20 Ogos 2009

Dua Beradik yang Sengal


Seorang tua yang mempunyai dua orang anak yang akan  mewariskan dua ekor kuda kepada anaknya (Azwan dan Aznil). Setelah orang tuanya meninggal, dua anak ini berbincang tentang bagaimana untuk membezakan kuda mereka,

Azwan : ekor kudaku akan ku potong biar berbeza dari kuda kamu

Aznil : baiklah, jadi kita akan senanglah membezakan kuda kita.

Tidak beberapa lama kemudian, kuda Aznil juga terputus ekornya

Aznil : Bagaimanakah caranya untuk membezakan kuda kita ni sekarang?

Azwan : Aku tak tahu, bagaimana kalau kita jumpa pakar kuda untuk mendapatkan pandangan

Aznil : Baiklah.

Mereka pun pergi berjumpa pakar kuda tersebut. Setelah memeriksa kedua-dua ekor kuda itu lebih satu jam, pakar kuda itu keluar dan memberitahu hasil penelitiannya.

Pakar Kuda : Cara membezakan kuda kamu senang saja, kuda yang putih ini lebih tinggi satu sentimeter daripada kuda yang hitam.

Azwan dan Aznil sangat gembira dengan kehebatan pakar kuda tersebut.

Tiada ulasan: