20 Februari 2014

Mengapa aku pecat Secretary ku yang seksi?

Nama aku Haji Din, mengapa aku pecat Secretary aku yang seksi? Minggu lalu, besday aku yang ke-40 tahun! Aku turun sarapan dengan harapan isteri aku ingat dan mengucapkan dengan penuh mesra‚ Selamat Hari Jadi Suami ku Sayang”. Waktu berlalu, isteri aku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu! itulah isteri aku!...
Secretary ku?
 Mungkin anak-anak aku ingat, Besday papanya. Tapi tidak seorang pun anak-anak aku datang ke meja untuk sarapan, mereka pun tidak mengucapkan satu kata pun kepada aku. 

Akhirnya aku pegi kerja dengan rasa sedih!! 

Aku masuk ke bilik aku, Secretary aku, Suzy menyapa aku, Morning Boss, Selamat Harijadi‚ Aku merasa sedikit terubat, sebab secretary aku mengingati harijadi aku. Time lunch, Suzy mengetuk pintu bilik ku‚ Apakah Boss tidak sedar bahawa sudah masuk waktu lunch, hari ini kan besday Boss, mari kita pergi lunch”  Wow, itu Idea yang baik! Ok, mari kita pergi lunch‚ jawab ku.. 

Kami pun pergi lunch berdua. Setelah Lunch, Suzy berkata‚ Hari ini indah kan Boss, kita tidak payah la ke opis lagi kan Boss?‚ Kita pergi berseronok saja la... Saya mengangguk! 

Lalu Suzy mengajak saya pegi ke apartmentnya. Setiba di apartmentnya, dia berkata‚ Boss, maaf tunggu sekejap ya, saya mahu ke bilik tidur untuk menukar pakaian, agak panas hari ni.. “Tentu saja” sahutku dengan gembira!! Fikiran ku negativvvvvve. 

Suzy masuk kebilik tidurnya. Kira-kira 10 minit kemudian... Suzy keluar membawa KEK besday, diiringi Isteri dan anak-anak ku serta bersama rakan kerja aku sambil menyanyi Happy Besday To U... Aku duduk TERPAKU di atas sofa, dengan telanjang bulat tanpa seurat benang pun... !!

Sesat!

Dahulu kala di sebuah negeri pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya sehingga terlihat memberatkan kehidupan anaka-anaknya. Pada suatu hari ada seorang pemuda yang berniat hendak membuang ibunya kehutan, karena si Ibu telah lumpuh. Si pemuda tampak bergegas menyusuri hutan sambil mendukung ibunya.
Sesat.
Si Ibu yang kelihatan tidak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pokok yang boleh dircapainya lalu mematahkannya dan menaburkannya disepanjang jalan yang mereka lalui. Sesampai di dalam hutan yang sangat tebal, si anak menurunkan ibunya dan mengucapkan kata perpisahan pada ibunya sambil berusaha menahan sedih karana ternyata dia tidak menyangka sanggup melakukan perbuatan ini terhadap ibunya. 

Justru si Ibu yang kelihatan tenang, dalam senyumnya dia berkata, Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat, ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah.  

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis teresak esak, kemudian memeluk ibunya dan kembali mendukungnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibunya dan sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal dunia. 

Pesan moral: hanya Orang Tua‚ yang mengerti kita dan batinnya akan menderita kalau kita susah. Orang Tua‚ kita tidak pernah meninggalkan kita, bagaimanapun keadaan kita, walaupun kita pernah kurang ajar kepada orang tua kita. Namun, Orang Tua‚ kita akan tetap mengasihi kita. Mulai sekarang mari kita lebih mengasihi, Orang Tua‚ kita selagi mereka masih hidup dan berikanlah doa tulus untuk setiap kebahagiaan mereka..

Warkah Dari Ayah....

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Gambar sekadar hiasan.
Ditatap isinya, 

“Salam. 

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tidak dapat. Abah pun tidak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tidak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. 

Ingat tidak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? 

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. 

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. 

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. 

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja? 

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. 

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak... 

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. 

Maafkan abah atas segalanya.” 

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Nevermind‚ too many Bangla in Malaysia.

Empat orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi. Seorang warga Amerika, seorang warga Kongo, seorang warga Bangladesh dan seorang warga Malaysia. Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya untuk menghidupkan rokok..
Bangla?
Semua terkejut dengan tindakan si warga Amerika dan belum sempat bertanya, si warga Amerika ini kata‚ its ok.. too many DOLLARs in Amerika, tanpa mengendahkan kata kata si Amerika tu, si warga Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yang termahal di dunia.. dibakarnya satu dan yang lain dibuang ke tingkap.. 

Tersentak dengan tindakan si warga Kongoni, si Amerika bertanya, why?, si warga Kongo menjawab, There is too many cigars in Kongo‚ si warga Malaysia dan si warga Bangladesh terpinga-pinga dengan perbuatan mereka tadi..... Belum sempat si warga Bangladesh berkata apa apa, si warga Malaysia terus campak si warga Bangladesh keluar melalui tingkap.. dengan selamba berkata nevermind‚ too many Bangla in Malaysia....

KISAH BENAR

Seorang guru bertanya kepada anak muridnya yang murung dan lebam sebelah matanya..

Cikgu - Awat mata kamu lebam?
Murid - Ayah saya tampaq saya cikgu?
Cikgu - Awat pulak, cuba cerita kat saya?
Murid - Saya tidoq dengan orang tua saya cikgu. Ayah saya selalu suruh saya tidoq awai. Dia selalu tanya, hang tidoq daq gi? Saya jawap daq gi.. tiga kali dia tanya... saya habaq kata daq gi dia tampaq muka saya suruh tadoq cepat..
Lebam...
Cikgu sudah paham mak pak dia nak “project” la sebeb itu suruh anak tidoq awai.. 

Cikgu -Takpa, len kali, kalau dia tanya awak jangan jawap tau.. Awak diam ja buat-buat tidoq ok.. 
Murid - Ya cikgu saya paham.. 

Lepaih beberapa hari cikgu itu terkejut jumpa murid itu tengok dua dua mata dia lebam.. 

Cikgu - Hahh! Awat mata kamu lebam ni? Awak tidak ikut apa yang saya habaq ka? 
Murid - Saya ikut cikgu? 
Cikgu - Cuba kamu cerita kat saya pasaipa jadi camni? 
Murid - Malam itu ayah saya tanya sudah tidoq daq gi, saya tidak jawap la macam cikgu pesan itu.. Saya wat wat tidoq lah. Tak lama pastu saya tengok depa mengkelaei ayah saya naik lindih badan mak saya. Saya dngaq mak saya jerit kuat kuat, bernafas kuat kuat, berguling guling depa doq lawan sat mak saya ataih sat ayah saya menang balik dia doq ataih. 

Saya memang tidak mau masuk campoq kalau depa mengkhelaei cikgu, saya pejam mata doq diam-diam wat wat lena sahaja. Tidak lama pastu saya dengaq ayah saya kata “ma, ayah nak kuaq ni”. Mak saya pun jawap “Yah, mama nak kuaq gak ni”..Oooo.. baru saya tahu selama ini depa doq suruh saya tidoq depa nak KELUAQ tinggai saya sorang sorang suruh saya tidoq sorang sorang. 

Saya takut kena tinggai sorang sorang cikgu, saya kata lah “NAK IKUT”..truih ayah ngan mak saay berhenti mngkelaei ayah saya tampaq belah kanan mak saya bubuh penampaq belah kiri.. Tu yang lebam dua dua mata ni cikgu dan smpai hari ni saya tida tau apa salah saya cikgu.takkan lah nak ikut pun kena penampaq?

HP PUNYA PASAL?

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yang mempunyai HP kerana: Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah. Kami lebih banyak pegang HP dariipda pegang tasbih. Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran Kami lebih sering menelefon daripada Silaturahim. Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut untuk sujud.
Handpone...
Ya ALLAH ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini. Dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH

Amin.... 

Kata guru: 

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu... Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu... Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya... Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia... Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya... 

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu... Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu.. Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu.. Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu... Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya.. 

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu.. 

 KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA

Ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. teman telah mengatakan bahawa sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya.. maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga. kelihatan peserta yang datang berbisik-bisik sesama mereka..
Cium isteri?
Untuk meredakan keresahan masing-masing teman berkata; ada apa-apa soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih... 

Bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. lagaknya seperti seorang ustaz dari cara pemakaiannya... bergerak ke mic yang disediakan...saya ********* dari ****... merujuk kepada kenyataan ustaz tadi... berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak bau syurga... teman: iye..silakan... 

Peserta: saya belajar di ****... saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabic.. mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing masing..cuma dari segi adab tidak berapa elok.. lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian...yang lain lain tak boleh buat ust.... boleh ust jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh msuk syurga.... 

Nampak.. berbezanya cara orang berfikir... asasnya bagus peserta tersebut... nampak ketika itu.. peserta terangguk angguk.. ingin mengetahui lebih lanjut... 

Menjawab persoalan yang ditanya semula oleh peserta.... Sedara jangan salam faham... Saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram..Saya tak cakapkan... ade sapa rakam ceramah saya... ade saya kata haram.. tak de.. saya tak kata pun tak masuk syurga... Saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga... iyela kalau kite cium kemaluan isteri.. bau kemaluan jelah....

14 Februari 2014

Syiling

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Foto sekadar hiasan.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. 

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. 

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. 

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. 

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. 

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. 

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. 

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. 

 (Renungan kita bersama)