31 Oktober 2009

Kantoi


Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang bagi ke dia duduk rumah kita?.
Suami : Ye lah. Sebab rumah ini mahal, takkan hendak biar kosong macam itu sahaja?
Isteri : Abang bagi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
Suami : Takkan itu abang hendak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tidak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag warna maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tidak boleh sebab dia kidal.
Isteri : ?
Suami : (Dalam hati) Alamak kantoi!!

Tiada ulasan: