07 Januari 2009

Lawak yang untuk difikirkan...


Jikalau anda fikir anda masih Islam, bacalah. Kalau anda pikir anda masih Islam bacalah. Jikalau tidak, Allah saja yang tahu...

Message: Tolonglah ambil masa dua minit untuk membaca ini. Jikalau lebih dua minit itu bukan membacalah, tetapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda. Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Titak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun, lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman itu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. Macammana, adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur, anda fikirlahlah. 

" Lawakkan, dari 1,000 jemaah yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tidak katapun hendak bunuh, tetapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang dia masih tidak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila time sembahyang jumaat. Tunjuk muka dekat orang kampung. Ada lagi dashyat setahun 2 kali aje. Apabila time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di dalam al Quran"

"Lawakkan , berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi hendak berdoa kepada ALLAH,  alahai.. tidak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama

Lawak kan ? Kenapa gelak, itukan realiti. Tetapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang lepas baca benda ini akan sampaikan dekat orang lain. Berapa orang yang akan buka email ini untuk luangkan masa membaca? berapa banyak?

wallahuaallam

Tiada ulasan: