27 Julai 2009

Kisah Ketam


Moral of the story 'renung-renungkanla h...selamat beramal

Tidak lama dahulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi itu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada… lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam cina... sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup… ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar… yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga, Cina lain tidak kacau, dia tengok sahaja dan belajar bagaimana boleh berjaya. Cina yang sudah berjaya itu, akan ajar Cina lain supaya berjaya juga. Jika orang melayu pula, apabila seorang Melayu hendak berjaya, Melayu lain akan mengunakan apa sahaja supaya Melayu itu jatuh tersungkur. Seperti ketam Melayu, apabila seekor ketam sudah berjaya hendak naik, ketam lain akan tarik kaki dia, at last tiada seorang pun yang dapat naik. Akhirnya mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Sebab itulah Melayu tidak akan maju..

Tiada ulasan: