04 Mac 2014

Hati-hati Dengan Individu Yang Mengaku Pegawai Bank?

Just hendak share dengan korang, aku baharu buat repot polis..

Lebih kurang pukul 4 petang, ada sorang lelaki yang mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yang appear adalah 1800808888. Dia kata, hendak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 di kedai emas Poh Kong, KLCC.
Kad Kridet.
Aku cakap, aku tiada kredit kad, akaun atau apa-apa urus niaga dengan Ambank. So, dia kata mungkin ada orang guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dalam sistem Ambank, tapi dia kata dia hanya bahagian pengesahan, tidak boleh check maklumat. 

Aku mulai curiga. Dia suruh aku complain di Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, memang talian hotline mereka ialah 1800808888. Aku call no Bank Negara yang mereka bagi dan lelaki India, Vijaya yang angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 

Tidak sampai 15 minit, lelaki cina pula, Lim call aku dari no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yang lain ke dalam satu akaun sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yang lain itu. 

Dia tanya aku berapa banyak duit aku dalam akaun-akuan itu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tidak kan tidak boleh check. Suara dia sudah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai di bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa-apa rekod aku dengan Ambank dan mengatakan yang Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. 

Dalam 10 minit dia call lagi, tanya aku sudah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku di balai polis. Masa tengah buat repot, dia call lagi tapi sudah mula marah-marah sebab kononnya dia kena kerja overtime hendak handle kes aku (baiknya ‘pegawai Bank Negara’ tu). 

Aku terus cakap dengan dia yang aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yang sama. 

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka sekarang ada teknologi supaya nombor telefon yang tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja.


Tiada ulasan: