10 Ogos 2009

Navy berkahwin dengan hantu


Alkisah tersebutlah cerita, seorang Tentera Laut berkawin dengan seorang perempuan yang sangat jelita. Tidak pula diketahui, beliau berjumpa di mana. Maka hendak dijadikan cerita, pada malam pertama, berlakulah satu peristiwa yang sangat mengerikan.

Pada malam pertama.
Selepas menutup lampu, maka si Navy ini hendak menjalankan kewajipannya sebagai seorang suami. Setelah meraba-raba tubuh isterinya, dia terkejut kerana mendapati dari bahagian peha dan ke bawah (tubuh isterinya) tiada. Dia kehairanan, tetapi pada keesokkan paginya dia mendapati tubuh isterinya sempurna. Bertambah hairanlah dia.

Pada malam kedua.
Si Navy inipun melakukan perkara yang sama sebagaimana pada malam pertama semalam. Bertambah hairanlah dia kerana benda yang sama berlaku. Bahagian peha dan kaki isterinya tiada. Mula berderau darahnya. Beliau memikirkan yang bukan-bukan

Pada keesokan paginya, Si Navy menceritakan kejadian itu kepada ayahnya. Lalu ayahnya mengajar supaya dia membaca Surah 3 Qul sebagaimana yang Nabi ajar semasa hendak tidur bersama isterinya.

Pada malam tersebut, Si Navy pun mempraktikkan bacaan yang diajarkan kepadanya. Selepas itu, dia sekali lagi melakukan aksi seperti pada malam pertama dan kedua. Bertambah-tambah hairan si Navy itu kerana peristiwa malam pertama dan kedua masih berulang. Si Navy tidak puas hati lalu bangun dan membuka lampu. Alangkah terkejutnya dia....

ISTERINYA MENGANGKANG KAKI KE ATAS GET READY RUPANYA !!!

Tiada ulasan: