13 September 2013

Apabila Orang Gaji Minta Naik Gaji

Bibik.
Perbualan diantara orang gaji dan puan rumah, Datin Maimun kedaung mintak naik gaji... 

Bibik : "Datin, saya nak minta naik gaji...!" 
Datin : "kenapa saya harus naikkan gaji kamu?" 
Bibik : "ada tiga alasan nyonya..! Pertama saya membersihkan rumah lebih bersih daripada datin." 
Datin : "Siapa yang cakap?". 
Bibik : "Dato' yang cakap". 
Datin : Oh? (sambil menahan amarah) 
Bibik : "Kedua, saya memasak lebih sedap daripada datin". 
Datin : "Siapa yang cakap?". 
Bibik : "Dato' yang cakap". 
Datin : oh? (..ggrrrrrkkk..!!!..) 
Bibik : "Ketiga, saya di ranjang lebih hebat daripada datin". 
Datin : oh?! "dato' juga yang cakap ker?". 
Bibik : "Bukan datin.. Osman, rumah bujang sebelah rumah yang cakap, katanya datin kurang hebat di' ranjang" 
Datin : "ssssstt!!! kamu mintak nak naik berapa?"

Gadis Melayu

Pelajar wanita yang di rasuk.
Kenapa hanya pelajar perempuan melayu sahaja yang sering dirasuk? Kes benar ini berlaku ketika pelajar perempuan yang sedang mengulang kaji pelajaran di sebuah bilik study. Ianya berlaku di sebuah asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu, tiada kes berlaku pada pelajar kaum Cina, India atau kaum-kaum lain. Di mana salahnya?

Kita ikuti perbualan diantara bomoh dengan jin itu. Misteri di asrama puteri itu akan terjawab!.  Suatu hari, ada seorang bomoh yang memberanikan diri ingin berjumpa dengan sekumpulan jin yang sedang berlegar-legar di  sebuah asrama puteri sehingga mereka menganggu dan merasuk sebilangan pelajar perempuan di situ.

Ketika sampai di asrama puteri tersebut, si bomoh itu pun membaca beberapa jenis jampi mantera. Selepas membaca mantera,  bomoh itu pun memanggil ketua jin. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajahnya yang sangat hodoh lagi menjijikan. Sehinggakan bomoh yang berpengalaman itu pun hampir pengsan!

Namun, bomoh itu tetap menguatkan semangatnya dan memberanikan diri bersemuka dengan ketua jin yang menakutkan itu. Lantas, bomoh itu pun bertanya dengan suara yang kuat lagi nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang agak menakutkan..

“Mengapa kau menganggu pelajar sekolah di sini hah? Jawab!!!” “Kenapa hanya gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?!”

 Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

 “Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan”
“Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”
“Kalaulah memang, Tak Mungkin Aku Tertarik”
“Kalaulah sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK…”

“”Aduhai… Hahahaha......

26 Jun 2013

Warkah Buat Abang Tersayang

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada- ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit body nya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak.

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak- anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG 
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG 
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG 
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG 
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT- URUT BADAN ABANG 
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.

 Love, 

 ayang

19 Jun 2013

Kambing

Kambing Biri-biri
Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih? Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun. Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama..... hahhahaa...

13 Mac 2013

Pilot

BACA NI SERIUS BEST..!! hehe..

Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga-3 pilot yang takut tersebut memohon agar tidak dibunuh. Maka, ketua suku kaum itu pun berkata, ‘Kalau korang semua nak hidup, korang kena masuk hutan dan bawa 10 buah-buahan yang sama jenisnya. Tetapi korang hanya ada masa 3 jam sahaja!’

Sebelum tiga jam, pilot yang pertama pun akhirnya datang bawa 10 biji buah epal. Ketua Suku : "Ok, kamu dah bawa 10 baji epal. Sekarang masukkan semua epal itu ke dalam lubang dubur kamu satu persatu. Kalau kamu merintih atau bersuara, kamu akan saya potong-potong!" 

Degan penuh perjuangan dan ketahanan akhirnya epal pertama dapat di masukkan. Tetepi untuk epal yang ke 2 dia tidak dapat menahan sakit dan terus menjerit. Degan kejam ketua suku tadi terus memenggal kepala si pilot. Maka naiklah pilot tadi ke syurga. 

Pilot ke-2 pula datang membawa 10 biji buah anggur. Dan ketua suku tadi terus bagi arahan yang sama. 1 biji buah anggur masuk, 2 biji buah anggur, 3 biji buah anggur, tetapi pada saat dia hendak memasukkan buah anggur yang ke 10, ketua suku tadi tiba-tiba memotong kepala pilot ke-2. 

Naik la pilot ke-2 tadi ke syurga dan berjumpa dengan pilot pertama tadi.

Pilot 2 : Wah, kau pn mati juga?
Pilot 1 : Ye la, aku bawa buah epal. Tak tahan sakit! Sial tul ketua suku itu, syaratnya susah sangat! Habis kau bawa buah apa?
Pilot 2 : Anggur
Pilot 1 : Anggur? Tu kan senang! Kecil je, tak sakit pun!
Pilot 2 : Memang betul. Semua anggur aku hampir masuk ke dalam lubang dah. Tetapi tiba-tiba, aku ketawa dan habis semua buah anggur yang aku msuk tadi keluar balik…..
Pilot 1 : Bodoh kau! Kenapa ketawa?
Pilot 2 : Habis, masa aku hendak masukkan buah anggur yang ke 10, aku nampak pilot ke-3 bawa buah durian... giler kau.., durian!

05 Jun 2012

Permintaan

Suatu ketika dahula ada tiga orang sahabat bernama Hamad, Hamid dan Hamud. Ketiga-tiga mereka mempunyai hobi yang berbeza. Hamad merupakan kaki perempuan dan hari-hari melayan wanita tidak kira di mana jua dia berada. Hamid pula seorang kaki botol, hari-hari mabuk minum arak 10-20 botol tiap-tiap hari. Manakala Hamud pula seorang kaki perokok. 

Suatu hari mereka terjumpa satu botol. Seperti dalam cerita-cerita zaman dahulu, selepas digosok botol itu keluar satu jin dan berjanji akan menunaikan satu permintaan setiap seorang. Hamad meminta untuk bersama 1000 wanita dari semua negara dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamid pula meminta dirinya berada di dalam gua bersama 10000 botol arak dari pelbagai jenama dan berada di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. Hamud pula memintan 100000 kotak rokok dari pelbagai jenama dan duduk di dalam gua selama 10 tahun tanpa gangguan. 

Mancis
 Selepas 10 tahun seperti yang dijanjikan jin itu membuka pintu gua Hamad dan apabila Hamad keluar lemah dan kurus kering dan akhirnya mati. Jin itu membuka pintu gua Hamid pula dan Hamid keluar berjalan dengan perut buncit serta mabuk dan akhirnya rebah lalu mati. Jin tersebut membuka pintu gua Hamud. Hamud dalam keadaan sihat lalu berjalan kearah jin itu. Tanpa bercakap panjang lalu Hamud tampar muka jin itu dan berkata “Bodoh, mancisnya mana??”.

01 Februari 2012

Asal Usul Nama Pahang


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.