27 Januari 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.

Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua". Gurunya meneruskannya. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet? "Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah.

Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita". "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi". "Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". (ini yang ditakuti Israel sekarang )" Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang. 

"RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA-SAUDARA ISLAM KITA. MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA. MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGADIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YANG TERMAMPU BERSAMA-SAMA. USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DI NEGARA-NEGARA LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YANG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM? AMIIINN. ..

Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat-sahabat Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk dijadikan sempadan.. 

ALLAHU AKHBAR

15 Januari 2009

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?

Tumis kankung yang lazat

Jika anda penggemar kangkung, tidaklah kira apa jenis kangkungpun, sama ada petis kangkung, kangkung cos, dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung.

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di sebuah klinik yang terkenal di ibu kota, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut. Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah dua hari menderita diarhea. Sudah bermacam-macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak tersebut, namun diarheanya tidak juga sembuh.

Di klinik, kedua ibu bapa budak tersebut telah ditanya oleh sepasukan doktor, makanan apakah yang dimakan oleh budak tersebut selama dua hari ini.

Ibu bapa budak itu kebingungan, kerana sejak anaknya menderita diarrhea, anaknya tidak lalu makan, sekadar hanya meminum susu, itu pun akan muntahkan semula.

Setelah kajian dibuat, ternyata sebelum menderita diarhea, pada suatu malam, budak itu ada memakan kangkung cos di sebuah restoran bersama kedua bapanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata didapati usus anak tersebut telah berkembang biak lintah bersama-sama anak-anaknya.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical terhadap budak tersebut.

Akhirnya budak malang itupun meninggal dunia. Setelah kajian dibuat, ternyata lintah itu sebelum dimasak, berada di dalam batang kangkung yang besar. Sememangnya, untuk penggemar kangkung cos, yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos yang proses memasaknya tidaklah terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sungguh enak.

Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus budak tadi, lintah yang hanya dalam satu ke dua hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni di dalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga bertambah bingung, bagaimana hendak mematikan/membersihkan lintah yang tersangat banyak di dalam usus budak yang itu.

Secara jujurnya, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung berkurangan, sudah sebulan  saya tidak menjamah kangkung dalam bentuk apa jua pun, bukan kerana takut menjadi paranoid, tetapi bagi saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang boleh kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist.

Jangan Makan Sardin

Sardin

Assalamualaikum wbh. Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 hingga RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau hendak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beliikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengancili, dalam tempoh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makanikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya"JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut?. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin. Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenisk anser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh.

Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini.

Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya tiga bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang.

Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil. Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin. Wassalam wallahualam

07 Januari 2009

Lawak yang untuk difikirkan...


Jikalau anda fikir anda masih Islam, bacalah. Kalau anda pikir anda masih Islam bacalah. Jikalau tidak, Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa dua minit untuk membaca ini. Jikalau lebih dua minit itu bukan membacalah, tetapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Titak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun, lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman itu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. Macammana, adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur, anda fikirlahlah. 

" Lawakkan, dari 1,000 jemaah yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tidak katapun hendak bunuh, tetapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia masih tidak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila time sembahyang jumaat. Tunjuk muka dekat orang kampung. Ada lagi dashyat setahun 2 kali aje. Apabila time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam al Quran"

"Lawakkan , berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi hendak berdoa kepada ALLAH,  alahai.. tidak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama

Lawak kan ? Kenapa gelak, itukan realiti. Tetapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca benda ini akan sampaikan dekat orang lain. Berapa orang yang akan buka email ini untuk luangkan masa membaca? berapa banyak?

wallahuaallam

04 Januari 2009

Azab kubur itu benar


Salam..

Ingin saya kongsikan pengalaman saya sendiri berkenaan dengan kisah azab kubur ini. Sebelum itu saya minta tuan moderator tolong hilangkan id saya, kerana kisah ini terjadi pada arwah pakcik saya pada oct 1994 yang lalu.

14 tahun dah berlalu, tetapi masih segar dalam ingatan saya iaitu pada tahun 1994, saya ketika itu berusia 14 tahun, dari kecil saya dijaga dan dibesarkan bersama arwah pakcik, walaupun tinggal bersama keluarga, ayah & ibu berniaga dan masa saya banyak bersama arwah. Arwah seorang yang ramah, baik, sukakan kanak-kanak, kelakar dan disenangi oleh semua orang.

Cuma seperkara, arwah pakcik saya seorang penagih dadah. Mula menagih dari saya lahir ke dunia sehinggalah dia meninggal dunia. Beliau meninggal akibat dadah. Beliau pernah beberapakali  dipenjarakan  dan dimasukkan ke wad pemulihan, tetapi masih lagi gagal meninggalkan ketagihannya. Beliau hidup membujang sehingga ke akhir hayat.

Hari khamis malam jumaat pada jam 10malam, kami dapat panggilam talipon dari keluarga. Pakcik dalam keadaan tenat. Saya sampai dan lihat dia terbaring atas katil. Matanya besar dan tajam memandang ke arah orang sekeliling, sesekali memandang ke atas. Dia rebah selepas "suntikan" yang dia lakukan. Di dalam store tempat dia selalu "port" bersepah perkakasan dadah dia dan kelihatan darah menitik sehingga ke tempat dia rebah.

Dari 10 malam hingga ke 4 pagi, tidak henti-henti dia muntah, membuang air besar dan nafasnya semakin kuat dan kali ini memang senantiasa dia memandang ke atas. Saya sentiasa disisinya dan membacakan surrah Yasin. Alhamdulilllah, saya ajarkan dia mengucap. Walaupun dia sudah tidak boleh berkata-kata, tetapi dia masih mencuba. Mukanya berkerut dan sesekali saya cuba tutupkan matanya agar tidak selalu melihat ke atas (saya faham apakah disebalik pandangan ke atas tatkala seseorang itu dalam keadaan sakratul..)

7 pagi di pagi jumaat, dia meninggalkan kami dipangkuan saya. Saya mandikan. Saya tolong kapankan dan saya tatap dia untuk kali yang terakhir. Walaupun saya ketika itu berusia 14 tahun, saya bantu lakukan semuanya. Saya iringinya dengan van jenazah sehinggalah dia ke liang lahad. Saya antara yang terakhir meninggalkan perkarangan kubur selepas selesai bacaan talkin & doa.

Dari malam itu, tiap-tiap malam saya sedekahkan surrah Yassin untuknya. Malah saya qada' kan solat dengan niat pahala solat saya itu diberikan sepenuhnya untuk arwah. Saya lakukan ini tanpa henti sehingga berbulan lamanya (setiap hari dan setiap solat akan saya bacakan surah yasin). Untuk pengetahuan, arwah jarang solat dan puasa ketika hayatnya.

Malam ke 40 selepas pemergiannya, saya mula bermimpi bertemunya, tetapi hanya untuk seketika. Tiada bicara. Malam pertama di bulan Ramadhan, saya bermimpi lagi, dia balik ke rumah. Masuk dari pintu belakang. Jumpa saya dan terus peluk sehingga saya rasakan pipinya berada dipipi saya. Dia cuma meminta segelas air minuman.

Malam ke 100 pemergiannya, ini kali terakhir saya bermimpi bertemu dia dalam mimpi tu jelas dia datang berjumpa saya, dengan pakaian yang koyak rabak, mukanya hitam memandang tajam ke arah saya, lalu dipeluknya saya dan menceritakan kejadian yang berlaku di alam sana. Tidak tertanggung kesedihan saya tatkala menulis email ni, masih segar diingatan setiap ungkapan yang diucapkan dalam mimpi itu. Dia dipukul dengan teruk, dibelasah sambil menunjukkan kesan patah riuk di badannya. Berpuluh-puluh kali dia berpesan supaya jangan tinggalkan solat, jangan tinggalkan puasa dan jangan jadi macam dia. Sebelum dia meninggalkan saya, dia berpesan lagi "Kau jangannnnlah tinggal sembahyang...  jangan buat dosa... sakitnyaaaaa.......

"Itu lah kata-kata terkakhir darinya sebelum mimpi saya lenyap dan saya tersedar dari tidur. tidak henti-henti saya menangis, solat dan sedekahnya apa sahaja yang termampu. Betapa ngerinya wajah dia pada waktu itu tidak dapat saya gambarkan dalam email ini.

Setiap mimpi yang saya lalui ada saya catatkan hingga ke hari ini, nota mimpi saya masih saya simpan dalam album.

Saya bukanlah bertujuan untuk mengaibkan arwah, tetapi sebagai pengajaran untuk dikongsi bersama untuk kita sama-sama jadikan iktibar berdasarkan pengalaman saya sendiri melaluinya. Saya sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa silamnya.

AL-FATIHAH 

Buat :Allahyarham Burhanordin Yahya 
1954 - oct 1994

01 Januari 2009

Cara mengelak dari di rogol

Foto sekadar hiasan

Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan?

Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!

Guru : HAH ! (terperanjat) , lepas tu awak buat apa?

Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.

Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir) Jeng! Jeng! Jeng!

Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan.. .

What were you thinking?

ROCK WILL NEVER DIE!

Foto hanya hiasan

Black, nama samaran yang diberikan pada members rock yang selalu melepak di Larkin Flat. Selalunya rockers ini akan berkumpul ramai-ramai dan bertemankan sebuah gitar tong. Biasalah, kalau sudah bercampur, salah satu daripada mereka ada yang perangai macam syaitan.

Black mula terpengaruh dengan ganja. Pada mulanya, Black ini seorang budak yang baik, tetapi semenjak dia berjinak-jinak dengan drug, perangai dia semakin liar. Setiap hari, matanya kelihatan kuyu semacam sahaja, kalau dia bertongkatkan dengan sebatang lidi mancispun, mungkin patah lidi mancis itu. Dipendekkan cerita, suatu petang bila Black sudah "pekena drug" dia pun kata pada geng-geng dia "Wa mau naik atas kat rumah wa, nanti wa turun lagi".

Black pun naik lif dan terus tekan butang tingkat 15. Semasa sedang berjalan di koridor menuju ke rumahnya, Black terdengar ada satu suara manja memanggilnya. Black toleh ke belakang tetapi satu bayangpun tiada. Dengan mata serta muka dia yang sudah "high" itu, dia jenguk pula ke bawah!

Perasan Black, dia ternampak ada seorang awekz cun gila melambai-lambainya dari bawah blok. Entah macam mana, Black tiba-tiba memanjat tembok di koridor itu sambil membalas lambaian awekz yang dia nampak di bawah tadi. Tanpa diduga, Black terjatuh dari tingkat 15.
"Gedebuk!" (rasa-rasa macam itulah sound effect jika orang jatuh dari flat).

Members dia yang masih berada di bawah blok itu terperanjat apabila mereka kenal orang yang terjatuh itu. "Oiiiiiiii.. Black lah jatuh!!". "Eh!... . dia masih hiduplah!" Salah satu members Jack dengan pantas menalipon pihak polis. Tidak sampai 10 minit, polis dan ambulance pun sampai ke tempat kejadian. Polis dan ambulance attendance pun kehairanan bagaimana Black boleh survive.

Setelah Black diangkat ke dalam ambulance, Black sempat mintak air dengan ambulance attendance. Semasa memberi air, attendance itupun bertanya kepada Jack... "Macammana kau boleh survive jatuh dari tingkat 15?" Dengan muka Sardine dan yang masih stim lagi, Black menjawap

ROCK WILL NEVER DIE!!!!!!!