06 Ogos 2009

Suatu Hari di KLCC...


Suatu hari ketika baru sahaja tiba dari Kuantan, aku singgah sekejap ke KLCC. Aku ada something untuk dibeli. Ketika aku sedang melihat barang-barang di kedai, tiba- tiba perut aku terasa memulas.

Apalagi akupun terus bergegas ke tandas di level satu. Masuk sahaja di situ, aku tengok ada tiga bilik air. Satu sudah bertutup, so aku pergi yang di sebelahnya. Baru sahaja aku duduk, aku terdengar ada satu suara dari sebelah, 

"Haa, macamana sekarang ?" 

Akupun bukan suka hendak berbual dengan orang yang aku tidak kenali di tandas itu. Entah macamana, akhirnya aku terbalas juga, 

"Ok juga laa" 

Kemudian suara itu bertanya lagi,

"Kau hendak pergi mana ni??" 

Iskk.. Aku mula rasa musykil sikit, tetapi aku kata, 

"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

 Selepas itu suara itu bertanya lagi, 

"Bila kau hendak gerak ni?" 

Aku selamba sahaja kata, 

"Lepas aku sudah ni, abis beli aku chow la". 

Kemudian aku terdengar lagi suara orang sebelah itu berkata, 

"Hei, aku call balik kau lepas inilah, setiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...

Tiada ulasan: