06 Ogos 2009

Mee, Maggi & Bihun


Tersebutlah kisah di dalam sebuah pasaraya, Mee amatlah cemburukan Maggi sehingga memusuhi si maggi ini. Oleh kerana rak Mee berhadapan dengan rak Maggi, apa lagi bertambahlah cemburunya beliau apabila ramai orang yang membeli Maggi. 

Sehinggalah pada suatu hari, rak di hadapan Mee menjadi kosong. Legalah hati Mee kerana tak payah lagi nak melihat muka si Maggi setiap hari. Pada satu pagi yang indah, apabila mee membuka mata, tiba-tiba dia terpandang rak di depannya yang penuh dengan Bihun. Dia menjerit, 

"Woi Maggi, mentang-mentanglah buat teknik rebonding, kau jangan ingat aku tidak kenal kau!" Bihun kebingungan. .. heuheuheu...

Tiada ulasan: