Memaparkan catatan dengan label iktibar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iktibar. Papar semua catatan

16 April 2014

Mahsyar

Kata ustaz, 

Mahsyar ini punya la lama sampai kita hari ini tidak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya, Mahsyar di mana? Jawab Rasulullah saw, Mahsyar ini di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila malaikat Israfil meniup Sangka Kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil meniup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? 

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sehinggai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. rujuk Surah Yasin ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tidak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari itu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a’basa ayat 37(80:37). 

Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Apabila sampai di Mahsyar, perbicaraan tidak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab nabi Adam dia tidak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul Ulul Azmi, bermula nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. 

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang sudah mintak dengan Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tidak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja, dek padatnya manusia pada hari itu. 

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash. Pada masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu. Jikapun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tidak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah panggil seorang-seorang untuk dihisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tidak ada satu pun tertinggal. Selepas habis baca Allah akan tanya kite 3 soalan. 
  1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid.
  2. Tidak ingat.
  3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 


Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kehadapan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc. Jjika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pada mereka. Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri). 

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tidak effect diri kita sorang, tetapi effect juga orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita. Hari Mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, hendak terkenal, takut tidak tertanggung kesannya di akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari itu amanah dan kejujuran kita akan membantu. 

Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Hendak masuk syurga bukan senang.. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik seorang-seorang. So jomlah sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Semoga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. 

Amin...

ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...

11 April 2014

RAKAMAN PERCAKAPAN KES KEHILANGAN ISTERI

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya :
Suami dan surat lapuran.
Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 malam tadi dia belum pulang ke rumah... (dengan nada kerisauan) 
Inspektor : Pukul berapa keluar rumah? 
Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya.. 
Inspektor : Umur isteri? 
Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua... 
Inspektor : Berapa ketinggian isteri? 
Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya 
Inspektor : Kurus atau gemuk? 
Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya. 
Inspektor : Warna kulit? 
Suami : Mmm... agak cerah 
Inspektor : Warna rambut? 
Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf... 
Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah? 
Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar 
Inspektor : Warna baju? 
Suami : Tak perasan tuan.. 
Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah? 
Suami : Ya betul. Kereta saya.. 
Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi? 
Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas. dan tiba-tiba si suami menangis... 
Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik... 

 IKTIBAR :- 

-lebih ingat kereta dari isteri?!! 
-isteri pakai baju kaler apa semalam?!!..ingat tak..?


07 Mac 2014

Sayangilah isteri isteri anda

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta seorang datang ke hadapan.
Sayangi isteri-isteri anda.
 PENCERAMAH: Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda. 

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: “Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya” 

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: “Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut.” 

PENCERAMAH: Hapus 2 nama lagi. 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tiada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: Silakan padam 1 nama lagi! 

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya. 

PENCERAMAH: “Silakan pilih 1 nama lagi!” 

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang.

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, “kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?” 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. Lalu lelaki itu menjawab: Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini. 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri isteri anda..

Begitulah realiti kehidupan seorang suami

Suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00, bil telephone suami dan isteri Rm200.00, bill elektrik Rm170.00, ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00. Serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan. Lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja, terus di sambut dengan isteri satu soalan “ hari ini hari gaji abang kan??. Jom pergi beli barang dapur banyak sudah habis sambil bawa bebudak makan luarlah malam ini sebab I tak laratlah hendak masak hari ini. Bebudak pun esok hari Sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Suami?
Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu “Ayah, cikgu adik cakap hari Isnin, cikgu hendak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baharu.” Isteri spontan menyampuk “mintak dekat ayah. Ayah baharu dapat gaji. Sambil anak yang sulung pula mencelah”. Ayah kakak pun hendak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan sudah dekat hendak peperiksaan ni. Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulongnya. 

Kemudian bila selepas Magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah Rm50.00. Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah.. 

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baharu dapat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. 

Keesokkan pagi hari Sabtu, isteri suruh si suami membelikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50. Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00...

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 minta dibelikan, suami pun keluarkan duit untuk bayar. Kemudian apabila berjalan kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampa baju tidur anak anak yang berharga Rm15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata “bang baju tidur bebudak ni pun sudah lusuh. Belikan diorang yang baharu ni. Murah sahaja cuma Rm15.00. Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama. Tetapi, dalam perjalanan hendak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar  mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50. 

Esok hari Ahad, isteri suruh pergi ke kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap Rm180.00. Malamnyer pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat. Serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang samada sampai atau tidak?. Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis “kalau ajak balik, kampung saya sahaja tiada duit. Kalau ajak balik kampung saya sahaja abang kata tiada duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni?. Takkanlah seminggu gaji sudah tidak berduit. Abang ada pompuan lain ke?” Terpinga pinga suami hendak di jawab jadi perang. Hendak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu. Uaaaaa Uaaaaa.. isteri ku tersayang!. 

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah... Aminnn....

TAZKIRAH HARI INI (THI) - 5 Jamadil Awal 1435H

Jadilah Manusia Terbaik ! 

Setiap orang mendambakan menjadi yang terbaik. Sebagai seorang muslim, orientasi hidup untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran KPI manusia semata-mata, tetapi kerana mengharapkan redha Allah Ta’ala. Konsep untuk menjadi manusia yang terbaik dalam Islam antaranya ialah : 
  1. Tidak culas untuk melunaskankan hutang-piutang. “Abu Hurairah r.a meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR: Muttafaqun ‘alaih) 
  2. Belajar Al-Quran dan mengajarkannya. Othman bin Affan r.a berkata: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (HR: Bukhari) 
  3. Orang yang paling diharapkan kebaikannya dan paling jauh keburukannya. Jadilah orang yang ketiadaannya dicari, kehadirannya dinanti, kepergiannya dirindui dan kematiannya ditangisi. Bukan ketiadaannya disyukuri, kehadirannya dibenci, kepergiannya dikenduri dan kematiannya cepat-cepat dilupai... 
  4. Menjadi suami yang paling baik terhadap keluarganya. Aisyah r.anha berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR: Tirmidzi) 
  5. Orang yang paling baik akhlaknya jika menuntut ilmu. Abu Hurairah r.a berkata: “Rasulullah saw bersabda: ”Sebaik-baik kalian Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (HR: Ahmad) 
  6. Orang yang memberikan makanan. Rajin-rajinkanlah menjamu atau memberi orang makan. Terutamanya kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatim. Semakin banyak kita memberi orang makan semakin murahlah rezeki kita. Jangan asyik mengharapkan orang belanja kita saja. Berebutlah untuk membayarnya... boleh ? 
  7. Orang yang panjang umur dan baik amalannya. Bukan orang yang uban dah berterabur, mata dah kabur, gigi dah gugur, kekuatan pun dah luntur, badan dah tak subur, jalan pun boleh diukur, dengar kuliah pun asyik tertidur, tapi masih tak bersyukur, dipanjangkan umur, bahkan kufur, masih ingin lagi berhibur, dengan gadis genit yang menggiur, masih rajin beratur di kedai nombor ekor. Lupa... rumah kata pergi, mari sini kata kubur ! 
  8. Orang yang paling bermanfaat bagi manusia.
Jabir r.anhuma bercerita bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahihul Jami’ no. 3289) 

KESIMPULAN: 
Bukannya susah pun nak jadi baik. Tapi nak jadi jahat lagi mudah. Sebenarnya susah jadi orang jahat ni... Polis cari, orang benci, nak masuk disko kena bayar, minum arak mahal, melanggan pelacur kena bayar tetapi orang tetap cenderung nak jadi jahat. Walhal kalau jadi baik polis tak cari, orang suka, masuk masjid tak kena bayar, minum air masak lagi murah, mendatangi isteri dikira sedekah tapi orang tak mahu jadi baik...pelik ! 

 Adalah baik menjadi orang penting... tetapi adalah lebih penting menjadi orang yang baik. Wallahu a’lam - Doakan istiqamah Ust Kay.

Surat rasmi dr Suami utk tambah kuota!!!


Razaki Hamid 
No 39, Jalan Dedap 9, 
Saujana Utama 2, 
Sg. Buloh. 

Rohana Jalil 
No 39, Jalan Dedap 9, 
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh. 

Puan, 

PERKARA: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI 

Perkara di atas adalah di rujuk. 
  1. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang. 
  2. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini. 
  3. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini. 
  4. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan? 
  5. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya. 
  6. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya. 
  7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih. 

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA” 

Yang Ikhlas Memohon, 

 Suamimu... 

Surat...
Ni surat jwpan kpd yg nk tmbah kuota... 

Kepada: En. Razaki 

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut. 
  1. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari. 
  2. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk ‘mencili-cilikan’ perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa. 
  3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan. 
  4. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan...ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini. 
  5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon. 
  6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 ‘memberi nafkah’, inikan pula berkongsi. 
  7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan ‘prestasi kerja’ tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan ‘tanggungjawab’ sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang ‘prestasi’ tuan yang tidak seberapa. 
  8. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung. 
Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk ‘peperangan’, itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah. 

 Terima kasih, 

 “SEDIA ‘BERPERANG’ DEMI RUMAHTANGGA” 

 Yang ikhlas Menjawab, 

 Rohana Jalil

04 Mac 2014

Hati-hati Dengan Individu Yang Mengaku Pegawai Bank?

Just hendak share dengan korang, aku baharu buat repot polis..

Lebih kurang pukul 4 petang, ada sorang lelaki yang mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yang appear adalah 1800808888. Dia kata, hendak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 di kedai emas Poh Kong, KLCC.
Kad Kridet.
Aku cakap, aku tiada kredit kad, akaun atau apa-apa urus niaga dengan Ambank. So, dia kata mungkin ada orang guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dalam sistem Ambank, tapi dia kata dia hanya bahagian pengesahan, tidak boleh check maklumat. 

Aku mulai curiga. Dia suruh aku complain di Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, memang talian hotline mereka ialah 1800808888. Aku call no Bank Negara yang mereka bagi dan lelaki India, Vijaya yang angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 

Tidak sampai 15 minit, lelaki cina pula, Lim call aku dari no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yang lain ke dalam satu akaun sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yang lain itu. 

Dia tanya aku berapa banyak duit aku dalam akaun-akuan itu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tidak kan tidak boleh check. Suara dia sudah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai di bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa-apa rekod aku dengan Ambank dan mengatakan yang Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. 

Dalam 10 minit dia call lagi, tanya aku sudah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku di balai polis. Masa tengah buat repot, dia call lagi tapi sudah mula marah-marah sebab kononnya dia kena kerja overtime hendak handle kes aku (baiknya ‘pegawai Bank Negara’ tu). 

Aku terus cakap dengan dia yang aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yang sama. 

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka sekarang ada teknologi supaya nombor telefon yang tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja.


03 Mac 2014

Mana Mak?

Renung-renungkan....

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, Along mana?‚ 
Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan. 
Ayah tanya Mak lagi, Angah mana? 
Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola. 
Ayah tanya Mak, Ateh mana? 
Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam? 
Ayah tanya lagi, Adik dah balik? 
Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.
Ibu.... engkaulaaa ratu hatiku.....

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 
Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, Mana Mak? 
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, Tak tahu. 
Ayah tanya Angah, Mana Mak? Angah menonton tv. Angah jawab, Mana Angah tahu. 
Ayah tanya Ateh, Mana Mak? Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?” 
Ateh menjawab, Entah. 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, Mana Mak? 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik! 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat noor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?” 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. 

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. 

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.” 

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. 

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. 

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

 Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.” 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. 

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak? Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada.‚
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” 

“ Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.

 “Ayah, ayah....bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.

.Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?” 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..

20 Februari 2014

Sesat!

Dahulu kala di sebuah negeri pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya sehingga terlihat memberatkan kehidupan anaka-anaknya. Pada suatu hari ada seorang pemuda yang berniat hendak membuang ibunya kehutan, karena si Ibu telah lumpuh. Si pemuda tampak bergegas menyusuri hutan sambil mendukung ibunya.
Sesat.
Si Ibu yang kelihatan tidak berdaya berusaha menggapai setiap ranting pokok yang boleh dircapainya lalu mematahkannya dan menaburkannya disepanjang jalan yang mereka lalui. Sesampai di dalam hutan yang sangat tebal, si anak menurunkan ibunya dan mengucapkan kata perpisahan pada ibunya sambil berusaha menahan sedih karana ternyata dia tidak menyangka sanggup melakukan perbuatan ini terhadap ibunya. 

Justru si Ibu yang kelihatan tenang, dalam senyumnya dia berkata, Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat, ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah.  

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis teresak esak, kemudian memeluk ibunya dan kembali mendukungnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibunya dan sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal dunia. 

Pesan moral: hanya Orang Tua‚ yang mengerti kita dan batinnya akan menderita kalau kita susah. Orang Tua‚ kita tidak pernah meninggalkan kita, bagaimanapun keadaan kita, walaupun kita pernah kurang ajar kepada orang tua kita. Namun, Orang Tua‚ kita akan tetap mengasihi kita. Mulai sekarang mari kita lebih mengasihi, Orang Tua‚ kita selagi mereka masih hidup dan berikanlah doa tulus untuk setiap kebahagiaan mereka..

Warkah Dari Ayah....

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Gambar sekadar hiasan.
Ditatap isinya, 

“Salam. 

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tidak dapat. Abah pun tidak faham sangat benda ni. 

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tidak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. 

Ingat tidak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? 

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. 

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. 

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. 

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja? 

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. 

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. 

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak... 

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini. 

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. 

Maafkan abah atas segalanya.” 

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

HP PUNYA PASAL?

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yang mempunyai HP kerana: Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah. Kami lebih banyak pegang HP dariipda pegang tasbih. Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran Kami lebih sering menelefon daripada Silaturahim. Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut untuk sujud.
Handpone...
Ya ALLAH ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini. Dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH

Amin.... 

Kata guru: 

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu... Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu... Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya... Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia... Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya... 

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu... Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu.. Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu.. Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu... Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya.. 

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu.. 

 KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

07 Januari 2014

Mimpi

ssalamualaikum wbt... 

peringatan buat diri ini.. ‚

 Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya. Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.
Mimpi
Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis) 

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh." 

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?" 

 Ayah: "Silakan." 

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?" 

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini." 

Anak: "Itu je?" 

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu." 

Anak: "Wah.. nak tahu.." 

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni." 

Anak: "Apa dia?" Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya." 

 Anak: "Alhamdulillah.¬†Kedua?" 

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama." 

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah.. Allah.. Allah.." Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa." Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak. 

Seketika, si anak tersedar dari mimpi. Linangan air mata hangat mengalir di pipi. Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi. Nasihat ayah bonda kekal di hati. 

 Nak "FORWARD"? Teruskan dan jangan tangguh...

Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka!

Tidak mampu saya hendak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria
Daging Babi.
Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati. 

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tidak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh si ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu. Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya, 

Ustaz tahu daging apa yang saya beli?, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. 

Daging apa? tanya ustaz kembali. 

Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz jawab pemuda itu.

Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan. 

Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz. 

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini. 

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua. 

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Kecantikan Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"
Wanita Soleha.
Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".  
      
Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!     
     
Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".    
      
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"   
       
Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."   
       
"Untuk apa?", tanya malaikat. 
         
Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
          
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. 
         
Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.     
     
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.  
        
Allah S.W.T berfirman: 
         
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."    
      
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."  
        
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."    
   
 "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 
         
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."  
        
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."   
      
 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
         
 "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."          

"CINTANYA TANPA SYARAT.

02 Januari 2014

Sayangi Isteri Anda

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta seorang datang ke depan.

Sayangi isteri
PENCERAMAH: Äù, Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda‚ Äù 

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya" 

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..." 

PENCERAMAH : Äú, Hapus 2 nama lagi... Äù,   Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: Äú, Silakan padam 1 nama lagi!‚ Äù Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!" 

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. Setelah suasana tenang, 

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

Lalu lelaki itu menjawab:‚ ÄùSeiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.‚ Äù Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Pesan Emak

Assalammualaikum. .....

 Masa saya kecil dahulu, emak selalu menyuruh saya menghabiskan sisa-sisa nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi ke sekolah, emak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen, tetapi tidaklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada emak suruh buat macam itu ...

Ibu.... Ratu hatikuuuu....
Dan sehinggalah saya sudah besar panjang ini pun situasi ini still berjalan ....either sisa makanan emak atau abah, tetapi kalau sisa makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi emak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Sama ada kami perasan atau tidak. So, suatu hari itu tergerak hendak tanya pasal isu ini dekat emak.

Akhirnya emak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri. Arwah tok perempuan kami lah sebelah abah. Mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat emak bapak dan saya sendiri akui kesannya. Semakin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok emak bapak kita yang makin tua itu.. 

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu... jer lah namanya hendak menjawab balik memang tidak walaupun kita tahu yang kita betul dan emak pesan, sudah ada anak sendiri esok, jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya .. dan emak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka. Solat berjemaahlah dengan anak-anak setiap kali waktu maghrib. Jika ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam, kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat. Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. 

Saya personally memang cukup malu jika tidak sempat solat jamaah Maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali.... Tidak percaya try buat... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib. Dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. 

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... 

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima

Kebahagiaan Ibu

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Kebahagiaan ibu...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya... 
Dulu saya dapat 7A dalam PMR... 
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... 
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia... 
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... 

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya... 

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.... 
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... 

Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak...
" Kata mereka.... 
Tapi... 
Pada suatu Subuh... 
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu... 
Saya bacakan surah Abasa... 
Dan sebak ketika sampai ayat: Yaumayafirrul mar'umin akhih..... 
Wa ummihi...wa Abih.... 

Selesai solat, semasa perjalanan pulang... 
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? Saya jelaskan.... 
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya... 
Ibunya... 
Ayahnya.... 
Isterinya... 
Anak-anaknya... 
Saya katakan... 

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya... 
Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila... 
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...... 

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak... 
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya... 
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya... 

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka? Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata.... 
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..." 

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku... 
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.... 
Wahai hamba Allah... 

Apa sebenarnya yang kalian kejar? 
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? 
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia... 
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian? Wahai pembaca madahku ini... 

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? 
Sebelum lubang kubur kalian akan digali? 
 Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai? 

Note: "Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.