16 April 2014

Mahsyar

Kata ustaz, 

Mahsyar ini punya la lama sampai kita hari ini tidak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya, Mahsyar di mana? Jawab Rasulullah saw, Mahsyar ini di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila malaikat Israfil meniup Sangka Kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil meniup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? 

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sehinggai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar. rujuk Surah Yasin ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tidak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari itu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a’basa ayat 37(80:37). 

Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. Apabila sampai di Mahsyar, perbicaraan tidak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab nabi Adam dia tidak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul Ulul Azmi, bermula nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. 

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang sudah mintak dengan Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tidak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja, dek padatnya manusia pada hari itu. 

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash. Pada masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu. Jikapun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tidak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah panggil seorang-seorang untuk dihisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kite baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tidak ada satu pun tertinggal. Selepas habis baca Allah akan tanya kite 3 soalan. 
  1. Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid.
  2. Tidak ingat.
  3. Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 


Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kehadapan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc. Jjika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pada mereka. Jika pahala sudah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri). 

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tidak effect diri kita sorang, tetapi effect juga orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita. Hari Mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, hendak terkenal, takut tidak tertanggung kesannya di akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari itu amanah dan kejujuran kita akan membantu. 

Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Hendak masuk syurga bukan senang.. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik seorang-seorang. So jomlah sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Semoga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. 

Amin...

ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...

Tiada ulasan: