07 Mac 2014

Begitulah realiti kehidupan seorang suami

Suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00, bil telephone suami dan isteri Rm200.00, bill elektrik Rm170.00, ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00. Serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan. Lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja, terus di sambut dengan isteri satu soalan “ hari ini hari gaji abang kan??. Jom pergi beli barang dapur banyak sudah habis sambil bawa bebudak makan luarlah malam ini sebab I tak laratlah hendak masak hari ini. Bebudak pun esok hari Sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Suami?
Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu “Ayah, cikgu adik cakap hari Isnin, cikgu hendak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baharu.” Isteri spontan menyampuk “mintak dekat ayah. Ayah baharu dapat gaji. Sambil anak yang sulung pula mencelah”. Ayah kakak pun hendak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan sudah dekat hendak peperiksaan ni. Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulongnya. 

Kemudian bila selepas Magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah Rm50.00. Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah.. 

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baharu dapat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. 

Keesokkan pagi hari Sabtu, isteri suruh si suami membelikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50. Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00...

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 minta dibelikan, suami pun keluarkan duit untuk bayar. Kemudian apabila berjalan kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampa baju tidur anak anak yang berharga Rm15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata “bang baju tidur bebudak ni pun sudah lusuh. Belikan diorang yang baharu ni. Murah sahaja cuma Rm15.00. Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama. Tetapi, dalam perjalanan hendak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar  mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50. 

Esok hari Ahad, isteri suruh pergi ke kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap Rm180.00. Malamnyer pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat. Serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang samada sampai atau tidak?. Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis “kalau ajak balik, kampung saya sahaja tiada duit. Kalau ajak balik kampung saya sahaja abang kata tiada duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni?. Takkanlah seminggu gaji sudah tidak berduit. Abang ada pompuan lain ke?” Terpinga pinga suami hendak di jawab jadi perang. Hendak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu. Uaaaaa Uaaaaa.. isteri ku tersayang!. 

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah... Aminnn....

Tiada ulasan: