26 Disember 2008

Sengal

Foto sekadar hiasan

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa awak sudah buat dengan belakang awak ini?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik rumah saya dekat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising dekat dalam bilik tidur saya. Saya saspex ada orang sudah tidur dengan bini saya. Saya tengok pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... lepas itu saya terus angkat peti ais saya dan campak dekat lelaki itu. Itu yang sakit belakang sampai sekarang ini, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yang saya tengah periksa ni nampak teruk. Tapi hawak lagi dasyat aku tengok... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Hari ini, hari pertama kerja baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tengah saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkejut biawak...

Doktor: Awak kenapa pula ni?

Chot: Saya berada di dalam satu peti ais. Tetiba sahaja ada orang campak peti ais tu ke bawah dari tingkat 3, doktor!!!

Tiada ulasan: