12 Disember 2008

Siapa yang paling sengal?

Sekadar gambar hiasan

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka melepak. seorang itu nama dia ialah Ali, Budin dan Ciko. Aktiviti seharian mereka ini menyebabkan tok imam tidak senang duduk. Pada suatu hari tok imam datang dengan niat hendak tarbiyah mereka ini. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam itu mencabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau pada waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?. Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus sahaja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tidak khusyuk, angkat 2 kali pun tidak khusyuk jaga lagi..

Masuk sahaja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk dekat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba sahaja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Makmum yang lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sehinggalah habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnyanya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Selepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tetapi dengan bongkaknya si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tidak, lagi dasyat aku sebahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana... kwang kwang kwang...

06 Disember 2008

Di kejar Bapok...

Gambar Hiasan

Dulu gua selalu dekat jalan KTM tu.. ala tempat yang ramai bapok tu... siap interview sekor bapok yang agak cun..

gua: name sape ni?
Fasha: Fasha banggggg...
gua: ishh.. sedapnye nameeeee... cak! ! senyum sket...
Fasha: alah abang niiiii... muaahhsss...
gua: asal nama Fasha?
Fasha: ooppsss... rahsia tau!! mane boleh cakap nanti keluaq TV!
gua: ala.. rileks la. .. I saje je tanye... dah lama ke buat keje ni?
Fasha: emmm...5 tahun bang... ishh abang ni tanye lebih-lebih macam polis pulak.. NI NAK KE TAK NI???
gua: berapa Fasha charge I seround?
Fasha: alah..dah dekat subuh ni Fasha tak kisah pun... ikut you lah
gua: kalo macam tu kire halal aje lah.. kekekekekeke
Fasha: Ala you ni.. buat lawak senario pulak... TAK NAK SUDAH... OIII PONDAN-PONDAN SEKALIAN... NI ADA LELAKI DARA LAGI NI NAK MAIN FREE.!! JOM KITA KENDURIIII

Gua pun lari lintang pukang... kerete parking dekat depan City Plaza pulak tu.. sejak itulah gua bergiat dalam sukan larian tidak berganti-ganti...

Sekian

Mawi nyaris maut ketika skodeng


JOHOR BAHRU: “Selepas berjaya mengeluarkan semua barang, baru saya teringat Mawi masih di dalam rumahnya,” kata seorang wanita mangsa kebakaran yang memusnahkan tiga rumah papan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini, awal pagi semalam.

Mariana Sunyi, 35, berkata disebabkan terlalu panik dan keadaan kelam-kabut, dia terlupa untuk menyelamatkan Mawi, seekor anak kera berusia empat tahun yang masih tertambat di dalam rumahnya ketika kebakaran merebak.

"Bagaimanapun, umur Mawi masih panjang kerana sebahagian daripada rumah hangus ketika kami menyelamatkannya. Dia cedera di tangan kanan akibat terkena api,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mariana berkata, dia membela Mawi sebagai haiwan peliharaan dan membina sebuah rumah kecil khusus sebagai tempat berteduh di tepi rumahnya yang dijilat api dalam kebakaran itu.

Kera berkenaan diberikan nama Mawi kerana dia amat meminati penyanyi terkenal kelahiran Johor, Asmawi Ani sejak anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai itu muncul juara Akademi Fantasia 3.

Kebakaran kira-kira jam 2..30 pagi itu turut menyaksikan sepasang suami isteri nekad terjun ke dalam laut bersama seorang anak mereka berusia dua tahun untuk menyelamatkan diri apabila menyedari rumah mereka dijilat api.

Todi Buruk, 43, membuat keputusan itu selepas mendapati mereka terperangkap dalam api yang sedang marak memusnahkan rumah yang diperbuat daripada papan itu dan satu-satunya jalan untuk mereka melepaskan diri dengan selamat ialah terjun ke dalam laut.

Menurut Todi, dalam kejadian itu, dia dan isteri serta anak mereka sedang nyenyak tidur di bilik belakang rumah yang dibina di tepi gigi air di pantai kampung berkenaan.

"Saya terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi letupan, sebaik menyedari rumah dijilat api, saya segera mengejutkan isteri supaya membawa anak keluar..

"Tetapi kami terhalang kerana pintu masuk utama sedang terbakar dan api sungguh besar. Oleh kerana tidak ada jalan lain lagi, saya menarik isteri yang sedang mendukung anak ke belakang rumah dan terjun ke dalam laut,” katanya.

Todi berkata, dia dan keluarganya kemudian berjaya berenang ke tepi pantai dalam keadaan selamat sebelum dibantu jiran dalam kebakaran yang turut menyebabkan tiga rumah musnah.

Katanya, api dipercayai bermula di rumahnya dan merebak ke dua rumah jiran bersebelahan dan api merebak dengan cepat kerana semua rumah terbabit diperbuat daripada papan.

Todi mendakwa, dia mengalami kerugian kira-kira RM50,000 termasuk barang kemas bernilai RM10,000, dua televisyen, dua mesin basuh, peti ais, perabot dan lain-lain.

"Walaupun tinggal sehelai sepinggang, saya bersyukur isteri dan anak saya selamat selepas terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Alias Awang, 46, berkata dia lapan sekeluarga bernasib baik tidak mati hangus dalam kejadian itu selepas terjaga daripada tidur akibat bunyi bising di luar rumah.

"Mujurlah anak-anak saya berusia antara sembilan bulan hingga 17 tahun tidur di bahagian depan rumah kerana api menyambar di bahagian belakang rumah terlebih dulu.

"Sebaik saja mendengar bunyi bising, saya terjaga dan terkejut melihat asal tebal dalam rumah, lantas saya mengarahkan anak yang tidur di bahagian depan rumah berlari keluar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ismail Ghani, ketika dihubungi berkata, dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 2.24 pagi dan operasi memadam kebakaran tamat pada 4 pagi.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudinrudy@hmetro. com.my

Jasadnya tidak di terima bumi.


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut).

Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh Makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang ke arahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah be liau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir.

Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 untuk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah ke bilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia terdengar orang di dalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.

Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.

Jadi sesiapayang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian:

012-957-5191 atau 016-355-9718

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. KEPEK..KEPEK. . UBI ..... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII

hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah naaaaaa... :-) hah HAH HAH

03 Disember 2008

Jangan kentut di depan Gay


Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.

Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.

Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu."Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!

02 Disember 2008

Kenapa Aku Pecat Secretary ku-resend

Foto Hanya Hiasan

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita. "Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang" Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.

Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun" Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku.

Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

Aku berkata "Wow!", itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi. Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ? "Tidak perlu, saya pikir tidak perlu" jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit.."

"Tentu saja boleh", sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku hanya duduk terpaku di sana, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang……

01 Disember 2008

Asal Usul PAHANG


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana.

Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Margapura!"
"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!"
"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!" Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.