24 Disember 2008

Lawak Antarabangsa Lagi...


1. Belajar bahasa English

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. Suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The mall

Gadis:’ I’m sorry ‘
Pelancong:’ I’m sorry, too ‘

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis: ' I’m sorry. three'
Pelancong:  'What are you sorry for?'
Gadis: 'I’m sorry, five'


2. Pak pandir menunjukankan kepandaiannya

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

‘Bentuk macam taik...’ Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, ‘Lembik...macam taik.’Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, ‘Bau macam taik.’ Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...

‘MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!


3. Bunuh Setan

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya. ‘Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan’.Kata si suami ‘yerr kerr?’ Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:

‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... bang’.
‘takpe...tunggulah malam’.

Esoknya si isteri berkata:
‘banggg, jom kita bunuh syaitan...bang’.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata
‘banggg, jom kita bunuh syaitan... ‘.
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
‘Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang’

Tiada ulasan: