15 Disember 2008

Harimau Jadian


Di dalam sebuah kampung telah kecoh dengan kehadiran satu spesis "Harimau Jadian Tanpa Kepala" telah merayau di kampung tersebut hampir setiap malam (takut tak?). Penduduk kampung tersebut mejadi takut dengan kejadian tersebut.

Suatu malam, ada seorang lelaki yang mempunyai ilmu berhadapan dengan spesis tersebut telah pergi menjejak "harimau jadian" tersebut. Nama lelaki tersebut Tok Moh Seguntang (TMS).

Malam tu, TMS telah bersiap sedia dgn kelengkapan yang telah biasa dia bawa apabila hendak berurusan dengan sebarang jenis spesis yang menakutkan.

Dipendekkan cerita, pada malam itu memang TMS bertemu dengan makhluk tersebut.. Apa lagi, TMS pun stanby la dengan kelengkapan yang dibawa disamping mulutnya terkumat-kamit membaca jampi serapah dan kadang-kadang sampai tersalsul.

Belum sempat apa-apa lagi.... "harimau jadian"  tersebut merayu sambil berkata..... 

"Tolongla aku.. aku bukan hendak ganggu penduduk kampung di sini...... ..

Tapi aku cuma hendak cari kepala aku yang hilang.....

Aku tahu di mana kepala aku berada.... cuma. ..

aku nak mintak tolong dengan kau ambil kepala aku coz aku tidak boleh pergi sebab tidak nampak...

Tolonglah aku (sambil berlutut & merayu)..... ...."


TMS pun bertanya di mana kepala "harimau jadian tu"


"Harimau jadian" itu pun berkata..... ......... ......... .


ADA KAT MAYBANK.. DIAORANG AMIK KEPALA AKU BUAT LOGO MAYBANK....

Tiada ulasan: