30 Disember 2008

Telur Dua Biji


Hendak dijadikan cerita, adalah seorang kaya baru, asalnya di kampung sahaja, tetapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA,maka jadi jutawan segeralah dia. Semasa dia susah dahulu, teringin sangat dia hendak pergi Kuala Lumpur, so selepas sudah menjadi kaya, tanpa membuang masa, dia pun ke Kuala Lumpuhlah. Oleh kerana terlalu banyak duit, dia pun bawaklah seorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di Kuala Lumpur, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi, perut dia pun sudah kelaparan. Selepas check-in, diapun memberi tahu pada pembantu dia:

O.K.B (Orang Kaya Baru) : "Mat… aku lapag ni, belikan aku mee yang spesial satu."
Mat : "Oke Boss…tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?"
O.K.B : "Ishk.. hang niii, mee yang spesial tuu.. pakai telog dua biji laa.."
Mat : "Ooooo….siap Boss."

Selepas itu, makanlah si O.K.B mee spesial itu. Tiba time pukul 3:00 petang, perut O.K.B itu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia itu:

O.K.B : "Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu."
Mat : "Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?"
O.K.B : "…waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste…"
Mat : "Mesti laa Bosss.. bagi saya 10 minit saja Bosss…"

Selepas selesai makan, O.K.B itupun tertidurlah sehingga ke maghrib, dia pun terbangun sebab air-cond terlalu sejuk. Oleh kerana sudah tidur sepetang, diapun susahlah hendak tidur lagi. Berguling sana dan berguling sini, tidak boleh tidur juga. Air-cond pun terlalu sejuk, jadi "barang" diapun asyik "stand by" sahajalah. Tidak tahu hendak buat macam mana, ditambah dengan kesejukkan lagi, dia pun panggil pembantu dia:

O.K.B : "Mattt !..."
Mat : "Yaaaa..Boss, "
O.K.B : "Mai sini sat…
Mat : Ada apa Boss…?"
O.K.B : "Mat… barang aku ni asyik minta ajer laaa.. (dengan nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau."
Mat : "(sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !"

Si Mat ini manalah tahu tentang awek-awek yang boleh "pakai" ini. Tetapi, Boss punya pasal diapun pergilah carikan juga. Sejam kemudian diapun hantarlah satu awek yang sangat cun untuk Boss dia. Mat inipun standby lah di luar bilik, manalah tahu, penguat kuasa pencegah maksiat datang. Selepas lima minit awek itupun masuk dalam bilik Boss dia, tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik:

O.K.B : "MATTTT !…"
Mat : " Ada apa Boss…"
O.K.B : "Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu.. aku kan kata awek…?"
Mat : "Laaa… Tadi Boss kata cari awek yang spesial … Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua…"
O.K.B : "..?

Tiada ulasan: