06 Ogos 2009

Malu


Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan bola sepak. Pemain-pemain bolasepak Kido FC dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. 

Hashim yang menyamar sebagai koboi. Dia berjalan-jalan di kedai sekitar kampungnya. Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.

 "Hey Hashim..." 

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, dia segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek. Dalam hatinya berkata.

"Dia takkan mengenali aku lagi.." 

Tiba-tiba nenek berkata 

" Hey Hashim" 

Kerana kehairanan yang amat sangat, Hashim bertanya kepada nenek itu.

"Maaf, bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

 Nenek itu menjawab.

"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Tiada ulasan: