10 Ogos 2009

Wasiat tuan toyol kepada toyolnya


Alkisah ada seorang mamat yang namanya Kulup. Kulup ini seorang amat kaya, sebab dia ada membela toyol. Apa sahaja yang dia hendak buat di dalam hidupnya, toyol itulah yang membantunya

Semasa beliau menghadapi peperiksaan SPM dahulu, toyol inilah yang menolong beliau mendapatkan keputusan cemerlang sehingga keluar di surat khabar yang menunjukkan gambar beliau yang penuh bangga. 

Suatu hari beliau termenung kerana memikirkan jika beliau meninggal dunia. Jika beliau meninggal dunia, bagaimana pula keadaannya di alam kubur?.  Beliaupun memberi wasiat kepada toyolnya, "toyol, jika aku mati nanti, aku hendak kau tulis jawapan di kain kapan aku, soalan apa yang malaikat Munkar dan Nakir yang akan tanya di alam kubur nanti". Toyol itupun berkata, "no poblem punya bos, kerje senang sahaja itu". 

Maka ditakdirkan si Kulup inipun meninggal dunia. Sampainya beliau di dalam kubur dan tiga langkah semua orang yang meninggalkannya, maka malaikat Munkar dan Nakirpun tiba, Kulup sedikitpun tidak merasa takut dengan kehadiran malaikat itu. 

Malaikat itupun bertanya "Marabbuka." Kulup dengan penuh konfidennya menjawab. Tetapi selepas dia menjawab, dia kena balun dengan malaikat itu. 

Anda semua mungkin hendak tahu apa yang dia jawab?. Dia menjawab MADE IN CHINA sebab kain kapan itu ada tertulis made in China. Toyol yang masih hidup itu sudah merasa cuak dan takut jika tuannya marah, rupa-rupanya toyol tersebut terlupa menulis jawapannya.

Tiada ulasan: