26 Disember 2008

Kacang


Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"

Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada dua cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya dua ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda dua kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"

Tiada ulasan: