31 Julai 2009

Sandwich


Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, 

“Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich anda sendiri di sini!”.. 

Maka dua orang sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing…

Membanding-bandingkan


Pada suatu hari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerana tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah-merah belaka, jadi, bapanya membanding-bandingkan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai… 

bapa : “kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tiada pun merah-merah. Dia anak yang cerdik, tidak macam kamu, malas betull.. ” 

Kerana kesal dibanding-bandingkan si anak menjawab: “yelaaaa bapa… anak jiran sebelahkan
bapanya cerdik…..” 

bapa : ??

Curang


Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur. Hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada disampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. 

“Susan, isteriku,” ia berbisik. 
“Suamiku, jangan berbicara, berehatlah.”
“Susan, saya harus mengakui sesuatu,” ia berkata dengan lemah.
“Tidak ada yang perlu di akui,” jawab Susan dengan bersedih.
“Semuanya baik-baik saja, tidurlah,” kata isterinya sambil menangis.
“Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu.” 
“Saya tahu… ,” jawabnya.
“Kerana itulah saya meracuni kamu… “

komputer


Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. 

“Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya”.

 “Lho … kenapa kamu tidak membeli dua komputer” sahut temannya.

Naik Lift


Ketika saya baru masuk ke dalam lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya pula menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. Liftpun naik la dan berhenti di tingkat 2, tetapi wanita itu tidak keluar. Kemudian lift berhenti pula di tingkat 4, tetapi wanita itupun tidaak keluar juga dan liftpun mula naik. Maka bertanyalah saya pada wanita itu, 

“Akak(sebab nampak cam tua dr saya) sudah terlepas tingkat yang akak hendak naik?..”
 “Ooo.. saya hendak ke tingkat 24″, jawabnya selamba.
.”Tetapi tadi akak tekan butang 2 dan 4″ tanya saya lagi kerana tidak puas hati..
 “Astaga!!! inilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dengan kalkulator” sambil menggaru kepala…

Helikopter


Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta dua orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat dua orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,

”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”

Peti Surat


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

”Atok buat apa tu?” 
“Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. 

Cucunya bertanya lagi,
” Apa bodoh sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"