27 Julai 2009

DI MANA CHIMPENG?


Ada satu hari tu, aku hendak berjumpa dengan seorang client some where di Bangsar. Sedang mencari parking, tiba-tiba cermin kereta Proton Persona aku diketukoleh  seorang Cina tua.

"Encik ah.. tanya sikit ah.. itu Chimpeng mana ah..?" Berapa banyak 'ah' la Apek ni kata aku dalam hati.

"Apa?" Soal aku kembali sambil menurunkan tingkap kereta.

"Chimpeng! Chimpeng la! saya sudah tanya itu guard ah... dia cakap sini ada satu Chimpeng..."

"Sorrylah apek. Saya tak tau woh... apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyahhh... Itu Chimpeng balu punya... Saya mau pigi angkat wang ma..."

"Tarak tau la Boss. Itu kedai ka apa? Along ka?" Aku sudah blurr  ni. Apek ni betul ke sewel? Tengok dari gayanya ok jerk.

"Chimpeng bukan kedai ma... lu itu pun tak tau ka? Itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHB Peng... Itu balu punya peng..."

Korang tahu ke Chimpeng tu apa? Iyea betul tu! Ini la Chimpeng!

Tiada ulasan: