13 September 2013

Gadis Melayu

Pelajar wanita yang di rasuk.
Kenapa hanya pelajar perempuan melayu sahaja yang sering dirasuk? Kes benar ini berlaku ketika pelajar perempuan yang sedang mengulang kaji pelajaran di sebuah bilik study. Ianya berlaku di sebuah asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu, tiada kes berlaku pada pelajar kaum Cina, India atau kaum-kaum lain. Di mana salahnya?

Kita ikuti perbualan diantara bomoh dengan jin itu. Misteri di asrama puteri itu akan terjawab!.  Suatu hari, ada seorang bomoh yang memberanikan diri ingin berjumpa dengan sekumpulan jin yang sedang berlegar-legar di  sebuah asrama puteri sehingga mereka menganggu dan merasuk sebilangan pelajar perempuan di situ.

Ketika sampai di asrama puteri tersebut, si bomoh itu pun membaca beberapa jenis jampi mantera. Selepas membaca mantera,  bomoh itu pun memanggil ketua jin. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajahnya yang sangat hodoh lagi menjijikan. Sehinggakan bomoh yang berpengalaman itu pun hampir pengsan!

Namun, bomoh itu tetap menguatkan semangatnya dan memberanikan diri bersemuka dengan ketua jin yang menakutkan itu. Lantas, bomoh itu pun bertanya dengan suara yang kuat lagi nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang agak menakutkan..

“Mengapa kau menganggu pelajar sekolah di sini hah? Jawab!!!” “Kenapa hanya gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?!”

 Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

 “Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan”
“Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”
“Kalaulah memang, Tak Mungkin Aku Tertarik”
“Kalaulah sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK…”

“”Aduhai… Hahahaha......

Tiada ulasan: