30 Julai 2009

Seorang Lelaki dan Seorang Tua...


Pada suatu petang di sebuah ’supermarket’. Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tidak berkelip-kelip.

Lelaki muda itu pun terasa pelik. Dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua itu masih lagi juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki itupun buat tidak tahu sahaja, sebab dia ingat dia yang perasan. Selepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda itupun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan, perempuan tua itu tadi cepat-cepat memintas dan berdiri di hadapannya.

“Maafkan makcik nak!!” kata perempuan itu.

“Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tidak selesa dengan pandangan makcik tadi.. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ini nampak serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas”.

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik sahaja memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu.

“Oh, begitu ke ceritanya makcik? maaflah saya tidak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya lelaki muda itu.

“Aaaa, mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tidak keberatan” kata perempuan itu. “bila makcik sudah hendak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap ‘babai  mak!!’

“Terubat betul rindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam itu pada makcik”.

“Oh boleh, tiada masalah” kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu.

Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung ..

“Babai,mak!!! !”. Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

“Jumlah semuanya RM230.70 ye encik,” kata cashier supermarket tu. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.

“Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit sahaja macamana pulak sampai seratus lebih ni?” tanya lelaki itu.

“Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!” kata cashier tuh.

“Haah??!!”

Duda bertemu Janda


Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang agak berumur tinggal keseorangan dirumah nya. Kesemua anaknya sudah bekerja dan tinggal di bandar. Berdekatan rumahnya pula ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorang diri.

Sudah bertahun lamanya mereka berjiran dan sering juga berhubung dikala kesunyian. Suatu hari, di petang yang redup, si duda duduk di bawah pokok rambai. Merenung ke arah rumah si janda. Si janda perasan dan datang menegur si duda. "Pak Uda oii, apa yang dimenungkan tu... " Si duda menunduk seketika, lalu menjawab " Ada perkara yang aku hendak beritahu kau ni Mak Jan.." Berkerut dahi si janda kerana kelihatan serius pulak si duda itu.

"Apanya, serius sahaja bunyinya". Si duda merenung si janda, lalu dengan kekuatan yang ada dia berkata ". Aku ini kepingin sangat hendak berbinikan kau. Adakah kau sudi?". Si janda tersenyum dan terdiam seketika, lalu si janda itupun menjawab "erm... sudi ". Setelah berborak seketika, si janda dan duda itupun pulang ke rumah masing-masing kerana hari sudahpun menjelang senja.

Pada malam itu, si duda rasa gelisah. Dia tidak ingat jawapan yang diberikan oleh si janda pada petang tadi. Adakah dia sudi atau tidak, maklumlah sudah tua. Memori kurang sikit. Setelah berfikir sejenak, si duda tidak juga mendapat jawapan. Lalu terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada si janda tersebut. Si dudapun mendail nombor telepon si janda, jika hendak datang ke rumah si janda, tidak molek pula pada tengah-tengah malam buta ni.

"Helo... Mak Jan, Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklumlah sudah tua, mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau, sudikah kau berkahwin dengan aku? apakah yang kau jawab?". Mendengar suara si duda, si janda pun berkata "aku jawab, aku sudi, ikhlas dari hati ke hati.  

Selamat kau telepon aku, Pak Uda! ". Si dudapun pelik dengan kata-kata si janda lalu bertanya. "Kenapa?" Dan si janda menjawab." Akupun lupa siapa yang ajak aku kawin petang tadi"

Nota


Terjadi pada saatu hari, sepasang suami isteri sedang berselisihan faham dan tidak bertegur sapa. Si Suami ini hendak bangun pagi pada keesokkan harinya. Tetapi tidak tahu bagaimana hendak memberi tahu kepada Si Isteri supaya dapat kejutkannya pada hari esok. Akhirnya Si Suami mendapat satu idea yang bernas!. Dia menulis satu nota ringkas kepada isterinya yang berbunyi;


"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"


Esoknya Si Suami ini terlewat bangun. Dia hendak marahpun ada, hendak ketawapun ada dekat isterinya.

Hendak tahu kenapa? Si Suami ini terjumpa satu nota;

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI!"

Hantu A dan Hantu B


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ini baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ini tidak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apasal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh.. cara aku mati dulu teruk.. aku mati dalam peti ais… sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo.. kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kau tidak pergi buat operation? Kalau tidak, sure kau tengah lepak-lepak dengan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritalah sikit.. Sambil- sambil kita lepak ni..”

“Macam ini, aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. So this one day, aku ingat hendak perangkaplah isteri aku. Aku pura-pura pergi kerje tetapi actually aku park kereta aku dekat simpang hujung rumah aku sahaja. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta dekat car park rumah aku. Aku rilex dulu sebab hendak mencari masa yang sesuai untuk tangkap diorang.”

So, kau dapatlah tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tidak. Aku cuma jumpa isteri aku sahaja dekat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki dekat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tidak mahu jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku hendak mencari jantan itu. Habis semua bilik aku cari tetapi tiadapun. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan itu, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tidak sangka aku mati pula” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tidak check dekat dalam peti sejuk? Kalau kau check dekat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Si Abu dengan Milah


Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah. Di depan pintu, gurunya sudah menunggu dengan muka yang garang.

Guru : “Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?”

Abu : “Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula… akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai… “

Guru : “Sudah..sudah.., kamu pulak Milah… kenapa terlambat juga?”

Milah : “saya tumpang abu naik motor tadi cikguuu.”

27 Julai 2009

Tiga Pengantin Baru (18SX)

Foto sekadar hiasan

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.... ...

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan. ...

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.... .......

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan. ....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Kisah Seorang Panglima


Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yang cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tidak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yang disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yang cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yang salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)