14 Ogos 2009

MALU ... KERANA ..


Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa saya tidaklah sekaya mana tetapi masih mampu menyara kehidupan kami. Saya mempunyai 12 adik-beradik. Saya anak ke 8 dan sudahpun meningkat dewasa. Abang dan kakak semuanya sudah berjaya dalam hidup tetapi apabila sampai turn saya, saya seolah-olah memalukan ibu bapa pula.

Apa boleh buat. Sebenarnya saya ini cacat, hodoh dan hitam pula. Lebih teruk lagi saya mempunyai penyakit pemalu yang teramat sangat. Saya malu hendak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang teramat sangat dengan mak abah. Memang pemalulah kehidupan saya ini. Sehinggakan hendak melihat wajah sendiri di cerminpun terasa malu. 

Jika hendak berjalan sekalipun pasti menunduk yang menunjukkan betapa malunya saya pada tahap yang amat kronik. Apatah lagi berhadapan dengan masyarakat, terasa semacam hendak memakai topeng H1N1 sahaja. Mak abah pula selalu memarahi saya, mereka kata saya tidak mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan. Tetapi perasaan malu itu juga anugerah Tuhan juga.

Disebabkan itu, mak dan abah sudah fedap, merekapun merancang hendak mengahwinkan saya. Apa lagi, meraunglah saya. Saya ini pemalu yang teramat dasyat. Bagaimana hendak berhadapan dengan bakal suami nanti?. Sudahlah cacat, hitam pula, ditambahkan dengan sifat pemalu yang menebal, bagaimana saya hendak menghadapi semua itu nanti?

Hari ini saya nekad, saya mesti berjumpa dengan abah untuk menghalang perkahwinan ini. Apa hendak jadi, jadilah!

"Abahkan tahu yang saya ini pemalu hendak berjumpa dengan orang ramai. Lagipun abah mahu saya berkawin dengan orang lain. Abah tidak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.

"Apa yang kau hendak malukan?" Tanya abah serius.
"Laaa.. abah tidak nampak ke?, saya ini OKU, hidung panjang, hitam dan gemuk. Malulah saya macam ini." balas aku penuh keyakinan.

"Woi anak durhaka!, kau hendak tahu kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk? kau hendak tahu kenapa?. Sebab kau itu Tapir. Tapir memanglah muka macam itu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau! faham?"

Ler, Tapir ke saya ini? Patutlah saya pemalu teramat sangat. Tapir rupanya saya ini. Ingatkan saya cacat semuala jadi. Itulah akibatnya jika tidak rajin bertanya. Bodohnya saya sehinggai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau di mana jua anda berada.

Tiada ulasan: