04 Ogos 2009

Akibat Terlalu Gabra...


Di Baling Kedah ada satu famili...

Famili ini ada seorang ayah mertua, ibu mertua, anak, menantu dan cucu. Suatu hari, ketika menantu lelakinya sedang menonton tv di ruang tamu, si ayah mertua lalu di hadapannya. Secara tiba-tiba si ayah mertuanya rebah sambil memegang dada. Kelam-kabut dibuatnya, selepas itu ibu mertuanyapun datang menerkam. Semua menjadi terkejut, sambil mengurut dada masing-masing.

Ayah mertuanya pengsan dan tidak sedarkan diri. Menantunya tadi juga gabra. Ibu mentuanya menyuruh dia mengajar mengucap kepada bapa mertuanya kerana ketika itu dia yang sedang meribakan. 

Bertambah gabra lagi, apabila isteri dan ibu mertuanya pula suruh sambil menolak-nolak bahunya. Mahu tidak mahu dia terpaksa buat juga. Diapun meletakkan mulutnya ke telinga ayah mertuanya dan dia berkata...

"MA ROBBUKA...." terkejut isteri dan ibu mertuanya. Secara tiba-tiba si ayah mertuanyapun tersedar dan terus sound...

"OII.. AKU TAK MATI LAGI DEYY" sambil si ayah mertuanya itu mengurut-ngurut dada nya. Sepatutnya dia ajar mengucap, tetapi gabra punya pasal, dia sudah jadi malaikat pula akekeke.

Tiada ulasan: