30 Julai 2009

Duda bertemu Janda


Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang agak berumur tinggal keseorangan dirumah nya. Kesemua anaknya sudah bekerja dan tinggal di bandar. Berdekatan rumahnya pula ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorang diri.

Sudah bertahun lamanya mereka berjiran dan sering juga berhubung dikala kesunyian. Suatu hari, di petang yang redup, si duda duduk di bawah pokok rambai. Merenung ke arah rumah si janda. Si janda perasan dan datang menegur si duda. "Pak Uda oii, apa yang dimenungkan tu... " Si duda menunduk seketika, lalu menjawab " Ada perkara yang aku hendak beritahu kau ni Mak Jan.." Berkerut dahi si janda kerana kelihatan serius pulak si duda itu.

"Apanya, serius sahaja bunyinya". Si duda merenung si janda, lalu dengan kekuatan yang ada dia berkata ". Aku ini kepingin sangat hendak berbinikan kau. Adakah kau sudi?". Si janda tersenyum dan terdiam seketika, lalu si janda itupun menjawab "erm... sudi ". Setelah berborak seketika, si janda dan duda itupun pulang ke rumah masing-masing kerana hari sudahpun menjelang senja.

Pada malam itu, si duda rasa gelisah. Dia tidak ingat jawapan yang diberikan oleh si janda pada petang tadi. Adakah dia sudi atau tidak, maklumlah sudah tua. Memori kurang sikit. Setelah berfikir sejenak, si duda tidak juga mendapat jawapan. Lalu terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada si janda tersebut. Si dudapun mendail nombor telepon si janda, jika hendak datang ke rumah si janda, tidak molek pula pada tengah-tengah malam buta ni.

"Helo... Mak Jan, Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklumlah sudah tua, mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau, sudikah kau berkahwin dengan aku? apakah yang kau jawab?". Mendengar suara si duda, si janda pun berkata "aku jawab, aku sudi, ikhlas dari hati ke hati.  

Selamat kau telepon aku, Pak Uda! ". Si dudapun pelik dengan kata-kata si janda lalu bertanya. "Kenapa?" Dan si janda menjawab." Akupun lupa siapa yang ajak aku kawin petang tadi"

Tiada ulasan: