12 Disember 2008

Siapa yang paling sengal?

Sekadar gambar hiasan

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka melepak. seorang itu nama dia ialah Ali, Budin dan Ciko. Aktiviti seharian mereka ini menyebabkan tok imam tidak senang duduk. Pada suatu hari tok imam datang dengan niat hendak tarbiyah mereka ini. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam itu mencabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau pada waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?. Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus sahaja Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tidak khusyuk, angkat 2 kali pun tidak khusyuk jaga lagi..

Masuk sahaja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk dekat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba sahaja si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Makmum yang lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sehinggalah habis sembahyang. Siap dengan wirid-wiridnyanya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii... Selepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tetapi dengan bongkaknya si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tidak, lagi dasyat aku sebahyang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana... kwang kwang kwang...

Tiada ulasan: