30 Julai 2009

Hantu A dan Hantu B


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ini baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ini tidak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apasal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh.. cara aku mati dulu teruk.. aku mati dalam peti ais… sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo.. kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kau tidak pergi buat operation? Kalau tidak, sure kau tengah lepak-lepak dengan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritalah sikit.. Sambil- sambil kita lepak ni..”

“Macam ini, aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. So this one day, aku ingat hendak perangkaplah isteri aku. Aku pura-pura pergi kerje tetapi actually aku park kereta aku dekat simpang hujung rumah aku sahaja. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta dekat car park rumah aku. Aku rilex dulu sebab hendak mencari masa yang sesuai untuk tangkap diorang.”

So, kau dapatlah tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tidak. Aku cuma jumpa isteri aku sahaja dekat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut lelaki dekat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tidak mahu jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku hendak mencari jantan itu. Habis semua bilik aku cari tetapi tiadapun. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan itu, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tidak sangka aku mati pula” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tidak check dekat dalam peti sejuk? Kalau kau check dekat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Tiada ulasan: