Pada suatu hari, ketua kampung di sebuah perkampungan pendalaman telah dihadiahkan sebuah jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua kampung tersebut, apabila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan. Mereka pada masa itu tidak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa itu punyalah ramai anak buah dia dekat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung itu pun konon hendak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan dan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengaja terkuis bateri itu dan terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu... beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.
"OOOO... patutlah tak jalan. Drebarnya mati tersepittttt. ...!!"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan