30 November 2008

Taugeh yang Rangup


hehehehh... mesti ramai suka makan taugeh... nak pulak campur dalam char kuey teow.... hmmm rangup... tapi hendak beli taugeh itu kena buat eksperimen dululah.... beli sikit, jangan makan dulu... sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari... lepas itu cuba bau taugeh tu selepas 3 hari macamana?... dan kalau boleh jangan beli taugeh yang warna putih berseri tu... keputusan yang mungkin boleh didapati... selepas 3 hari bau taugeh itu hancing semacam... bermakna taugeh itu disiram dgn urine atau air kencing... dan air urine itu jugalah menyebabkan warna putih berseri... kalau nak tahu taugeh keluaran bumiputera senang sahaja, warna dia macam kekuningan sidikit dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tidak mengunakan urine sebagai baja... nih info dari pegawai pejabat aku yang pernah membuat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha yanun alip... siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing untuk disiram pada pokok-pokok taugeh itu... dan kenapa taugeh jadi mangsa?... sebabnya taugeh ini jenis pokok menyimpan air siraman bulat-bulat terus ke dalam batangnya... tidak seperti sayuran lain iaitu sayur-sayuran berdaun hijau yang mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja... tidak macam taugeh dia serap terus ape yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis... itu sebabnya kalau simpan dalam masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacam sahaja.... so bagitahulah dekat sedara mara, kawan-kawan pasal nak mengenal taugeh-taugeh hancing dengan taugeh-taugeh bumiputera...

Muka 10 Sen


Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : Bertuah punya anak. (Dalam hati: Pandai jugak anak aku ni)

Sapu Air Liur


Majlis pernikahan sudah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri. Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah, si ayah pasang telinga mendengar perbualan.

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang. "Nak cuba pakai malam ni , bang.” pengantin perempuan bersuara, berdebar dada si ayah mendengarnya.” Boleh saja biar abang masukkan?” Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.

“Tak muat bang, sempit oh sakitnya.”  Ternyata kasut bukan saisnya. “Kalau tidak muat nak buat macamana?” Pengantin lelaki gundah suaranya.

" Sapu air liur…!” Si ayah bersuara ketawa pengantin berjela-jela. Ternyata si ayah silap sangka.

Pakar Bedah dan Pesakit


Lima pakar bedah sedang berbincang, siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, “Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan.”

Pakar bedah kedua menjawab, “Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna.”

Pakar bedah ketiga menyambut, “Ohh… tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad.”

Pakar bedah keempat pula bersuara, “Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan.”

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, “Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah.

Penerbit Filem


Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.

Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan menjadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Ubat & Tahi


Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

“Eh hapa ini, macam pil laa…”

“Oh…inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik.”

Budak itu pun makan, “Erghk…rasa macam tahi la…”

“Haaa.. ngko sudah pun menjadi cerdik..Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku tak tau nak bezakan yang mana satu tahi” kata budak yang satu lagi.

Maaf Saya Bukan...

Gambar hiasan


Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, “Bang, lampu di halaman depan sudah terbakar tolong ganti yang baru ye”.“Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?” jawab Akob. “Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar”, minta isteri Akob lagi. “Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?”, jawab Akob mengelak. “Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas”, kata isteri Akob. “Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas”, jawab Akob dengan sinis.

Merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh. Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya “Awak minta tolong pada siapa.

Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat”.“Apa syaratnya?”, tanya Akob ingin tahu.“Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya”.

"Habis.. roti apa yang awak buat untuk dia" tanya Akob.

Jawap isterinya "maaf.. saya bukan pembuat roti"