06 Julai 2009

Durian


Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.... 

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?" 

Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" 

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. 
 
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"? 

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape? 

Samdol : "Lahupa.. boleh ya!" 

Penjual orang asli itu kebingungan. . . lalu bertanya pada Samdol.. 

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?" 

Samdol : "Cakap dulu... Sepopit itu berapa?"

Tiada ulasan: