30 Julai 2009

Lawak 3B


Saya mahu berkongsi satu cerita jenaka dengan anda. Here it goes. Seorang pemuda datang berjumpa seorang ustaz untuk meminta nasihat.

Pemuda : “ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh? Hingga sekarang saya tiada kekasih”

Ustaz : “Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?”

Pemuda : “Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati…”

Ustaz : “Ohhh, jika begitu kamu harus melaksanakan petua ‘3B. ‘B’ yang pertama adalah ‘BERUSAHA’. Apakah kamu sudah banyak berusaha?”

Pemuda : “Susah terlalu banyak Ustaz, sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.”

Ustaz : “Kalau begitu kamu kena laksanakan ‘B’ yang kedua, iaitu ‘BERDOA’ dan juga ‘BERPUASA’

Pemuda : “Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang. Saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis.”

Ustaz : “Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan “B” yang ketiga.”

Pemuda : “Apa itu Ustaz! ?”

Ustaz : “BERCERMIN!”

Tiada ulasan: