Saya mahu berkongsi satu cerita jenaka dengan anda. Here it goes. Seorang pemuda datang berjumpa seorang ustaz untuk meminta nasihat.
Pemuda : “ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh? Hingga sekarang saya tiada kekasih”
Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”
Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”
Ustaz : “Ohhh, jika begitu kamu harus melaksanakan petua ‘3B. ‘B’ yang pertama adalah ‘BERUSAHA’. Apakah kamu sudah banyak berusaha?”
Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz, sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.”
Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’
Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang. Saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis.”
Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”
Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”
Ustaz : “BERCERMIN!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan