20 Disember 2008

Lawak Petang

Foto hanya hiasan


Cerita ini adalah satu jenaka, nama-sama yang tersebut hanya sebagai andaian. Jangan terlalu ambil hati.

Dalam satu kejadian yang agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 orang penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tiada, macam mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yang paling bercita-cita tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yang berat untuk menjaga sebuah negara yang kuat. Tambahan pula, akulah President yang terpandai dalam sejarah US. Orang Amerika mana yang hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Ladin berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yang terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jagan bimbang. Ada satu lagi beg parachute untuk pakcik. President terpandai dalam sejarah US itu terambil beg sekolah saya".


Kuang! Kuang! Kuang!

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG. "

Tiada ulasan: