ok sampai je rumah aku kemas barang barang dan aku akan berpindah ke planet PLUTO. 

Sekian..

Mimpi

ssalamualaikum wbt... 

peringatan buat diri ini.. ‚

 Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya. Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.
Mimpi
Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis) 

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh." 

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?" 

 Ayah: "Silakan." 

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?" 

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini." 

Anak: "Itu je?" 

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu." 

Anak: "Wah.. nak tahu.." 

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni." 

Anak: "Apa dia?" Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya." 

 Anak: "Alhamdulillah.¬†Kedua?" 

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama." 

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah.. Allah.. Allah.." Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa." Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak. 

Seketika, si anak tersedar dari mimpi. Linangan air mata hangat mengalir di pipi. Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi. Nasihat ayah bonda kekal di hati. 

 Nak "FORWARD"? Teruskan dan jangan tangguh...

Kisah seram ini berlaku kat Ampang...

Ada seorang kawan ini seorang salesman kereta, bercinta dengan seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana dia ini seorang salesman kereta sahaja.. Suatu malam, mereka bercadang untuk melarikan diri.
Sabun Dynamo
Selepas berjaya melarikan diri, bapa perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. 

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk berkahwin dan persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan. 

Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli Kentucky di Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya. 

Pada suatu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tetapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya. 

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya. 

Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada... 

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa... 

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu talu dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan.. 

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?" Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..... 

 Hahaha aku punn terkne beb . Ape lagi copy lha cepat....

KERJA RUMAH TAHUN 6. Buat karangan menggunakan huruf 'P' tidak kurang 120 patah perkataan..

Puiii!? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.
Contoh Karangan.
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam ! Penamat... Perghhhhh puiiii...

Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka!

Tidak mampu saya hendak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria
Daging Babi.
Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. 

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tidak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh si ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya, 

Ustaz tahu daging apa yang saya beli?, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. 

Daging apa? tanya ustaz kembali. 

Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz jawab pemuda itu.

Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan. 

Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz. 

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. 

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. 

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Kisah Benar

Seorang perempuan yangg benar-benar sakit bermimpi Nabi Muhammad Rasulullah SAW memberikannya air untuk di minum. Perginya beliau bangun sihat walafiat. Beliau melihat sekeping kertas di atas meja yangg mengatakan 'Muhammad itu adalah pesuruh Allah'. Jadinya beliau menceritakan kepada orang orang mengenai apa yang telah terjadi kepadanya.

Seorang pegawai yang mendengarnya, menyampaikannya melalui text kepada 13 orang dan dia serta merta mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya. Seorang lelaki lain yang menerimanya terus memadamnya dan dia mendapat kerugian hebat selama 13 hari. 

Tolong sampaikn mesej ini kpada 13 orang & lihat kebaikan apa yang berlaku pada kamu. Tolong jangan di persia-siakan mesej ini. Lihat bagaimana ALLAH melakukan keajaiban dalam hidup kamu, hanya kerana kamu percaya, cuma itu yg diperlukannya.          

Jika kamu sampaikan kalimah di atas tersebut kepada 16 orang termasuk saya, kamu akan mendengar khabar yang baik dalam 12 jam ,100% Insyallah..          

Saya hantar ini sbb tidk berbayar 1 sen pun.  

Kecantikan Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"
Wanita Soleha.
Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".  
      
Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!     
     
Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".    
      
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"   
       
Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."   
       
"Untuk apa?", tanya malaikat. 
         
Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
          
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. 
         
Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.     
     
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.  
        
Allah S.W.T berfirman: 
         
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."    
      
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."  
        
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."    
   
 "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 
         
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."  
        
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   
      
 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
         
 "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."          

"CINTANYA TANPA SYARAT.

Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling

Pagi ini saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tidak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapanya dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. 

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. 

Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. 

Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya. Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. 

Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tidak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. 

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tidak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah. 

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.

02 Januari 2014

Sayangi Isteri Anda

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta seorang datang ke depan.

Sayangi isteri
PENCERAMAH: Äù, Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda‚ Äù 

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya" 

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..." 

PENCERAMAH : Äú, Hapus 2 nama lagi... Äù,   Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: Äú, Silakan padam 1 nama lagi!‚ Äù Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!" 

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. Setelah suasana tenang, 

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Lalu lelaki itu menjawab:‚ ÄùSeiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.‚ Äù Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Pesan Emak

Assalammualaikum. .....

 Masa saya kecil dahulu, emak selalu menyuruh saya menghabiskan sisa-sisa nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi ke sekolah, emak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen, tetapi tidaklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada emak suruh buat macam itu ...

Ibu.... Ratu hatikuuuu....
Dan sehinggalah saya sudah besar panjang ini pun situasi ini still berjalan ....either sisa makanan emak atau abah, tetapi kalau sisa makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi emak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Sama ada kami perasan atau tidak. So, suatu hari itu tergerak hendak tanya pasal isu ini dekat emak.

Akhirnya emak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri. Arwah tok perempuan kami lah sebelah abah. Mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat emak bapak dan saya sendiri akui kesannya. Semakin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok emak bapak kita yang makin tua itu.. 

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu... jer lah namanya hendak menjawab balik memang tidak walaupun kita tahu yang kita betul dan emak pesan, sudah ada anak sendiri esok, jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya .. dan emak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak setiap kali waktu maghrib. Jika ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam, kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat. Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. 

Saya personally memang cukup malu jika tidak sempat solat jamaah Maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali.... Tidak percaya try buat... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib. Dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. 

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... 

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima

Kebahagiaan Ibu

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Kebahagiaan ibu...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya... 
Dulu saya dapat 7A dalam PMR... 
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... 
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia... 
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... 

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya... 

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.... 
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... 

Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak...
" Kata mereka.... 
Tapi... 
Pada suatu Subuh... 
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu... 
Saya bacakan surah Abasa... 
Dan sebak ketika sampai ayat: Yaumayafirrul mar'umin akhih..... 
Wa ummihi...wa Abih.... 

Selesai solat, semasa perjalanan pulang... 
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? Saya jelaskan.... 
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya... 
Ibunya... 
Ayahnya.... 
Isterinya... 
Anak-anaknya... 
Saya katakan... 

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya... 
Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila... 
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...... 

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak... 
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya... 
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya... 

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka? Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata.... 
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..." 

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku... 
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.... 
Wahai hamba Allah... 

Apa sebenarnya yang kalian kejar? 
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? 
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia... 
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian? Wahai pembaca madahku ini... 

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? 
Sebelum lubang kubur kalian akan digali? 
 Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai? 

Note: "Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.

Hendak Gulingkan Ayah?


Anak : Wau!!... Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni. 
Ayah : Mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua. 
Anak : Eh! kenapa pula ayah. Saya barhau sahaja hendak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ini ayah hendak kurangkan lagi? 
Ayah : Memang lah. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor Harley Davidson. Ayah sudah banyak berhutang. Kamu kena berjimat sebab itu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu. 
Anak : Ayah sudah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah? 
Ayah : Sudah... sudah... sudah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kamu tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat. 
Anak : Tetapi ayah, itu sebab ayah diorang kerja biasa sahaja tidak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So, hasil pendapatan pun tidak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah hendak catu perbelanjaan saya pula. 
Ayah : Banyak cakap pula kamu ni. Sudah... sudah... sudah ayah ada banyak kerja ni. 
Anak : Ayah hendak pergi mana? 
Ayah : Emak kamu hendak pakai duit sikit hendak pergi Hawaii katanya hendak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita. 
Anak : Ooo... 
Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker?